15 3 0
                                    

Si pembancuh air mulut emas mula mendepakan tangannya ke hadapan ku menunjukkan akan melindungi ku.. Heh kalau camtu apa kata kita lihat kemampuan dia ni..

Aku mula melangkah ke belakang.. Dengan perlahan aku berjalan dan segera duduk ke tempat duduk ku tadi..

Apa lagi yang mereka tengah buat tu.. Nak jadi patung ke apa? Dari aku berjalan ke sini sampai sekarang masih juga tak gerak-gerak..

Haihh... Takkan lah dah kecut perut pulak lalat-lalat ni dengan pemuda mulut emas ni.. Dekat 2 minit juga aku tunggu dari tadi tak gerak-gerak..

Aku tengok pula si pembancuh air mulut emas.. Hmm mata tu seperti memerhati pergerakan musuh dan mentaksir pergerakan seterusnya.. Agak berpengalaman dia nii... Aduhhh bosannnyyyaaaaaaaa

"woi bila korang nak lawan nii! Lambat betul la.." aku mula bersuara

Erkk.. Semua mata pandang aku.. Aduhhh salah step lah pulakk.. Aku tepuk dahi secara maya.. Para lalat mula melangkah ke arah aku..

Eh eh nak serang aku ke bang? Aku tersenyum senget.. Belum sempat lalat-lalat tu bergerak 2 langkah kepala mereka terputus dari badan....

Wait whuttt!?!

Aku terkejut, terkejang, terbantut.. Ehhh... Korang ni langgar wayar ke apa hah? Badan-badan lalat tersebut rebah ke atas lantai tidak bernyawa.. Ketua mereka pula suda kehilangan darah di wajah.. Pucat banget tu cik bang hahahaha..

Si pembancuh air mulut emas tersebut muncul secara tiba-tiba di hadapan ketua mereka..

"taknak keluar lagi ke dari kedai ni hmm? Ke nak aku goreng korang jadikan makanan istimewa kat kedai ni?" suara beku milik pemuda tersebut..

Fuhh dengan aku sekali meremang bulu roma.. Ketua mereka mula ketakutan.. Dengan perlahan dia melangkah ke belakang..

"jom semua kita berambus!" katanya sambil berlari dengan laju..

Pfftt macam tak cukup tanah dah dia lari tu.. Lalat-lalat lain pula terus berlari mengikuti boss mereka.. Hmm apa-apa pun si pemuda yang kiranya ada emas kat dalam mulut dia tu cool juga eh..

Oh yaa aku perlu cari tempat penginapan..

Aku berdiri.. Tiba masanya untuk aku berambus..

Mungkin kita akan bertemu kembali.. Si Pembancuh Mulut Emas...

Hmm.. Terlalu panjang pulak nama gelaran tu..

Pem...mu....emas.... ??????

Pemumas? Aku berfikir.. Pelik sangat... Okay One more try

Pemuda... Hmmmm guy.... Emas.. Mulut... Ahhhhhh susahhhnyaaa nak singkatkan... Lelaki yang menjengkelkan..

'ANNOYING GUY'

Hmm pretty good.. Simple as hell AHAHAHAHAHAHA kan senang tu.. Aku memuji diri sendiri

Aku berjalan perlahan.. Tanpa melihat pemuda tersebut dan menghiraukan keadaan sekeliling ku.. Pemuda tersebut hanya berdiri statik sambil merenung pedangnya yang sudah berwarnah merah.. Darah? Heh.. Aku tersenyum sinis..

See yah annoying guy..

______________________________________

Aku tiba di hadapan sebuah tempat penginapan.. Hanya 2 tingkat.. Hm okayy lah tu.. Lagipun tempat ni agak murah dari yang lain..

Aku memasuki tempat tersebut.. Sebelah kanan aku lihat sebuah pub.. Pub? Boleh aku makan puas-puas kat sini ni hehehe...

Aku lihat kiri aku pulak.. Dinding.. Apa menariknya dinding ni aduhh.. Aku lihat ke hadapan ku pulak.. Seorang wanita melihat aku dengan wajah yang mesra.. Ni pelayan ke?

"emm.. A-ada bilik kosong lagi tak?" asal aku gugup doh hahaha.. "ada cik.. Cik nak tinggal berapa malam?"

Aku menunjukkan jari tunjuk dan jari tengah menandakan 2 malam.. Lebih bagus aku diam daripada memalukan diri huh... "baiklah ini kunci dan nombor bilik cik ye" dia menghulurkan kunci tersebut kepada ku..

Aku segera mengambil kunci tersebut dan membayar dengan hasil rampasan ku daripada perompak-perompak hehehe.. Bilik 2? Hmmm...

Nak tanya ke tak eh? Aku malas lah nak bersuara nii aduuhhh...

"ye cik nak apa lagi? Cik ada persoalan ke?"

Eh tahu tahu je dia ni aku nak tanya.. Ketara sangat ke muka aku ni ada tanda soal?

"emm..tempat ni ada library tak?" aku tanya dengan penuh berhati-hati.. Gugup di hati jangan tanya la.. Aku ni dah lah penakut.. Hehehe

Wanita tersebut tersenyum.. Eh aku bukan nak tengok kau senyum la.. "ada cik.. Library ada kat hujung koridor bilik cik.. Ianya buka 24 jam"

Aku meng-ohh je kann.. Nak cakap terima kasih tapi tah lah mulut ni berat sangat nak cakap huhuhu..

Aku berjalan terus ke bilik penginapan ku.. Tempat penginapan di tingkat 2.. Tingkat satu ni ada tempat melayan tetamu dengan pub je.. Aku menaiki tangga.. Setibanya aku di koridor tersebut, aku berjalan perlahan-lahan mencari bilik 2..

Bilik 1...
Hah bilik 2..

Eh tempat ni ada 3 bilik je ke.. Paling hujung tu semestinya library.. Aku ingat banyak tapi hampeh.. Tapi bagus jugak.. Taklah bising sangat dan tersembunyi sikit..

Aku memasukkan kunci bilik ke tombol pintu dan terus masuk ke bilik ku.. Wahh cantik.. Tersusun... i like..

Perabot di dalam bilik itu hanyalah almari, tempat solek dan katil sahaja.. Aku berjalan melintasi perabot perabot tersebut..

Beranda... Ianya menarik perhatian ku.. Aku keluar ke beranda... Hmmm nyamann nyaa... Pemandangan sebuah tasik yang cukup indah..

Bilik tersebut di lengkapi dengan sebuah beranda.. Aku toleh ke kiri ada beranda milik bilik 1.. Aku toleh ke kanan pulak, beranda library.. Library pun nak ada keranda juga ke ? Hmm aku kat tengah tengah ni...

Aku diam...

Sunyi..

"kau boleh keluar sekarang" aku berkata perlahan..







TBC...

Irish AryanaWhere stories live. Discover now