28 May 2020/ 26 June 2024
Numb. Tak ada apa yang aku rasa sekarang ni. Semua perkara rasa blank! Setelah apa yang terjadi dua hari lalu, perkara itulah yang dah terperap dalam diri aku. Rasa tawar. Seakan-akan aku berada di dimensi yang terasing.
Posisi kaki yang melunjur itu aku tarik perlahan merapati dada. Ketika ini aku sudah berada di rumahku. Seperti apa yang aku janjikan kepada Abang Aiman, aku tetap balik ke rumah. Buat bodoh sahaja ketika Kak Zainab menyambut aku dengan muka yang dah bengkak sebelah tu. Bila ditanya, aku putar belit fakta. Cerita yang kononnya aku kena belasah sebab ada penjenayah yang cuba menyamunku.
Bukan niat nak menipu, tapi untuk ceritakan perkara sebenar bukanlah tidakan yang bijak.
Aku tak nak susahkan sesiapa, termasuklah nak timbulkan apa-apa spekulasi daripada keluarga aku sendiri. Itu kenapa aku perlu balik juga walaupun muka dah separuh hodoh macam ni. Biar tak mendatangkan tanda tanya nanti. Sekurang-kurangnya dapat juga aku kurangkan kesusahan hati mana-mana pihak bila tahu aku selamat berada di rumah ni.
Langsir putih yang terbuai dek angin itu tak memberi rangsangan apa-apa kepadaku. Aku tetap rasa kosong. Kedua belah bahu aku gosok perlahan tatkala tubuhku merasa dingin. Cakap pasal tubuh, aku tak mengalami apa-apa perubahan pun bila tahu yang aku dah hilang satu benda yang berharga bagi seorang wanita. Sejujurnya, aku tak rasa jijik dengan diri sendiri. Aku rasa masih suci walaupun doktor persendirian yang merawat aku tu mengesahkan kata-kata Haziq.
Aku masih dalam fasa in denial tu? Mungkin. Sebab untuk percaya bulat-bulat apa yang mereka kata tu tak boleh juga bila aku tidak mengalami semua itu dalam sedarku. Disebabkan itu jugalah aku tak berani untuk buat repot polis. Bodoh, aku tahu! Tapi kalau aku laporan polis, bermakna aku bersedia untuk membuka pengkung di dada.
Bukan buka aib kepada pihak polis tu yang aku takut, tapi reputasi keluarga aku yang akan jadi galang gantinya.
Apa orang akan kata kalau tahu anak perempuan Datuk Adhim dan Datin Marnie dirogol? Mesti akan timbul stigma buruk kepada kenalan papa dan mama. Sekali lagi, aku sangat bodoh sebab masih fikir nak jaga reputasi keluarga aku walaupun keadaan dah jadi macam ni. Sekali pun aku tak pernah menyumbangkan apa-apa kebaikan dalam keluarga ni, jadi apalah sangat untuk aku jaga nama baik keluarga papa daripada terkena caci dan cemuhan masyarakat?
Azie orang paling tak bersetuju dengan tindakkan aku ni. Mengamuk dia bila aku bagitahu sebab kenapa aku tak nak libatkan pihak berkuasa untuk siasat dan tangkap si pelaku tu. Tapi aku tak salahkan dia pun. Dia kawan aku, maka dia ada hak untuk marahkan aku bila pilihan yang bodoh.
Knock! Knock! Knock!
Kepalaku angkat saat mendengar ketukan pada pintu bilikku. Malas-malas punggung diangkat lalu langkah dibawa menuju ke pintu. Wajah tenang Kak Nab terpacul depan mata sebaik sahaja pintu terbuka. Sempat matanya memeriksa daerah wajah bengkakku sebelum bibir keringnya itu tersenyum hambar.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...