06

16 4 0
                                    

Fleshback...

Fariesya mengayuh basikal dengan hati yang riang perjalanannya lancar sekali . Setibanya dihadapan rumah Nenek Ilah. Fariesya menongkat lekas langkah kaki masuk ke dalam rumah kampung itu.

"Asalamualikum"

Seluruh ruangan memenuhi suaranya kelihatan tiada siapa yang berada di ruang tamu menuju pula di ruang dapur tidak kelihatan juga.

"Mana pulak diorang nie?"

Fariesya mula berjalan menuju ke halaman belakang dia menyarungkan selipar yang memang sedia ada.

Dia melangkah memandang ke kiri serta ke kanan.

Sunyi sahaja..

Satu suara manusia pun tak de...

Langkahnya terhenti terlihat Nenek Ilah duduk menyandar pada dinding pondok. Farieaya mendekati susuk tubuh tua itu.

"Nenek!"

Nenek Ilah sesikit terhenjut lalu menangkap tangannya ke dada sambil melatah.

Fariesya tertawa kecil terhadap spontan yang dilakukan oleh Nenek Ilah.

"Eeee, bertuah punya budak."

Fariesya tertawa kecil.

"Nenek tido luar nie kenape?"

Fariesya melabuhkan duduknya pada sebelah Nenek Ilah.

"Nenek lelap mata aje."

Nenek Ilah melelapkan matanya kembali lalu dibukaknya semula mata melihat Fariesya melilau memandang seperti mencari seseorang.

"Nek..."

Nenek Ilah menyahut.

"Sunyi aje mana Amani? Tadi Esya cari kat dalam tak de."

Nenek Ilah melelapkan mata semula. Dengan nada yang malas.

"Pagi pagi lagi makayah dia datang ambil die bawak balik KL. Makayah die cuti nak bawak jalan jalan le tu."

Wajah Fariesya cemberut. Terserlah wajah sayu kerana ketiadaan Amani.

"Hemm, alah takde kawanlah saye nenek. Takpe kawan dengan nenek je."

Feriesya memeluk lengan Nenek Ilah dengan penuh erat burung berkicauwan menenangkan menemani ruangan mereka berdua.

Sebulan kemudian

Setiap hari dari pukul 12 tengah hari sehingga 7 petang Fariesya akan bekerja dengan PakCik Mail untuk berniaga menjual Apam Balik.

Pada waktu panas agak terik tidak melemahkan semangat untuk mencaru rezeki yang halal.

Ramai orang kampung gemar membeli Apam Balik dari gerai PakCik Mail.

Sudah 3 tahun Fariesya bekerja menjual Apam Balik milik PakCik sedara.

Sejak tamatnya persekolahan sehinggalah dalam umurnya lingkungan 20-an die masih tetap dengan pekerjaan walaupun gaji tidak seberapa lumrah berniaga kecil kecilan pasti ada pasang surut.

Tamat sahaja pengajian di sekolah dahulu Fariesya membuat keputusan untuk bekerja sahaja.

Fariesya bukan daripada keluarga senang pasti bersyukur dengan segala Tuhan telah beri.

Ada rumah kampung didudukinya bersama keluarga adalah peninggalan aruwah keluarga belah ayahnya serta keperluan yang secukupnya.

Semat TerciptaWhere stories live. Discover now