STUDENT PROBLEM-93

26 4 7
                                    


Ok ni mungkin takde kena mengena ngan school,tapi boleh tak Mayu nak buat sesi luahkan perasaan kat sini?😭

Ok Mayu ada kenal sorang ni,and dia bukan orang pantai timur.lama jugak la Mayu kawan ngan dia,sporting pulak tu.

Satu hari tu,Mayu buat status whatsapp dalam loghat Kelantan,and dia pun chat

Soalan di macam ni lah,
"Awak orang Kelantan ke?"
Mayu pun jawabla "ya"

Lama dia tak chat Mayu,kalau Mayu chat pun dia tak baca or bluetick.and baru je tadi,Mayu tanya
"Saya ada buat salah dengan awak ke?"

Lama jugak la,dia pun balas "saya rasa mungkin kita kawan setakat ni je" Apa salah Mayu?kenapa tiba tiba dia tak nak kawan ngan Mayu?

"Saya tak suka kawan ngan orang Kelantan.sebab saya dengar orang Kelantan ni pengotor la,biadap and negeri mundur.orang Kelantan pun macam kasar je"

Waaaaaaaa,sakitnya hati hanya  Tuhan je yang tahu.apa salah Kelantan?ya betul mungkin kami tak maju macam negeri lain,tapi at least kami takde kasino,masjid di mana mana,and kat Kelantan ni kurang kes rasuah tau.nak main kat luar pun selamat je,kami pun bukan kasar,cuma loghat kami je macam tu.

Huhuhu,still terasa hati ngan dia 😭😭😭😭😭😭

#proud_to_be_kelantannese

STUDENT PROBLEMWhere stories live. Discover now