10 tahun yang lepas
" Nab ! Kau tengoklah lelaki tu. Macam handsome kan? ". Ujar Ainul Daria sambil matanya tidak berhenti melirik ke arah seorang lelaki asing tanpa diketahui gerangnya.
Mata bundar miliknya tidak berhenti memandang seorang jejaka yang melangkah ke sebuah kenderaan yang terparkir di sebelah sebuah klinik.
" Lelaki yang mana Dar ? Engkau ni bukan boleh percaya sangat. Uncle Pakistan jual karpet pun kau boleh kata handsome". Getus seorang remaja yang memakai tudung kelabu itu. Matanya tetap melirik ke arah yang ditenung tajam oleh Daria.
Nabila tahu bahawa rakan karibnya ini pantang terjumpa lelaki. Pasti akan memandang tanpa mengelip. Akan di tenung sehingga batang hilang di pandangan mata. Pelik sungguh.
" Tak adalah. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Kita ni melepak dekat pondok ni boleh dikatakan setiap hari tau. Kenapa tak pernah nampak pulak lelaki se handsome ni keluar dari klinik tu?".
Puas dia berteka-teki dengan fikirannya. Tapi sungguh. Dia tidak pernah melihat jejaka ini sebelum ini. Daria boleh di katakan patient yang kerap kali bertandang ke klinik tersebut atas faktor kesihatan nya.
" Lah, kau tak tahu ke? Tu doktor baru dekat klinik tulah. Engkau pun tahu doktor sebelum ini dah berusia. Tu kiranya doktor baru untuk gantikan dia lah". Akhirnya persoalan Daria terjawab dengan jawapan daripada Nabila.
Nabila tahu tentang lelaki yang di gosipkan ini adalah doktor baru di klinik itu. Ini semua kerana mendengar perbualan kakaknya, Nadia yang bekerja di klinik itu.
" Oh, lupa pulak aku. Yang kak Nad kan nurse dekat klinik tu. Boleh lah aku kenal-kenal dengan doktor tu kan. " Ujar Daria dengan sengihan nya yang tampak gatal itu.
"Ya Allah. Tak hilang lagi eh perangai gatal kau ni kan. Ingatkan dah insaf. " Ujar Nabila selepas mendengar kata-kata Daria.
Sah. Dah mula lah tu perangai di Daria ni. Rasa nak sekeh je kepala perempuan ni.
Daria hanya membiarkan ujaran Nabila yang benar belaka itu. Matanya terus memandanga ke arah kereta volkswagen itu. Tidak berkelip matanya sehingga kereta itu perlahan-lahan meningggalkan perkarangan parkir tersebut.
Jika tuhan berkehendak. Tidak ada yang mungkin.
YOU ARE READING
PUJAAN TERAKHIR
Romance-Tiada akhir selain kau- "Kalau nak tahu lelaki yang berusia ni lebih handsome daripada orang muda tau." - Ainul Daria Hanya sekadar meminati, tidak disangka sehingga memendam sebuah perasaan cinta didalam hati. Hari berganti hari, perasaan...