31 May 2020/ 03 July 2024
Mask dan beg sandang itu aku campak di atas sofa sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah. Punggung dijatuhkan di sofa seraya tubuhku dibiar tersandar lesu. Mental dan fizikal aku, dua-dua aku rasa barai hari ni. Dahlah kena marah Abang Mustaqim pagi tadi, sebelum balik pun telinga aku dicuci lagi. Bercalar berganda-gandalah emosi aku!
Bayangan aku yang terpancar dari kaca TV itu mengingatkan aku kepada sesuatu. Poket beg sandang itu aku seluk lalu keluarkan telefon pintarku. Skrin telefon ditenung. Jam dah menunjukkan pukul enam petang, namun tak ada pun tanda-tanda notifikasi dari aplikasi WhatsApp itu naik.
Masuk hari ini, sudah seminggu Haziq tak menghubungi aku. Kali terakhir kami berjumpa waktu dia hantar aku balik ke rumah ini. Itu pun tak ada apa yang nak dicakapkan. Dia lagi banyak diam. Macam tengah fikir sesuatu. Dan sehinggalah hari ini, Haziq tak panggil aku untuk buat kerja di Syarikat Celer tu seperti biasa.
Entah kenapa, tapi hati aku kuat mengatakan yang dia mahu bagi ruang bertenang buatku seketika. Kalau betul, terima kasihlah dengan kebaikan dia tu. Sekurang-kurangnya, aku tahu jugalah Haziq tu lelaki yang punya empati.
"Unie mana?" Suara mama yang bertanyakan tentang aku itu kubiarkan sahaja. Tak rasa nak menoleh pun. Dua detik juga, barulah suara Abang Aiman kedengaran menjawap soalan mama.
Tak lama lepas tu, sofa itu terasa bergegar bila ada orang yang melabuh punggung di sebelah aku.
"La, monyok aje ni. Kerja okey tak hari ni?" Pahaku ditepuk mama untuk menarik perhatian aku.
Aku buka mata dan paksa senyum.
"Alhamdulilah, ma." Tak mahu balas yang aku okey sebab tu dah kira menipu. Jadi alhamdulilahkan ajelah. Buruk baik keadaan, mana-mana pun sebagai manusia aku kena bersyukur.
"Baguslah kalau macam tu. Ni, mama nak cakap sikit pasal hari tu." Lagi sekali pahaku ditampar. Siap suara mama pun bertukar ceria. Haih, macam ada sesuatu aje. Lagi-lagilah senyuman menyeringai mama tu tiba-tiba menghiasi wajah. Sah ada yang tak kena.
"Pasal apa, ma?"
"Pasal kahwinlah. Masa kat event AKI hari tu, mama ada jumpa seorang kenalan baru. Kacak orangnya. Hidup dia pun nampak terurus. Kerja pun bukan calang-calang. Unie nak kenal tak?"
Ah sudah. Kenapa pula boleh tiber sangat topik perbualan mama ni?
"Ma, sejak bila kita pernah berbual pasal kahwin ni?" Tak senang duduk pula aku.
"Haih, kan kamu cakap kat mama hari tu tak ada yang nakkan kamu? Dah kebetulan sangatlan mama kenal anak angkat Datuk Jalil tu. Mama tengok dia, elok benar budaknya. Kalau kamu nak cuba-cuba kenal, mama boleh aturkan pertemuan kamu dengan Ziad Zaidi tu."
Sampai nama penuh mamat tu pun mama dah tahu, sah lagi sahih mama dah jatuh berkenan dengan makhluk tu! Rasa nak hempas dahi aku di meja kopi dengan kebodohan aku sendiri. Waktu nilah nak persoalkan kenapa aku boleh cakap bukan-bukan kat mama hari tu. Tengok, diri sendiri yang susah!
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...