Part 2

0 0 0
                                    

Adira segera menyiapkan kerjanya kerana dia ingin segera menempah birthday planner untuk birthday party Hazim,jam menunjukkan pukul 3 petang,Mikail sedang menunggu Adira yang sedang mengemas meja kerjanya

"Jadi tak kau nak ajak aku gi makan aiskrim?" Adira yang masih terpinga-pinga seolah lupa tentang ajakannya itu,"ohh ya,aku lupa,sorry wehh,next time la ye,aku terburu-buru ni sebab nak tempat birthday planner untuk bos,sorry sangat-sangat" Adira segera meninggalkan Mikail yang bengang dengan sikapnya

Mikail dengan hati kecewa pulang ke rumah,"sampai hati kau kan,lebih pentingkan bos dari aku,kau tunggu la nanti,aku akan cuba ambil hati kau,sampai menagih kasih sayang aku" Syarif yang berada dibelakang Mikail bingung dengan sikap Mikail,"kau ni dah kenapa,pasal si Adira tu ke?? Ehh ramai la perempuan lain,Adira tu apa la sangat" Mikail hanya menjeling tajam ke arah Syarif yang buat muka dang je

-----------------------------------------------------------------

Adira meletakkan keretanya dihadapan sebuah premis,dia memandang board yang tertulis "Event Planner","mungkin kat sini ada kot,tak pela cuba dulu" Adira keluar dari keretanya dan cuba jenguk kearah dalam kedai tersebut,tiba-tiba dia terdengar bunyi orang berdehem dibelakangnya,terkejut dibuatnya,"ye Kak boleh saya bantu??" Kata salah seorang staff yang berada diluar kedai

Adira dijemput masuk dan disuruh duduk dikerusi,"saya nak tanya,kat sini ada tak buat untuk event birthday party??",Pekerja tersebut terdiam seolah sedang memikirkan sesuatu,"ada tu ada,tapi budak-budak punya la,kenapa ae??" Adira sudah pening memikirkan macam mana nak buat birthday party bosnya,"kat mana ada buat untuk orang dewasa ye,sebab bos saya suruh prepare untuk birthday dia sabtu depan"

"Macam ni la,akak keluar dari simpang depan tu,belok kiri,terus sikit,belok kanan,nanti akak jumpa board mcm ni,maaf ye kak,saya tak dapat bantu" kata pekerja tersebut,"ohh okay,takpe,terima kasih ye" Adira segera meluncur keretanya dari premis tersebut dan pergi ke kedai yang dikatakan oleh pekerja tersebut

"Hello,maaf tumpang tanya,kat sini ada buat event birthday party untuk golongan dewasa tak" kata Adira,"ye sudah pasti ada,jemput duduk,kita bincangkan" pelawa pemilik kedai tersebut,"awak nak buat birthday party macam mana?" Adira menerangkan selanjutnya

Masa telah berlalu,jam menunjukkan pukul 6 petang,"ohh macam tu,baiklah nanti Cik bagi alamat,kami akan uruskan sebaiknya" Adira lega kerana kerjanya dipermudahkan,"terima kasih ye,lega saya sebab dah dapat jumpa event planner" sambil berjabat tangan dengan pemilik kedai tersebut,Adira pun keluar dari kedai dan masuk ke dalam keretanya

Perutnya berbunyi menandakan lapar,"hurmm laparnya,haus pulak tu,aku kena cari makanan ni,kalau tak mahu meroyan nanti" Adira segera mencari kedai makan untuk dia tapau kerana masa sudah suntuk,mahu dia sampai rumah malam,dia memeriksa telefonnya dan menelefon Laila untuk memberitahu dia pulang lewat,seperti biasa Laila akan membebel,Laila seolah tidak paham dengan kerjanya,banyak kali Laila suruh Adira tukar kerja,tapi dia sudah sebati dengan kerjayanya dan tak peduli dengan Laila

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir TerciptaWhere stories live. Discover now