14

1.2K 209 10
                                    

changmin’s pov

— 6:50 a.m.

Hampir seminggu tak masuk kelas, hari ni barulah aku menjejakkan kaki semula ke sini. Latihan berjalan dengan lancar dan, pertandingan itu malam esok! Tujuan aku masuk ke kelas hari ini cuma satu sahaja.

Nak jumpa Rihye.

Oh? Dia tak datang lagi? ”

Aku melangkah masuk ke dalam kelas yang masih kosong, tiada penghuni. Hanya aku ada di situ. Kebiasaannya Rihye datang awal. Lagi awal berbanding pelajar lain sebab tak nak terserempak dengan mereka.

“ Tak apalah, kejap lagi dia sampai lah tu. ”

Aku tak dapat nak berhubung langsung dengan Rihye sebab dia tak bagitahu pun aku apa nombor telefonnya. Nak minta pada classmates yang lain tapi Kevin pernah bagitahu aku sesuatu.

“ Rihye tu tak pernah bagi pun nombor telefon pada kami. Kitorang pun tak pernah minta. ”

Lokasi rumah dia pun aku tak tahu. Entah kenapa dia tu berahsia sangat sampaikan semua benda tak nak diketahui orang lain.

━━━━━━━━━━━

“ Ada sesiapa tahu kenapa Rihye tak datang hari ni? ”

Guru kelas menyoal namun, tiada sesiapa pun yang berani jawab. Semuanya pandang antara satu sama lain, tidak pasti. Aku mengangkat kening. Kenapa soalan itu ditanya? Bukan hari ni saja Rihye tak datang? Dia pernah tak datang sebelum ni?

Guru kelas aku menghela nafas, berat. Lambat sahaja tangannya mencatat kehadiran pada buku kedatangan pelajar, “ Jarang dia tak hadir banyak kali macam ni. Hampir seminggu dah tak nampak batang hidung Rihye. ”

Mata aku membulat sedikit. Seminggu? Seminggu Rihye tak hadir? Tapi, kenapa? Aku cuba nak tanya Chanhee yang duduk di hadapan aku, tapi terpaksa batalkan niat disebabkan guru kelas mula mengajar.

Terasa jarum jam bergerak terlalu lambat. Setiap saat aku mesti kerling ke arah jam tangan. Selesai jawab satu soalan matematik pun pasti pandang sekilas pada jam di dinding kelas. Tiba sahaja waktu rehat dan semua classmates yang lain dah lesap, aku terus dapatkan Chanhee dengan Kevin. Mereka berdua ada dalam kelas selama seminggu, mesti tahu apa yang dah jadi sepanjang ketiadaan aku.

Guys, wait! Aku nak tanya something dulu. Selama seminggu ni ada apa-apa yang berlaku? ”

Chanhee dah melilau ke tempat lain, macam nak mengelak daripada menjawab soalan aku je. Kevin mengetap bibir, pandang aku serba salah. Seperti mereka berdua tahu aku bakal bertanya soalan macam itu.

“ Janganlah senyap. Cakaplah something. ”

“ Tanya lah pada Chanhee. Dia penyebab Rihye tak hadir sekolah sepanjang minggu ni. ” Pantas saja Kevin menjawab, menyerahkan segalanya pada Chanhee untuk memberi jawapan. Si sotong ni terbeliak mata. Dia menggeleng kepala pada kadar maksima, macam nak tercabut saja kepala tu, “ Eh, eh! Tak mungkin sebab aku seorang saja. Semuanya sebab si Yurim tu lah! Dia yang start buli Rihye dulu, lepas tu satu kelas ikut sama. ”

“ B–buli? ”

Kevin dan Chanhee sama-sama terdiam, tidak berani melihat muka aku yang dah terkejut beruk ni. Tipulah kalau aku kata aku tak rasa terkejut. Rihye buat apa sampai satu kelas sanggup buli dia?

“ C–Changmin. Dengar dulu apa aku nak cakapkan ni. For sure, kami berdua tak buli Rihye macam mereka yang lain. I swear! We're just— ”

“ Jadi, korang berdua tengok sahaja lah Rihye kena buli? Tak nak pertahankan dia langsung? Korang pun sama je macam yang lain. ”

Suara aku mendatar, memotong ayat Kevin walaupun dia tak sempat habiskan penerangan lagi. Aku kecewa. Ya, kecewa dengan mereka berdua. Kecewa dengan classmates yang lain. Sampai macam ni sekali mereka benci Rihye?

“ Changmin. ”

“ Sudahlah. Korang pergilah rehat. Aku tak nak turun. ” Aku tarik kerusi secara kasar, terus melabuhkan punggung di situ tanpa pedulikan reaksi Kevin dan Chanhee.

━━━━━━━━━━━

sixth sense. changminWhere stories live. Discover now