9

96 5 0
                                    

"Kau demam?! Kenapa tak call oppa awal-awal? Nak kena pukul ke apa? Nasib baiklah oppa datang hari ni. Kalau tak mesti kau tak sembuh seminggu. Wonwoo, kau pun sama kan? Aku minta kau dengan Soonyoung jagakan dia ni. Bla bla bla" Jina tutup telinganya dengan bantal. Mahu berdarah telinganya mendengar bebelan Jihoon.

"Sudahlah tu Jihoon. Ni aku dah jaga Jina ni. Nampak, sembuh sikit kembar kau ni."

"Nasib baik kau yang jaga dia. Kalau dia sakit lain kali bagi tahu aku terus."

"Oppa ni. Jina dah sembuh ni hah. Oppa nak suruh Jina lagi 7km pun boleh tau. Sudah-sudahlah tu membebel."

"Jina bersyukut sikit eh. Nasib baik Jihoon membebel je. Nak kena hempuk dengan gitar? Nasib baik gitar tak de. Jihoon nampak keyboard Jina ni rengan je. Boleh hempok guna ni tak?"

Jina segera bangun lalu mendapatkan keyboardnya.

"Banyak cantik. Keyboard ni hadiah dari Taemin oppa tau. Macam mana nak berlagu bemda ni kalau oppa rosakkan?"

"Jina, kau tu baru sihat. Duduklah. Jangan terus bangun. Jihoon, jomlah keluar. Kau bukan nak bagi dia sembuh, makin bagi dia sakit adalah. Jina, tidur tau. Bye~."

"Biar aku tengokkan Jina ni."kata Jihoon.

Joshua akhirnya bertindak dengan menarik telinga Jihoon.

"Argh hyung!"

"Jina tu kena rehat. Yang kau duduk sini nak membebel kat dia baik tak payah. Makin sakit adik kau ni karang." kata Joshua sambil tarik Jihoon keluar.

Wonwoo mendekati Jina, dahi gadis itu disentuh lembut.

"Suhu kau dah turun. Baguslah, esok kau dah boleh pergi kelas macam biasa." kata Wonwoo.

"Terima kasih Wonwoo."

Wonwoo berikan Jina semangkuk nasi dan semangkuk sup. Jina hirup sup tersebut.

Rasa sup tersebut membuatkan dia teringat kenangan dia dengan Wonwoo dahulu.

Flasback

Setahun dahulu

"Tak jadilah oppa. Tak sedap sup oppa buat ni. Betul ke Jeonghan oppa pandai masak?" bebel Jina.

"Tak sedap? Oppa rasa okay je." Jina geleng lalu tolak mangkuk yang berisi sup itu ditepi.

Kemudian Joshua pula yang buat, juga jawapan yang sama dari Jina. Bila giliran yang lain masakkan, satu pun tak krna dengan selera Jina. Biasalah mood orang demam memang mengada-ngada. Rasa yang sedap dikatan tawar.

"Ish minah ni! Aku masak tak sedap, Mingyu masak tak sedap, Jeonghan hyung masak tak sedap, yang lain buat pun tak sedap. Kitorang rasa okay je. Tak ada yang kurang pun. Itulah aku kata jangan mandi hujam, dah demam siapa yang susah?" bebel Jihoon

"Ish hyung ni, janganlah marah noona. Biasalah, noona demam kan?"

"Biar Wonwoo masaklah. Jina, awak tunggu kejap eh."

25 minit kemudian

"Okay siap!" Wonwoo hidangkan di depan Jina.

Jina membelek isi yang ada dalam sup tersebut.

"Eh? Daging? Cili? Tadi semua buat lain je."

"Wonwo saja je nak try. Semua guna ayam untuk masakkan Jina sup. Tapi tak ada seorang pun guna daging. Fasal cili tu Wonwoo try je."

Jihoon kemudian datang mendekati Wonwoo lalu hempuk di kepala lelaki itu.

"Kau ingat adik aku ni tikus makmal ke apa? Semua kau nak try."

Misi Memikat Hati  Jeon Wonwoo Svt -Complete-Where stories live. Discover now