Bab 16

6K 304 33
                                    

23 May 2020/ 19 June 2024

"Nak balik tu minta Azie hantarkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak balik tu minta Azie hantarkan. Jangan balik sendiri. Takut pula jadi apa-apa." Pesanan Abang Aiman itu aku tabik selepas pintu kereta dibuka. "Baik bos!"

"Ingat tau, balik sebelum isyak. Zohor, asar, dan maghrib tu jangan pula terlepas. Keluar tu keluar juga, tapi Tuhan tu jangan lupa!" Makin panjang pula pesanan Abang Aiman tu. Macam aku pula yang nak pergi jauh-jauh, sedangkan sebaliknya.

"Ya, Abang Man. Abang tu pergi event tu jangan gatal cuci mata pandang perempuan cantik pula. Ingat-ingat sikit kat Kak Anna. Kalau dia tahu abang tu nakal-nakal kat belakang dia, daripada Annabella jadi Annabelle terus kak Anna tu." Balasku pula sambil tanggalkan cincin arwah ibu tu lalu masukkan ke dalam beg sandangku. Gatal pula jari manis aku pakai cincin hari ni.

"Pandailah bagi nasihat."

Buk! Aduh! Kepalaku pegang bila terasa diketuk dengan sesuatu. Angkat-angkat kepala, nah kau! Dah kena ketuk dengan hujung fail Abang Aiman tu. Tak sakit sangat pun, tapi nak juga berdrama lebih dengan gosok-gosok dahi macam kepala aku dah berlobang.

"Nasihat dibalas nasihat, adil dan saksamalah tu!" Lagipun tak salah apa yang aku cakap. Kira okeylah tu. Abang Aiman sekadar gelengkan kepala.

"Kita orang tak ada tiga hari tau. Petang Rabu baru balik. Unie okey ke tinggal seorang-seorang ni?"

Soalan Abang Aiman itu membawa kepada ingatanku terhadap perbualan aku dan mama semalam. Kita orang yang dimaksudkan itu merupakan papa, Abang Aiman, dan mama yang akan menghadiri majlis Anugerah Kecermelangan Industri yang akan diadakan di Johor hari Selasa minggu depan. Anugerah yang lima tahu lalu syarikat papa pernah dapat. Entah kali ni dapat ke tidak lagi, tak ada pula aku diberitahu.

Semalam mama dah beria-ia mengajak aku untuk ikut sekali ke majlis itu, tapi aku menolak. Bukan apa, kalau aku menghadiri majlis tu pun tak membuahkan hasil. Buat rahang aku ni sado aje balik-balik menguap. Lagi pun, aku tak kenal atau Mahu manusia-manusia di dalamnya ataupun nama-nama syarikat yang akan menang nanti. Jadi ada lebih baik aku kerja macam biasa aje. Duit gaji yang masuk dalam akaun bank aku pun tak berkurang. Abang Amin pun keluar juga hari ni, tapi dia menginap di rumah kawan-kawan seuniversitinya. Nak siapkan projek katanya.

"Insya-Allah, okey aje. Kalau ada apa-apa, Unie buat sparing ajelah dengan orang tu. Boleh keluarkan peluh sikit sambil flexing taekwondo Unie ni." Kataku, siap tunjuk otot bahu keding lagi.

"Jangan nak confident sangat bersparing tu." Buk! Sekali lagi kepala aku jadi sasaran fail hitam tu.

"Argh! Abang Min ni tahu!" rungutku sambil gosok dahi. Sekali-sekali ketuk tu bolehlah, ni kalau dah berulang kali mahu benjol kepala aku betul-betul!

"Baiklah adikku, Abang Man pergi dulu ni. Ingat, balik sebelum isyak." Sekali lagi aku tabik Abang Aiman lalu aku berlalu ke tepi jalan. Menghantar abang sepupuku itu dengan lambaian terima kasih apabila kereta itu meluncur laju.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now