제 1 화

30 3 0
                                    

Di sebuah tempat yang tidak diketahui

Mago: Awak dari mana? Ini satu-satunya tempat untuk awak berhenti minum. Awak dari Muzu ke? //menghidang wain untuk Tae ri//

Tae ri: //membuat muka menyampah sambil menjeling wain yang dihidang//

Mago: Tapi awak tak nampak cam orang Georan. Ke awak dari Malgal?

Tae ri: //menuang wain ke dalam bekas minuman sebab Mago lambat sangat//

Mago: //ternampak pedang di pinggang Tae ri// OMG, awak bawa pedang. Pahlawan ke?

Tae ri: //merasa wain lalu menghentak dengan kasar// Wain ni tak sedap langsung pastu kau bising nak mampos. //mengambil wain lalu menuangnya ke atas sebuah keranda//

Mago: //pergi ke arah Tae ri// Ada orang mati ke? Ke awak bunuh orang?

Tae ri: //berhenti menuang wain dan memandang Mago dengan menyampah//

Mago: Dua jenis orang je yang lalu kawasan ni...walaupun dalam cuaca yang teruk. Sama ada orang yang membunuh orang, atau orang yang nak mati

Tae ri: Kau hidup lama gila kat dunia ni...walaupun mulut kau cam sampah

Mago: //terkejut//

Tae ri: Kau nak aku potong lidah kau?...so that kau boleh hidup lagi lama dengan selamat

Mago: Lidah tua saya ini mungkin tidak dapat rasa wain yang enak, tapi dia tahu cara untuk cakapkan perkara yang boleh membantu.

Tae ri: //menjeling Mago//

Mago: Nampak macam awak telah berjalan untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Memangnya nak gi mana?

Tae ri: Aku tengah cari guesthouse. Aku dengar ada guesthouse...kat padang gurun ini yang menenangkan roh orang mati.

Mago: Oh, Guesthouse of The Moon ea?

Tae ri: //memandang Mago dengan curious// Kau tau ke?

Mago: Saya dengar...ia guesthouse untuk orang mati...yang masih merayau dalam dunia ini.

Tae ri: //excited// Kat mana tempat itu? Macam mana cara untuk aku pergi?

Mago: Awak tidak boleh ke sana.Hanya orang mati sahaja yang boleh pergi ke sana. Seperti orang-orang yang berdiri di sana.

Kelihatan beberapa roh di belakang badan Tae ri

Mago: Banyak mana masalah yang awak bawa dalam keranda ini?

Tae ri: //memandang keranda dengan sayu// Diaorang ni adalah orang yang mati sebab aku

Mago: Dan siapa yang awak bunuh untuk mereka yang mati ini?

Tae ri: //terkejut lalu mengambil pedang dan menghunusnya ke arah leher Mago//

Mago: //memandang pedang di lehernya//

Tae ri: Diam. Bagitau aku macam mana untuk sampai ke sana.

Mago: //ternampak tulisan di pedang// "Bulan Mengambang"? Itukan bulan yang penuh dengan dendam.

Tae ri: //mendekatkan pedang di leher Mago// Bagitau aku sekarang. Aku tengah cuba bertanggungjawab...untuk mereka yang aku bunuh.

Mago: Eleh diri sendiri pun tak bertanggungjawab, ada hati nak bertanggungjawab kat orang yang dah mati. Awak tiada keupayaan untuk menjaga kehidupan orang lain la

Tae ri: //marah// Aku dah cakap, aku akan potong lidah kau...kalau kau terus cakap benda sia-sia. Bagitau aku cara untuk ke sana. Kalau tempat itu hanya orang mati je boleh jumpa, //menghunus pedang ke arah leher sendiri// aku sanggup membunuh diri sendiri.

Mago: Kasihannya awak. Awak fikir boleh bayar segalanya dengan mengorbankan nyawa awak. Tapi itu keinginan yang sia-sia

Tae ri: Ini satu-satunya perkara yang ada...yang boleh aku kasi

Pedang di leher Tae ri amatlah dekat dengan lehernya menyebabkan lehernya berdarah

Mago: Guesthouse of The Moon...adalah tempat untuk roh orang mati berkumpul. Roh orang mati yang merayau akhirnya akan tiba di sana dengan sendirinya

Tiba-tiba sekumpulan pahlawan berkuda datang ke arah mereka berdua

Tae ri: //pergi ke arah pahlawan berkuda dengan marah dan bersedia untuk membunuh mereka//

Tetapi rupa-rupanya pahlawan tersebut hanyalah roh yang berkeliaran di dunia tersebut

Tae ri: //terkejut dengan perkara yang baru dilihatnya//

Mago: Mereka juga adalah orang-orang yang telah awak bunuh.

Tae ri mula mengimbau balik masa ketika dia membunuh pahlawan berkuda tersebut

Tae ri: //memandang skarf di tangannya lalu memandang persekitarannya// Ni ke tempatnya? Aku bunuh semua orang? Aku jadi roh jahat dan datang ke Guesthouse of The Moon dengan dua kaki sendiri?

Mago: Sombong dan bodoh. Awak manusia yang menyedihkan yang telah kasihankan diri sendiri. Kerana awak telah temui tempat untuk bayar dosa awak dengan sendirinya, jadi sekarang bayarlah dosa-dosa itu.

Tae ri merasakan ada seseorang di belakangnya lalu menghunus pedang ke arah 'seseorang' tersebut. Tetapi rupa-rupanya di belakangnya itu hanyalah sebatang pokok yang tidak berbunga. Tae ri mula mengimbau semula kenangannya dengan seseorang yang istimewa lalu dia menangis kerana rindu. Dia cuba untuk menarik semula pedang yang tersangkut di pokok itu tetapi tidak berjaya. Dia cuba dan cuba namun tidak boleh juga. Pokok itu kemudiannya menarik pedang itu kedalamnya lalu menyebabkan pokok tersebut menjadi semakin besar. Sebuah rumah telah muncul akibat perkara yang terjadi oleh pokok itu. Ya itulah Guesthouse of The Moon

Mago: Guesthouse of The Moon yang akan jadi tempat perlindungan orang mati...telah menemui pemilik baru. //membuka keranda kepunyaaan Tae ri//

Terlihatlah barang kepunyaan orang-orang yang telah mati

Mago: Apa kata awak ikut saya...ke tempat yang selesa? //menutup keranda tersebut lalu membawa keranda itu ke tempat yang disebutnya//

Dengan itu, kelihatan kunang-kunang ikut di belakang keranda itu. Tetapi hanya satu kunang-kunang yang tidak mengikuti Mago sebaliknya ia menuju ke arah Guesthouse of The Moon








TBC...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hotel del LunaWhere stories live. Discover now