L A P A N - B E L A S

764 103 15
                                    

Mingyu hanya memerhatikan Jeongyeon yang duduk disebelah Dahyun dari jauh. Hendak menegur, dirinya sudah dilarang keras oleh Seungcheol.

Bila mereka berdua terserempak, Jeongyeon akan menundukkan wajahnya memandang lantai. Kini, kesemua ahli Twice sudah tidak bemesra dengannya.

Eunha pula kerap kali menghantar pesanan melalui telefon bertanya khabar tentang dirinya. Dia akui dia mula rimas dengan sikap Eunha yang selalu mengajaknya keluar.

"Jeongie-ahh." Momo memanggil kawannya secara perlahan.

"Kau tak ada langsung ke niat untuk berbaik dengan Mingyu oppa?" Hati Jeongyeon tiba-tiba berdetak hebat.

Dia memandang Mingyu yang berada di balkoni tingkat atas. Mata mereka berdua bertatapan. Boleh dilihat renungan Mingyu yang kelihatan menyesal atas apa yang dia lakukan pafa minggu lepas.

Tetapi, hati Jeongyeon begitu sakit dengan segala kata-kata yang terkeluar dari mulut Mingyu. Nampak sahaja remeh, tapi yang mendengarnya dia!

"Tak ada, cukuplah kisah kami berhenti tanpa pengakhiran yang bahagia." Dahyun tersenyum nipis mendengarkan ujaran Jeongyeon.

Nayeon menepuk kepala adiknya perlahan. Sukarnya jadi Jeongyeon, kalau dirinya yang dengar tika itu... Pasti dia akan keluar rumah tanpa hala tuju.

Entah boleh jumpa lagi ke tak Choi Seungcheol hehehe.

"Tapi, dalam mata eonnie... Chewy boleh nampak yang eonnie rindukan oppa." Tzuyu memautkan jarinya ke celah jari Jeongyeon.

Dia memegang erat tangan kakaknya yang selalu memberi perhatian kepadanya. "Tipulah kalau aku kata aku tak rindu."

"Sedangkan dia yang selalu rawat aku. Jaga makan minum aku. Kau boleh bayangkan, betapa seksanya duduk serumah tapi masing-masing buat tak layan?

Tak, korang tak boleh bayangkan apatah lagi nak rasa." Gadis cilik itu mula teresak kecil.

Nayeon yang menahan air matanya sedari tadi turut menangis. Dia sedih mendengarkan luahan Jeongyeon, seorang yang dia kenal cukup tabah pada luaran.

"Aku rindukan dia, aku sayangkan dia. Tolong, aku tak kuat." Sungguh betah gadis berumur 8 tahun itu berkata-kata.

"Hati aku sakit. Aku tak tahu kenapa." Sambungnya lagi dan kemudian dia menyembamkan kepalanya pada bahu Jihyo.

"Uljima eonnie." Pujuk Jihyo.

***

Jeongyeon terus bingkas dari sofa sebaik sahaja matanya disapa dengan figura Mingyu yang sedang menghampirinya.

Baru sahaja Jeongyeon ingin mengatur langkah, terus Mingyu menyambar lengan halus Jeongyeon.

"Lepaslah encik, saya malas nak gaduh dengan encik harini." Meronta-ronta Jeongyeon dengan suara yang seperti dirayu.

"Jeong, aku--"

"Jebalyo." Tangisannya mula berlagu. Semakin dia meronta, semakin erat pegangan yang dilakukan Mingyu.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Fikiran Jeongyeon penuh dengan rasa ketakutan apabila melihatkan sikap rayuan Mingyu.

Hati dia sakit tiba-tiba.

Mingyu melepaskan pegangan, Jeongyeon terus menuju ke pintu utama yang terbuka luas.

Dia ingin lari dari lelaki itu. Lelaki yang pernah membuat dia tersenyum ketika dahulu dan kini meninggalkan kesan parut yang amat dalam.

"Jeongyeon, please bagi aku peluang." Mingyu mengekori gadis itu yang tidak sudah-sudah berjalan.

"Taknak, saya tak perlukan penjelasan mahupun beri peluang kedua dekat encik. Saya bukan sesiapa dalam hidup encik." Jeongyeon berlari anak.

Mingyu lelah namun dia masih mengejar setiap langkah kecil dari Jeongyeon.

"Encik jangan ikut saya boleh tak?" Tempiknya halus tanpa melihat kiri kanan.

Akhirnya, kaki mungilnya melangkah keluar dari pagar hingga menyebabkan perasaan Mingyu makin gelisah.

"Jeong, aku sayang kau. Tolong jangan buat aku macam ni."

Mingyu mara,

Jeongyeon mengundur,

"Berhenti merayu. Saya tak suka."

Sekali lagi Mingyu mara dua langkah,

Jeongyeon juga mengundur dua langkah bersama senyuman yang begitu ikhlas kepada Mingyu.

Setitik air matanya jatuh menyembah bumi. "Saya pun sayangkan encik." Dan, dia sekali lagi mengundur ke belakang.

Pinnnnnnn ~




















Saspem ke idok? Dua chapter lagi gais, keep it up bby 🦄

Aku target 30 votes, baru aku update chapter 19 hohoho

[C] Twice Being Seventeen's KidWhere stories live. Discover now