MBH 2

16 3 0
                                    

"I'm the who destroy your loyalty..

Sudah seminggu dia menetap dia rumah umi dan abahnya dan selama itulah dia terpaksa tadah telinga untuk mendengar bebelan Puan Zanariah yang tak jemu-jemu mendesak dia supaya menerima lamaran calon menantu kesukaannya.

"Kenapa umi asyik paksa adik?Umi tak sayang adik ke?"Zaskia menghempaskan punggung di atas sofa.Naik bingit telinga dia bila kena bebel.

"Umi bukan tak sayang adik,adik yang tak sayang umi."Balas Puan Zanariah dengan suara yang melirih seperti berjauh hati.

"Umi.Bukan macam tu..tapi please,I'm begging you.Don't force me."Rayu Zaskia.Tangan Puan Zanariah diraih dan dielus lembut.

"Terpulanglah pada adik.Kalau adik dah ada calon,cari umi."

Zaskia seakan terpanar dengan kata-kata itu.Spontan terlintas wajah Khan di fikirannya.Dia memang sudah ada calon tapi bagaimana harus dia dapatkan Khan?

Apakah cara untuk miliki hati lelaki itu?

"Petang ni umi dan abah pergi rumah nenek kamu.Kamu dan abang duduk rumah."Pesan Puan Zanariah.

"Okay,umi."

○●○●○●

Petang ini,Zaskia cuma meluangkan masa dengan menonton tv saja.Tak tahu mahu buat apa.Kemas rumah?Sudah.Masak?Sudah juga.Tiba-tiba terlintas satu idea di fikirannya.

"Abang!"Laung Zaskia memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Ya!"

Zill segera turun ke bawah.Terkejut dia bila dia dipanggil.Memang gelabahlah dia ke bawah risau ada apa-apa terjadi pada adiknya.

"Ada apa?"

"Jom kita keluar nak?"Ajak Zaskia sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Boleh juga.Jom,siap."

Setelah hampir setengah jam bersiap,akhirnya mereka memulakan perjalanan.Mereka lepak di mamak terlebih dahulu untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan.

Setelah dapat tempat duduk,mereka memesan makanan dan minuman.Sementara,menunggu Zill melayan instagramnya manakala Zaskia cuma termenung saja.Bukan apa,sejak uminya  memberi kepercayaan padanya,dia tidak henti-henti memikirkan cara untuk membuktikan pada uminya bahawa dia punya calon sendiri.Otaknya lebih serabut lagi bila memikirkan bagaimana dia mahu menjadikan Khan sebagai suaminya.

Sedang elok dia termenung,matanya tertancap pada seorang lelaki yang duduk tidak jauh dari meja makan mereka.Terus terukir senyuman manis di bibirnya.

"Khan.."Gumam Zaskia.

Terasa seperti dia dan Khan ada jodoh pula kerana mereka sering kali terserempak.Hatinya makin kuat merasakan bahawa Khan adalah benar-benar pelengkap hidupnya.Bakal!

"Ha?Siapa?Siapa?"Zill yang terkejut spontan mencari-cari kelibat orang yang disebut oleh adiknya.

"Khan!"Tanpa mempedulikan abangnya pantas Zaskia melangkah ke arah Khan yang sedang makan.Zill yang termanggu lantas mengikuti Zaskia.

My Brutally Husband.Where stories live. Discover now