One : Journey

23 2 1
                                    

Kelihatan Seorang wanita feminin dan elegan berjalan menuju ke satu bilik di hujung rumah atau boleh dikatakan istana . Ada beberapa lelaki yang lengkap berpakaian seperti pahlawan di belakang nya.

"Tuanku..." Panggil seorang lelaki kepada wanita tersebut . Wanita itu tersenyum sambil mengganguk .

"Izinkan patik membuka pintu itu untuk tuanku.."Kata lelaki itu sambil melutut hormat . Wanita itu tersenyum .

"Bukalah."Kata dia lembut sambil tersenyum.

"Menjunjung perintah Yang Mulia Sarah!"Lelaki itu menuju ke arah bilik itu dengan sopan. Dia membuka pintu bilik itu perlahan .

"Terima kasih taufan."Kata sarah sambil melangkah masuk.Tiba tiba dia tergamam.Tak mampu berkata kata.

"Apa ada sebarang masalah tuanku ?"Tanya seorang lelaki lain.

"Berlian..itu hilang , gempa."Kata sarah sambil terduduk.

"Tuanku!"Jerit kesemua lelaki itu sambil berlari kearah sarah yang terkulai lemah.

"Bawak tuanku ke kamarnya!"Kata Halilintar tegas.Mereka semua hanya mengganguk.

Mereka yang lain , segera memapah Ratu Sarah dengan berhati hati.Petang itu,Sarah terbangun dari pengsan.Dia melihat seorang dayang meletakkan satu tuala kecil di dahinya.

"Tuanku dah sedar?Tuanku nak air ke?"Sarah hanya tersenyum lemah.Dia menggeleng.Dayang menunduk sopan.

"Panggilkan kesemua pahlawan yang bersama dengan beta."Kata Sarah.Dayang itu hanya mengganguk sambil menundukkan kepala.Tak lama kemudian , tujuh orang lelaki masuk kedalam kamar Ratu Sarah sambil menunduk hormat.

"Kemarilah.."Panggil Sarah lembut.Mereka semua menurut.

"Beta nak..kamu semua..pergi mencari batu berlian yang hilang itu.."Kata Ratu Sarah.Ketujuh tujuh lelaki itu terdiam.

"Baik Ratu Sarah.Kami sedia mengorban nyawa demi negara ni."Kata gempa selepas lama berfikir.Mereka mengganguk.

"Bagus..kamu boleh berjumpa dengan seseorang di hujung negara.Dia akan memberi kamu petunjuk."Kata Sarah lemah.

"Baik yang mulia!"Ketujuh tujuh itu menjawab sambil menunduk pada Ratu Sarah.

"Beta nak beradu..kamu semua boleh pergi.."Kata Sarah.Sekali lagi,Semua lelaki itu menunduk sambil berjalan keluar dari kamar Ratu Sarah.Jelas raut wajah mereka semua kusut dan resah.

_________________________________________

Syu talk:Hai!Syu rasa nak buat story baru hehe..jangan salahkan syu , salahkan tangan syu yang gatal nak buat story baru.Dan , book ini pun slow update ye.Maafkan Syu.But , syu akan berusaha update book ini bila ada masa lapang.And,jangan jadi silent reader yea?Kesemua book Syu banyak read,tapi vote?tak sampai seratus.

Okey lah!!Bye my lovely readers!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DIAMOND [ BOBOIBOY ]Where stories live. Discover now