+19

95 10 0
                                    

aku terkejut dan marah dengan apa yang hyungwon kata. "apa maksud kau dengan prank?" tanya aku dengan nada yang hendak marah. "erm tanak tiup lilin ni dulu ke?" tanya hyungwon. aku pun meniup lilin itu dan mereka pun bertepuk tangan. "dah jom makan dulu nanti saya ceritakan." baru saja dia ingin beredar, aku terus menarik bajunya dan membuatkan langkahnya terhenti. "kenapa ni?" tanya dia. "saya nak penjelasan sekarang juga!" semua orang yang berada dalam rumah itu terus terkejut. "habislah hyungwon, aku dah kata plan ini teruk." bisik minhyuk namun aku masih dapat mendengarnya. hyungwon pun membuat isyarat ke arah minhyuk untuk mengambil kek yang dipegang olehnya. minhyuk pun cepat-cepat mengambil kek itu.

"semua orang, aku nak berbincang dengan hyungwon. bersendirian." kata aku lagi. "erm semua jom keluar dulu." kata jooheon lalu mereka semua pun keluar. "mina, baik awak dengar penjelasan dia dulu." kata yejin lalu memegang bahu aku. sejak bila perempuan ni ada kat sini?! setelah mereka keluar, hyungwon pun mengeluh. "okay, plannya begini, lepas saya balik dari amerika syarikat, saya terus berubah macam apa yang saya buat beberapa hari yang lepas. segala perbuatan yang saya buat selama ini hanyalah sekadar lakonan semata-mata. maksudnya, saya dan yejin tidak dating malah saya tidak pernah curang terhadap awak. saya–" aku terus mendiamkan hyungwon lalu menyerahkan surat cerai kepada dia.

[C] Suami | HyungwonWhere stories live. Discover now