bab 9

9K 285 1
                                    

Esok raya!!!!

Ayu dah menari-nari di dapur sambil membuat kuih raya. Lagi bertambah mood nak raya bila dia pasang lagu raya kuat-kuat.

"Mintak mak kuih sepotong saya mau makan karna perut kosong heyy... Na na naa na na na naa.." Penuh penghayatan Ayu menyanyi.

"Amboi isteri abang ni. Buat kuih ke buat konsert?"

Firdaus turun meninjau isterinya di dapur. Dari dalam bilik dah boleh dengar suara isterinya menyanyi. Gembiranya ibu mengandung ni.

"Hehehe Ayu ambil mood nak raya. Best tau buat kuih raya sambil nyanyi ni."

Ayu mengeluarkan kuih samprit dari dalam oven.

"Nyanyi-nyanyi jugak. Tapi jangan menari tau. Abang risau nanti sayang jatuh. Esok kita nak raya."

"Tau la abang. Abang jangan risau." Ayu kenyit mata.

Tergeleng Firdaus melihat telatah isterinya. Orang cakap ada saja nak dibalasnya.

"Sayang." Panggil Firdaus.

"Ye abang." Pandangan Ayu dikalih ke Firdaus.

"Haritu mak ada cakap dengan abang."

"Mak cakap apa?"

"Mak cakap suruh abang berjaga-jaga."

Ayu mengerut dahinya. Suruh berjaga-jaga? Kenapa?

"Kenapa mak cakap macam tu?" Hairan Ayu. Tiba-tiba pelik pulak mak dia ni.

"Risau tahun ni abang kena teman Ayu beraya dekat hospital." Firdaus ketawa. Dia dapat bayangkan Ayu beraya dalam hospital. Mesti muncung je nanti sebab tak dapat pakai baju raya.

"Eeee abang pun macam mak jugak. Suka sangat doa supaya Ayu beranak cepat. Abang doa lah bagi isteri abang ni dapat sambut raya dengan gembira. Boleh makan sedap-sedap. Dapat duit raya banyak."

Nak merajuk Ayu bila semua orang macam nak sangat dia beranak cepat. Bukan dia tak suka, cuma faham tak dia nak pakai baju raya lepastu ootd cantik-cantik dengan suami di pagi raya. Faham tak?

"Abang tak cakap pun abang doakan Ayu cepat beranak. Abang cuma dengar je cakap mak tu." Firdaus membela diri.

Dia pun kalau boleh nak jugak ada kenangan manis beraya dengan isteri setelah sekian lama.

"Sayang malam ni abang dengan Fahmi pergi masjid tau."

Ayu mengangguk.

"Kalau ada apa-apa call abang. Takpun mintak Siti temankan sayang sampai abang balik." Tutur Firdaus lembut.

"Baik abang sayang."





















Ayu sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Firdaus dan Fahmi pula sudah ke masjid.

Sedang Ayu mencuci, tiba-tiba bahagian bawah perutnya sakit.

"Aduh..."

Ayu memegang bahagian bawah perutnya.

Terbongkok-bongkok Ayu berjalan ke meja makan.

"Kenapa tiba-tiba sakit ni?" Peluh di dahi dilap.

Ayu cuba untuk bertenang. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan. Dalam fikiran Ayu sudah bermain-main tentang sesuatu yang dia sangat elakkan.

"Takkanlah aku dah nak beranak?"

Bahagian bawah perutnya masih lagi sakit. Ayu menilik ke arah jam. Macam lambat lagi je suaminya akan pulang.

Ayu berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu untuk mengambil telefon. Dia mahu menelefon Firdaus.

Rasa sakit yang makin mencengkam menyebabkan Ayu terjelopok atas lantai.

"Ya Allah." Rintih Ayu.

"Assalammualaikum." Tiba-tiba suara Siti memanggil salam dari luar rumah.

"Ada orang ke tak ni?" Siti mengetuk-ngetuk pintu.

"Siti tolong."

"Eh Ayu? Kau okay ke tu?" Siti cemas. Takut apa-apa terjadi kepada Ayu. Dia datang kerumah Ayu pun sebab Firdaus memintanya untuk menjenguk Ayu.

Tanpa membuang masa, Siti terus membuka pintu. Mujur pintu tidak berkunci.

"Ya Allah Ayu!"

Siti panik bila Ayu sudah terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu.

"Ayu bangun Ayu." Pipi Ayu ditepuk.

"Ayu bertahan. Aku call ambulan."

























Firdaus berlari di dalam hospital mencari wad yang diberitahu mak mertuanya. Dari jauh dia sudah nampak Mak Wati dan Pak Amin yang sedang gelisah.

"Mak mana Ayu?" Tak sempat salam, Firdaus terus menyoal.

"Firdaus, kamu pergi masuk dalam. Doktor minta kamu temankan isteri kamu di dalam." Jawab Pak Amin tenang. Dia sebenarnya risau keadaan anaknya. Tapi untuk situasi sekarang dia harus bersabar dan menenangkan isterinya.

Firdaus mengangguk dan terus masuk ke dalam wad.

"Abnag macam mana anak kita?" Mak Wati menangis. Dalam hati dia berdoa agar urusan anaknya dipermudahkan.

"Ayu baik-baik saja. Awak jangan risau sangat. InshaAllah tak ada apa-apa." Pak Amin mengurut bahu isterinya.

[5]Encik Duda Pujaan Hati 2 ✓Where stories live. Discover now