"I'm the one who destroy your loyalty.."
Zaskia tersengih seketika seraya termenung jauh.Rambut yang menutupi separuh wajahnya diselitkan di telinga.
Tidak disangka bahawa dia akan bertemu semula dengan cinta hatinya sejak bangku sekolah lagi.Sudah bertahun dia menunggu saat ini.Walaupun mengambil masa yang lama untuk dia menanti,namun semangatnya tidak pernah goyah untuk tetap setia pada lelaki bertuah itu.
Zaskia kembali merenung nombor telefon yang terpapar di skrin telefonnya.Melihat nombor itu saja,sudah mampu membuatkan hatinya terlalu teruja.Tidak sabar dia ingin menelefon lelaki tadi,Habri Khan.
"Tunggulah awak,saya akan pastikan awak akan sayangkan saya sama macam saya sayangkan awak."
Zaskia Latifa tekad yang dia akan menangi hati Khan.Dia berharap dia akan berjaya malah berimpikan dia mampu menjadi pendamping hidup Khan.
○●○●○●
"Semaklah,perempuan ni!Tak habis-habis nak kacau aku.Aku ingatkan kalau dah lama tak jumpa,dah lupakan aku.Tapi makin menyemak adalah!"Bentak Khan sambil menendang sofa yang tak berdosa itu.
Rambut diserabutkan.Macamlah dia tidak tahu yang Zaskia tu dari dulu lagi memendam perasaan padanya.
Tapi,dia sedikit pun tak pernah layan.Sebab apa?Sebab dia tak suka dengan perempuan yang terhegeh-hegeh kat dia.Pada matanya,perempuan macam itu cuma serabutkan otak orang saja.Fikirannya terlintas semula bagaimana dia boleh terserempak dengan Zaskia semula.
Flashback:
Sedang ralit Khan menatap telefonnya,tiba-tiba dia terasa bahunya seperti disentuh oleh seseorang.Dia menolehkan wajahnya pada gerangan tersebut.
Matanya hampir saja mahu tersembul keluar bila melihat wajah gadis itu.Dia tidak mengendahkan gadis itu malah dia menatap semula telefon.
"Khan,kan?"
Khan hanya membatukan diri.
Dengan selamba gadis itu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Khan.
"Betullah awak Khan.Ingat saya lagi tak?Zaskia Latifa.Budak yang selalu suka sakat awak masa sekolah menengah dulu?"
"Tak."
Khan menjeling gadis itu sambil menayangkan wajah menyampah.
"Tipu.Saya tahu awak cuba nak mengelak dari saya."
"Eh,I kena pergi.Sorry,I busy."Tipu Khan sambil berura-ura mahu pergi dari situ.
"Kejap.Sekurang-kurangnya bagilah nombor telefon awak."Pinta gadis itu dengan wajah yang penuh berharap.
"Err..."Khan mula mati kutu.Masalah betullah perempuan ni!Macam-macam pula diminta.
"Please..?"
Dengan ragu-ragu Khan menyebut nombor telefonnya.Tapi,pasti ke nombor telefon betul?Semestinya lah tidak.Mana mungkin dia memberikan nombornya pada perempuan itu.
"Okay,thanks."Kata Zaskia seraya mengelipkan matanya pada Khan.
End Flashback._
"Aku takkan sesekali bagi kau kacau hidup aku,Zaskia!"
○●○●○●
Gaun berwarna putih yang panjang hingga ke paras kaki disarungkan ke tubuhnya.Matanya ralit melihat gaun itu di pantulan cermin.Bibirnya mula mengukir segaris senyuman.
YOU ARE READING
My Brutally Husband.
RomanceZaskia Latifa,gadis yang sejak sekolah menengah lagi sudah menaruh perasaan terhadap seorang lelaki yang cuma beza tiga tahun darinya.Selepas bertahun-tahun berlalu,akhirnya dia dipertemukan semula dengan lelaki yang bernama Habri Khan,buah hatinya...