Mar

149 9 0
                                    

Peluh di dahi segera diseka menggunakan tisu. Dicapai berus mekap yang sudah mendarat di atas meja itu kembali. Dioles lembut pada dahiku yang berpeluh tadi.

"Nervous ke cik kak oi?" Soalnya.

Bibirku mencebik. Ah, soalan basi! Sudah terang lagikan berpeluh-peluh, memang aku nervous pun. Perlu ke kau soal untuk kesekian kalinya?

Pandanganku terfokus pada cermin. Saat itu, aku terpandang seorang gadis yang sudah dirias indah pada wajahnya dan dikenakan busana anggun pada tubuhnya. Selendang putih gading pula dipakaikan dengan gaya yang cukup ayu. Cantik. Perempuan di dalam cermin itu tampak cantik. Persis pengantin yang sering aku dambakan untuk menjadi sepertinya. Eh, sekejap! Mengapa wajahnya mirip seperti wajahku?

"Woi, berangan apa kau!" Sergah Pah yang hampir saja melucutkan segala urat saraf yang ada dalam tubuhku. Aku alihkan pandanganku pada Pah.

"Aku takut," luah aku jujur. Aku tak tipu, aku memang takut. Ini bukan keputusan yang biasa. Ianya melibatkan kehidupanku selamanya.

Terasa berus mekap yang berada pada dahiku tadi, kini menjauh. Ditariknya kerusi itu lalu dia melabuhkan duduknya bertentangan denganku.

"Kenapa?"

Soalan itu aku biarkan sepi. Terlalu susah untuk dijawab malah ianya terlalu sukar untuk aku rungkaikan. Aku keliru!

Pah tenung mataku dengan harapan, dia akan dapat jawapan untuk soalan itu dan aku hanya mengeluh.

"Pah, betul ke keputusan yang aku buat ini?"

Pah buat muka pelik. Hairan dengan jawapan aku yang seakan-akan berbaur soalan. Ya, ini memang ayat yang disertakan dengan tanda soal!

"Kenapa kau tanya aku?"

Okay, stop! Cerita ini memang dipenuhi dengan persoalan tanpa berfokuskan pada ayat pernyataan yang hak saja ke? Pening aku.

Pah buka bicara lagi. Kali ini mungkin kata nasihat yang ingin diberikan padaku.

"Aku tak pasti keputusan yang kau buat ini betul atau tak. Tapi aku yakin yang kau tak salah buat keputusan."

Tuturnya membuatkan aku berfikir sejenak. Hadam.

"Aku tahu kau bukan spesis yang suka buat keputusan melulu. Kau akan kaji dan selidik dahulu setiap perkara yang terlibat dalam sesuatu hal. Dalam kes ini, kau dah buat banyak persediaan untuk jayakannya. Takkanlah kau nak lepaskan begitu saja? Bukan ke keputusan yang kau buat ini datang dari salah satu petunjuk yang kau dapat melalui istikharah?"

Jeda seketika. Lidah bagai diikat kemas. Jiwa yang masih dalam keraguan mula bergoncang hebat. Di kala hati dihimpit rasa ketidakpastian, bicara Pah buatkan aku hanyut dengan perasaan baru. Perasaan yang tiada pentaksiran hakiki.

Usia menjengah ke angka 28 tahun dan aku masih lagi solo. Di waktu ini, ramai kawan aku yang sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia dengan keluarga yang dibina mereka. Contoh terdekat, Pah. Sahabat baik aku yang satu ini bernikah sewaktu usianya 22 tahun. Kini, dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Er, maksud aku, tiga orang cahaya mata. Ya, satu lagi masih di dalam kandungannya. Kawan yang lain pun, lebih kurang juga dengannya. Rata-rata memang sudah berkahwin. Aku? Masih digigit rasa iri dan adakalanya kecewa yang bertamu di pinggir hati.

Ibu mendesak untuk aku berkahwin. Risau akan anaknya ini bakal mengangkat gelaran yang tak sepatutnya ada pada keturunan kami. Ya, siapa saja yang tidak mahu bernikah. Memiliki suami yang penyayang di samping anak-anak yang soleh dan solehah. Terbina sebuah keluarga yang sakinah dan mawwaddah. Tipulah jika kau tak pernah mengimpikannya walau sedetik cuma!

Tulisan HatiWhere stories live. Discover now