Kepada sesiapa yang tak tahu actually cerita Unspeakable Love ni adalah novel genre gay yang pertama aku tulis. Part pertama aku karang pada 26 Mei 2012, dah lapan tahun dah citer ni rupanya.. Dulu agak aktif juga tulis citer ni tapi suddenly sampai Part ke-36, aku tiba-tiba stop tulis the citer ni terus tergantung.. Walaupun dah lapan tahun citer ni, tapi sampai sekarang masih ramai yang tanya aku, bila nak sambung balik? aku pun macam entah lah.. (letih juga nak jawab pertanyaan orang bila nak sambung?)
but.. citer Unspeakable Love ni still dekat dengan hati aku lah.. sebab melalui citer ni yang aku mula banyak kenalan dalam golongan PLU.. macam, orang kenal aku melalui citer Unspeakable Love ni.. dulu rajin buat blog dan tulis citer Unspeakable Love kat blog tu.. tapi bila dah makin dewasa ni, aku dah jarang tulis blog.. then lepas tu dah lama tak jenguk blog aku.. but then baru-baru ni aku ada jenguk balik blog aku tu.. tiba-tiba hati tu macam nak hidupkan semula citer Unspeakable Love ni..
kalau korang perasan kat citer 'Abang Bad' kat Wattpad ni ada watak Fahri dan Shahir.. Dua watak ni adalah antara watak penting dalam citer Unspeakable Love.. actually, aku memang ada perancangan nak buat kedua-dua citer ni seolah-olah saling berkaitan.. takde lah berkaitan sangat, cuma macam orang kata dalam satu 'universe' yang sama.. watak utama je yang berbeza-beza.. actually watak Hairil dari citer Abang Bad tak wujud pun kat citer original Unspeakable Love.. disebabkan itu aku ada perancangan nak 'reboot' balik citer Unspeakable Love ni...
so, kepada yang dah baca citer Unspeakable Love sebelum ni, harap still nak baca Unspeakable Love versi Wattpad pula.. mungkin ada beberapa perbezaan dari yang kat blog dengan kat Wattpad.. sebab waktu aku tulis citer Unspeakable Love dulu tahun 2012, umur aku masih 20 tahun.. sekarang tahun 2020 ni, aku dah 28 tahun.. jadi cara penulisan dan gaya berfikir tu semestinya dah berubah..
Contohnya untuk Part 1, kat original blog menceritakan Fahri kenal dengan Saiful melalui satu website nama Planet Romeo.. tapi, untuk versi Wattpad pula, aku tukar dari Planet Romeo jadi Grindr (or 'Topeng Kuning') sebab zaman sekarang ni Planet Romeo tu dah macam old school sangat kan.. ada lagi ke yang main Planet Romeo sekarang ni? so, senang cerita banyak beza lah versi kat Wattpad ni dengan yang asal..
Aku harap Unspeakable Love versi Wattpad ni dapat ubat kerinduan pada pembaca yang dulu pernah follow kisah hidup Fahri, refresh balik jalan cerita.. dan yang belum pernah baca citer Unspeakable Love boleh sama-sama nak kenal watak Fahri, Shahir, Saiful dan Ihsan.. Aku nak start sesuatu yang baru dan bagi nafas baru untuk novel gay pertama aku, Unspeakable Love.. dan dalam masa yang sama still tulis citer Abang Bad yang turut ada pembaca tersendiri.. sebab kedua-dua cerita ni berada pada satu plot tempat, masa dan 'universe' yang sama.. cuma watak utama je yang berbeza.. harap-harap semuanya jadi okay lah nanti...
YOU ARE READING
Unspeakable Love
RomanceFahri, seorang PLU yang telah menaruh hati pada teman sebiliknya bernama Shahir.. namun perasaan itu dipendamkannya kerana Shahir bukan lah sama seperti dirinya.. Shahir adalah seorang lelaki normal yang juga memiliki kekasih hati bernama Liyana.. k...