"Tapi.. dia memang takde perasaan langsung ke dekat aku?"Aku termenung memikirkan tentang hal itu diluar rumah seorang diri. Aku perlu abaikan semua perkara yang berlaku siang tadi.
"Affan, masuk cepat.. dah pukul berapa dah ni."
"Okay mama, nanti Affan masuk."
Aku berjalan sambil melihat bintang-bintang di langit. Bintang-bintang itu seakan-akan tersenyum kepada aku.
Aku akan gembira. Ye, aku akan ikut apa yang Nadhirah minta siang tadi. Aku perlu gembira dengan keputusan mama.
Aku masuk ke dalam rumah. Kemudian aku melihat mama yang sedang membaca sebuah novel.
Aku duduk disebelah mama
"Mama.. Affan nak tanya."
"Tanyalah."
"Hmm, bakal tunang Affan tu sape?"
"Nanti Affan tahula."
"Nama dia?"
"Nama dia..."
Mama melihat aku dengan senyuman. Mama membaca novel itu semula lalu berkata.
"Adalah."
"Hmm takpela, Affan masuk bilik dulu."
Tiba-tiba aku rasa kecewa dengan keputusan aku.
Semasa aku berjalan menuju ke pintu bilik.
"Affan sini jap."
Kakak memanggil aku.
"Nak apa?"
"Kau nak tahu ke bakal tunang kau tu?"
"Uish nak, sape?"
"Hurm tak tahu, tapi yang kakak tahu dia tu sebaya dengan Affan."
"Apa? Sebaya? Hurm anak kawan mama kan?"
"Haah anak kawan mama."
"Ish mama ramai kawan la.. hmm nantila Affan tanya papa."
"ha pergila tanya."
"Tapi papa mana?"
"Rasanya papa ada kat dalam bilik belakang.. main game la tu."
"Haa okok.."
Aku pergi ke bilik yang berhampiran dengan dapur. Aku masuk ke dalam.
"Papa.."
"Haa ye Affan.. ada apa?"
"Affan nak tanya.. papa kenal ke bakal tunang Affan tu."
"Kenal."
"Uish sape?"
"Hmm, meh duduk sini. Papa bagitahu."
Aku mendekati papa dan duduk disebelahnya.
"Sebenarnya, bakal tunang Affan tu. Anak ustaz Aiman. Nadhirah."
"Nadhirah!? Tapi kenapa Nadhirah dengan mama tak bagitahu Affan?"
Aku terlalu terkejut dan gembira dalam masa yang sama. Aku berasa malu terhadap Nadhirah kerana aku telah meluahkan perasaan aku.
"Saje.. nak buat surprise."
"Tapi kan pa.. Affan dengan Nadhirah baru umur 17 tahun.. kenapa kena tunang pulak?"
"Sebab ni permintaan ustaz Aiman sebenarnya. Ustaz Aiman risau tengok anak dia. Sekurang-kurangnya dah tunang.. nanti lepas habis belajar terus nikah."
YOU ARE READING
On My Way
Short Story| Watak-watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Jika sama, ianya hanyalah kebetulan sahaja | Affan telah kehilangan seseorang yang rapat dengannya. Akibat daripada itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya. Malah sifatnya yang selalu ce...