👑15👑

1K 102 19
                                    

"Nasib baik." Aku menyimpan telefon pintarku di dalam poket seluar. Aku menghembus nafas lega.

Encik Bogum beri tahu pada semua pekerja yang cafe takkan dibuka hari ini kerana dia ada masalah keluarga untuk diuruskan. Esok baru dibuka semula seperti biasa.

Aku mengorak langkah ke kafeteria universiti. Niat ingin berjumpa dengan Hyomin. Kafeterialah tempat kami berdua berjumpa pada setiap pagi sebelum bersama sama masuk ke dewan.

Kenapa kafeteria? Sebab kami berdua suka makan.

"Kim Sora!" Langkah terhenti. Aku mencari punca suara itu datang. Dan mata aku terhenti pada seorang lelaki yang sedang memandang tepat ke arah aku.

Putera Mahkota Kim Taehyung.

Dengan menggunakan jari, dia memanggilku datang ke arahnya namun aku menggeleng. Melihat respon negatif dari aku, terus saja dia menjegilkan matanya. Keluhan kesal aku lepaskan. Dengan terpaksanya, aku pergi ke arahnya yang sedang berada di belakang dewan jurusan perundangan.

"Apa kau nak? Kalau pagi pagi nak cari gaduh dengan aku? Aku nak pergi." Dia menggeleng laju.

"Aku nak cakap dengan kau. Pasal hal kelmarin." Dia mengecilkan mata. Aku hanya tersenyum nipis.

"Tuanku Permaisuri dan Tuanku Raja minta aku datang ke istana lepas habis semua kuliah aku. Kau boleh tahu semuanya nanti." Aku menjawab tenang.

Aku tak ada mood sekarang ni. Bila fikirkan semua ni balik, mood aku boleh melayang teruk.

"Kalau macam tu, aku tunggu di istana." Aku mengangguk. Belum sempat aku nak pergi, nama aku dipanggil semula olehnya.

"Sora."

"Nae?"

"Macam mana kau boleh datang ke universiti? Bukan ke yang kau—

"Tuanku Raja Taeyong tarik semula hukuman tu. Aku datang ke sini dengan Tuan Yoongi."

"Sora! Aku balik dulu tau." Aku mengangguk. Tangan dilambaikan ke arah Hyomin yang sedang menuju ke arah kereta ayahnya.

Tali beg sandang yang hampir terlorot aku betulkan. Aku berjalan menuju ke jalan lama seperti yang dirancangkan dengan Yoongi.

"Sora!"

Kenapa nama aku famous hari ni?

"Kenapa Putera Jungkook?" Aku menyoalnya terus.

"Kelmarin kau—

"Nak tahu selanjutnya, sila datang ke istana. Aku malas nak cakap banyak banyak kat sini. Tuan Yoongi sedang tunggu aku." Berkerut dahinya.

"Tuan Yoongi? Kau datang dengan dia ke?" Aku mengangguk.

"Jadi betul lah yang kau ni Put—

"Aku malas nak cakap pasal semua ni sekarang." Dia mengeluh lembut.

"Jumpa di sana." Dia pamit aku dahulu sebelum menuju ke arah parking motosikal. Aku menyambung langkah ke jalan lama.

✨✨✨

"Sora. Datang juga kamu." Buka saja pintu istana, aku disapa oleh Tuanku Permaisuri Kim Hanmun merangkap satu satunya nenda aku. Tubuhku didakap erat.

"Tuanku Permaisuri." Aku menunduk hormat sebaik saja pelukan dilepaskan. Tuanku Permaisuri tersenyum lalu diusap kepala aku lembut.

"Panggil nenda. Bukannya Tuanku Permaisuri. Kamu tu cucu nenda." Aku hanya tersengih kekok.

"Tak biasa lagilah tuanku eh! Nenda." Nenda menggeleng kecil. Tanganku diraih.

"Jom jumpa ahli keluarga kamu yang lain pula." Terus muka nenda aku pandang.

Yang lain?

"Siapa lagi nenda?"

"Nanti kamu kenal sendiri." Aku mengangguk. Malas bertanya lebih lagi.

Aku dibawa ke hadapan satu pintu yang agak besar. Aku tengok nenda, nenda tengok aku.

Maka eye contact bermula.

"Dah ready?" Aku mengangguk. Sebenarnya agak nervous juga. Hari ni, aku akan jumpa saudara aku yang lain. First time.

Pintu itu dikuak, maka terpanculah muka Raja Taeyong, Permaisuri Taeya, Putera Mahkota Taehyung, Putera Jungkook dan sepasang suami isteri yang aku tak kenal. Semua memberi senyuman lebar kepadaku kecuali dua orang putera itu.

Pandang aku pelik semacam je.

"Ini ke yang anak oppa So Hyeok?" Soal seorang wanita yang aku tidak kenal itu.

"Nae. Inilah dia." Terus wanita itu memandang aku semula. Terus tubuhku ditarik untuk duduk di sofa yang ada di situ. Nenda mengambil tempat di sebelah aku. Kini semua mata memandang lurus ke arah aku.

Mana taknya, pasangan suami isteri itu berada di hadapan aku. Pasangan diraja berada di sebelah kiri manakala dua orang putera itu berada di sebelah kanan.

"Er, annyeong. Kim Sora ibnida." Tubuh dibongkok sedikit di hadapan mereka semua.

"Sora, kalau kamu tak keberatan, tolong tunjukkan pengesahan kamu sebagai anak Kim So Hyeok dan Kim Saera kepada Tuan Puteri Jeon Naemi dan Tuan Putera Jeon Woong." Permaisuri Taeya meminta.

Jadi mereka berdua adalah orang tua Putera Jungkook rupanya.

Dengan teragak agak aku menunjukkan gelang emas yang aku pakai sekarang. Sama seperti reaksi Tuanku Raja Taeyong, mereka berdua membulatkan mata. Jungkook pun sama.

Aku menunrunkan semula lengan baju. Kini, kolar baju di bahagian kiri aku turunkan sehingga menampakkan tanda lahir aku. Sekali lagi mata mereka bertiga membuntang luas malah lebih luas dari tadi.

"Maknanya, kamu adalah Puteri Mahkota?" Soal Tuan Putera Woong dengan muka terkejutnya. Belum sempat aku membalas, Raja Taeyong terlebih dahulu menjawabnya.

"Ya, dia Puteri Mahkota yang kita semua cari selama ni." Aku mengeluh. Tidak lama kemudian, aku terasa seperti tanganku digenggam.

Nenda rupanya.

"Namjoon dah ceritakan semua pada nenda dan nenda pun dah ceritakannya pada yang lain. Hujung minggu ni, bolehkan kalau Sora tunjukkan makam eomma dan appa." Aku mengangguk.

"Nampaknya kita boleh mulakan perbincangan memandangkan Puteri Mahkota dah dijumpai. Naemi tak sabar nak ni." Kata Tuan Puteri Naemi.

"Awak ni, sabarlah. Kenalah tabalkan Sora sebagai Puteri Mahkota dulu." Semua mengangguk dengan kata kata Tuan Putera Woong.

Tabalkan aku sebagai Puteri Mahkota?

"Betul juga. Kalau macam tu bolehlah kita hubungi pihak wartawan dan media. Hari pertabalan Sora mesti diumumkan."

Panggil wartawan dan media?

Maknanya identiti aku sebagai Puteri Mahkota akan didedahkan pada semua orang?

"Sora tak nak jadi Puteri Mahkota."

Continue...

[C] CROWN PRINCESS | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now