Part 1

2 0 0
                                    

* bunyi jam *

Adira meraba-raba meja disebelahnya untuk tutup jam loceng,dia melihat jam menunjukkan pukul 8 pagi, "hurmm letihnya,penat semalam pon tak habis lagi,tak pelah demi mencari sesuap nasi kan,positif adira,jangan negatif"

Selepas mandi Adira segera untuk ke tempat kerja kerana dia takut lewat walaupun bos dia tak marah pun dengan staff,kira sempoi la, "alah sarapan kat area tempat kerja jela,mana sempat nak sarapan kat rumah" Adira segera menghidupkan enjin kereta dan terus keluar dari perkarangan rumahnya

Setibanya di tempat kerja,Adira terlihat ramai berkerumun di satu meja,"macam ada gosip je" sapa Adira kepada salah seorang staff,"ehh adira,bila sampai" kata Mikail yang terkejut melihat Adira dibelakangnya,Adira hanya tersenyum "baru je,apa kecoh-kecoh ni??"

Tiba-tiba mereka semua terdengar bunyi orang sedang berdehem di belakang Adira,rupanya bosnya Hazim sudah sampai,"amboi gosip je pagi-pagi,kerja dah buat?" Usikan Hazim membuatkan semua tersenyum kambing,Adira segera duduk dikerusi tempat mejanya

"Adira nanti masuk dalam bilik saya sekejap,ada benda nak bincang" arah Hazim,"Baik bos" Adira segera mengambil pen dan buku lalu dibawa ke bilik bosnya

Adira mengetuk pintu,"masuk" pelawa bosnya,Adira masuk dan berdiri di hadapan meja bosnya,"ada apa ae bos nak bincangkan?? Urgent ke??" Hazim tersenyum melihat gelagat Adira yang banyak tanya,"kalau la dia ni jadi isteri aku,mesti comel" Hazim bercakap dengan perlahan,"apa bos??" Adira menyedari apa yang Hazim bercakap tapi dia tak berapa dengar

Hazim tergelak kecil,"duduk dulu" Adira pun segera duduk,"okay macam ni adira,hari sabtu ni saya nak buat birthday party tau,takdela besar-besaran,sekadar,staff dan keluarga saya je datang" Hazim menerangkan perbincangannya,Adira mula pelik " kenapa bos bincang pasal ni kat saya??" Sekali lagi Hazim tergelak,"awak kan PA saya,jadi saya nak awak cari orang yang pandai uruskan majlis harijadi,cari kek yang sedap,makanan yang sedap,saya tinggal bayar je,jangan lupa hadiah saya ye" Adira hanya akur dan agak menjengkelkan bosnya itu "baiklah bos,itu je??" Sambil menulis dalam notanya,"yup itu je,dah pergi buat kerja,jangan lupa tau,lagi seminggu je tau"

Adira segera keluar dari bilik bosnya dan menggelengkan kepalanya,dia segera merebahkan punggungnya diatas kerusi,"huhh penat jugak jadi PA ni,semua nak kena buat" Adira segera membuka fail kerjanya yang masih banyak kerja nak dibuat,"arghhhhhh,stressnya" semua terkedu kerana mendengar Adira menjerit,Mikail datang ke arah meja Adira "oi,kau dah kenapa menjerit tak tentu pasal ni??" Adira membuat muka comel "takde pela,biasalah penat kerja banyak"

Mikail ni suka dengan Adira,dia try hard untuk pikat hati si Adira ni,tapi tak menjadi,sebab Adira ni bukan la nak kata memilih,Mikail ni hensem jugak,putih,tinggi,tapi Adira tak sedia untuk menerima sesiapa lagi dalam hidupnya,cukupla sekadar berkawan rapat

"Jom petang ni gi makan aiskrim" pelawa Adira kepada Mikail,Mikail tersenyum dan setuju dengan lawaan Adira,bukan senang Adira ni nak ajak mana-mana lelaki untuk keluar dengan dia,selalunya lelaki yang ajak dia keluar itu pun kawan sekerja

Mikail sambil tersenyum kambing menuju kt mejanya,si Abang Wan ni nampak la gelagat menggelikan dia,"oi Mikail,kau dah kenapa tersenyum sorang-sorang,geli tahu" Mikail memandang Abang Wan,"takde apa la bang,saya gembira la bila crush ajak keluar,hehehehe" Abang Wan menunjuk ibu jarinya menandakan good,Mikail terus sambung kerjanya

Takdir TerciptaWhere stories live. Discover now