16

16 10 0
                                    

aku menggosok mataku yang sedikit gatal. aku bangun dari tempat tidurku. aku masuk ke dalam bilik air untuk mempersiapkan diri di awal pagi ini. selepas habis mandi, aku mengambil telefonku yang terletak di sudut katil bersebelahan dengan bantalku.

aku mencapainya lalu keluar dari bilik. ketika sedang menuruni anak tangga, aku terpikirkan sesuatu. bagaimana aku boleh terbaring di atas katil sedangkan aku tertidur dalam kereta masa perjalanan pulang semalam.

aku mendapat idea. mataku memerhati sekeliling rumah. mencari seseorang, aku mencari ibu untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

"ibu ! ibu ! oh ibu !" aku menjerit dengan kuat sambil memanggil ibuku. tiada sebarang sahutan darinya. "ibu ! ibu ! ibu kat mana !" jeritku lagi.

"ape bising bising ni jung, menjerit pagi pagi ni kenapa?" ibu yang entah dari mana datangnya segera pergi ke arahku. "ade ape panggil ibu ni?" tanya ibu sambil mengangkat keningnya.

"macam mana jung boleh ade atas katil pulak ni? semalam jung tidur dalam kereta masa nak balik tapi sedar sedar dah kat rumah" ujarku. ibuku tersenyum sinis.

"hwiyoung. waktu jung balik semalam jung tertidur dalam kereta. hwiyoung tak nak kejutkan jung sebab dia tahu jung penat sangat. jadi dia angkat jung sampai ke bilik" ibuku kemudian beredar menuju dapur. aku membulatkan mataku kerana terkejut mendengar kata kata ibu sebentar tadi.

kemudian aku menekup muka menggunakan kedua belah tanganku tanda malu. "kenapalah dia sanggup susahkan diri dia angkat aku bagai. kenapa tak kejutkan aku je" aku membebel sendiri.

hwiyoung tersenyum sendiri. dia memegang tangannya erat. dia teringatkan tentang semalam. tiba tiba satu bantal terbang menuju ke arahnya. kepalanya dijadikan sasaran.

dia mengusap usap kepalanya yang sedang sakit. dia melihat ke kanan dan terlihat kakaknya, chaerim yang sudah tergelak besar. "adik kenapa tersengih sorang sorang? kene sampuk ke ape?" chaerim mula bertanya.

hwiyoung hanya diam. kemudian dia menggelengkan kepalanya. "nothing special" hwiyoung tersenyum sehingga memperlihatkan giginya itu. chaerim hanya menjeling.

our memories ♡ .Where stories live. Discover now