1

39 3 0
                                    

*Bukk..

Farisyah memukul belakang kepala Azman menggunakan buku latihan matematiknya dari arah belakang.

"Azman,kau pergi tak karnival hujung minggu ni kat pekan tu!?"

Farisyah duduk berdepan dengan Azman yang sedang leka bermain telefon bimbitnya.Azman memandang Farisyah dengan pandangan tajam,dia meletakkan telefonnya diatas meja.

"Kau!?"

Soalnya pendek.Farisyah menghembus nafas berat,dia menggeleng perlahan,terus saja dia menyandarkan tubuh dikerusinya.

"Aku tak dapat,"

"Kenapa pula?"

"Kau ingat dia nak kalau aku jalan sorang!?at least ada kawan,"

"Alah..kecohlah kau ni,aku kan ada,"

Kata Azman sambil mengenyitkan matanya sebelah,Farisyah terus membaling buku matematiknya tadi,Azman pula ketawa kerana dapat mempermainkan sahabatnya itu.

"Kau ingat,ayah aku nak ke!?"

Tengking Farisyah,Azman pula tidak habis-habis ketawa.

"Hai,sembang apa!?"

Tegur seseorang,Farisyah melihat kearah orang tadi,Azman pula menghembuskan nafas berat dan berdehem membersihkan tekaknya.

"Ermm..tak aku tanya Azman,kalau-kalau dia turun karnival hujung minggu ni,ala tak ada apalah,borak tak penting je,Julia jangan lah risau,"

Kata Farisyah sambil menepuk bahu Julia,Julia memandang tangan Farisyah yang singgah dibahu kirinya,kemudian perlahan dia menepis tangan Farisyah agar tidak menyentuh bahunya.

"Ermm,ye ke?"

Julia mengalihkan pandangannya kearah Azman,Azman hanya mengangguk tanda dia mengiyakan kata-kata Farisyah.

"Kenapa nak tanya Azman?Kan boleh tanya Julia je,"

Julia berkata dengan nada menyampah sedikit.Azman memandang Julia tajam,Farisyah turut terdiam.

"Urmm..er..Julia,sebenarnya...."

Farisyah menjadi gagap.

"Kitaorang nak surprise kat Julia,"

Sambung Azman,Julia dan Farisyah terus mengalihkan pandangan kearah Azman.

"Kami nak surprise kat Julia,kan Julia dapat johan dalam pertandingan pidato hari tu?Jadi kami plan nak bawa Julia ke karnival tu dan belikan Julia hadiah,kan Syah!?"

Azman memandang Farisyah.Farisyah terus mengangguk.

"Aa..ye..Kecoh lah kau ni Man,yang kau bocorkan plan kita kenapa!?Tak sporting langsung!"

Farisyah mengubah intonasinya kepada nada marah.

"Ye ke?Ala..Isyah ni,tu pun nak rahsia,Julia oklah,tak sabar rasanya nak dapat hadiah dari Azman!Julia tak marah kat Isyah lah,as long..Isyah tak rampas Azman dari Ju..hihihihi ..."

Kali ini Julia bersuara dengan nada yang sengaja digedikkan.

Azman dan Farisyah hanya tergelak kecil sahaja.Julia mengusap kepala Farisyah yang berlapikkan tudung.

"Bincang elok-elok ye,Julia percaya kat Isyah,"

Kata Julia,dia memandang Azman dan hadiahkan senyuman manis,Azman hanya membalas senyuman itu acuh tak acuh,Julia terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Kenapa perempuan tu?Kau kenal ke?"

Tanya Azman dengan nada menyampah.

"Awek kau kan?"

Disebalik Kebahagiaan[Ongoing]✔✔Where stories live. Discover now