Bab 13

18.2K 502 21
                                    

SEPAKET serbuk kari berjenama Adabi dibawa ke kaunter. Dompet kulitnya yang dah kelihatan lusuh dikeluarkan dari saku seluar.

"Assalamualaikum, Pak Hassan." Tegur seorang lelaki bertubuh besar wajahnya pula menggerutu disebabkan jerawat-jerawat batu.

"Waaalaikumussalam. Eh..." Pak Hassan terkejut melihat gerangan manusia yang menegurnya tadi.

Lelaki itu mengukirkan senyuman. Tangan dihulurkan kepada Pak Hassan. Belakang telapak tangan Pak Hassan dikucup mesra.

"Pak Hassan, sihat?" soalnya, ramah.

"Alhamdulillah, sihat. Bila kamu balik ni, Firdaus? Setahu Pak Hassan kamu kerja di Singapura, kan?" Dahi Pak Hassan masih lagi berkerut memandang Firdaus, iaitu lelaki yang pernah menjadi igauan anak daranya ketika di sekolah menengah dahulu.

"Saya dah tak kerja di sana lagi. Saya baru balik semalam. Ingatkan nak cari kerja di sini," jawab Firdaus.

"Oh, yakah? Baguslah kalau macam tu. Pak Hassan tengok mak kamu pun bukannya sihat sangat sejak arwah ayah kamu tu meninggal dunia."

Ketika teringatkan Salamah, iaitu ibu kepada Firdaus, terbit rasa simpati di dalam hati Pak Hassan. Sejak Muhamad meninggal dunia kerana serangan jantung, hidup Salamah sebatang kara. Ditambah pula dengan kepergian Firdaus ke luar Malaysia, lagilah bertambah sunyi hidup wanita tua itu. Hari-hari duduk di tepi pintu. Menunggu kepulangan si anak yang dinanti-nantikan.

"Sebab tu saya pilih untuk pulang." Firdaus menunduk.

Dia sedar akan khilafnya. Selepas tamat saja SPM, dia buat keputusan untuk bekerja di Singapura. Katanya, gaji di Singapura lebih besar daripada di Malaysia walaupun sekadar jadi pembantu restoran. Tapi itulah, kerana keputusan drastiknya, ada hati yang terluka. Bapanya meninggal dunia pun dia tak pulang menjengah nasib si ibu di kampung.

Ketika dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja, barulah dia terfikir hendak menjaga ibunya di kampung sekali gus mencari kembali wanita yang pernah mendambakan dirinya suatu ketika dahulu. Syakilla, gadis itulah yang ingin dicari kini.

"Syakilla macam mana, Pak Hassan? Dia kerja apa sekarang?" soal Firdaus.

"Dia baik-baik saja. Sekarang ada di Kuala Lumpur. Katanya kerja di D'Popcornz tu. Jadi tea lady katanya," beritahu Pak Hassan.

Air muka Firdaus berubah. Di saat dia cuba mendekat, Syakilla pula yang menjauh. Nampak gayanya dia perlu membawa diri sekali lagi. Kali ini, destinasi yang perlu dituju adalah ke Kuala Lumpur.

"Oh..." Kekok. 

"Okeylah, Pak Hassan balik dulu. Pak Hassan nak hantar kari ni dekat Mak Timah kamu. Nanti mengamuk pula orang tua tu," pamit Pak Hassan setelah membayar sepaket kari Adabi yang diambil tadi.

Firdaus mengangguk. Tubuhnya dibelakangkan sedikit. Memberikan laluan kepada Pak Hassan untuk keluar dari kedai runcit. Langkah Pak Hassan dihantar melalui sorotan mata. Terus langkah diayun ke tempat gula.

SECAWAN maggi kari dicapai. Ditekan air panas lalu menadahkan air panas ke dalam cawan magginya. Punggung dihenyak ke meja bulat yang menjadi tempat pekerja-pekerja di pejabat itu menjamu selera. Satu keluhan berat  dilepaskan.

Masih segar dalam ingatannya kata-kata yang dilemparkan oleh Dato' Imran semalam. Tidak dapat tidak, hatinya sedang tercalar tika ini. Sementara tunggu mi maggi lembut, Syakilla menopang dagu sambil memikirkan masa hadapannya.

"Fikirkan apa tu?" Tegur satu suara.

Syakilla tersentak kecil. Dipusingkan badannya ke kiri. Sebaris senyuman dihadiahkan kepada Kak Dotty.

"Eh, tak ada fikirkan apa-apa. Akak nak makan maggi ke? Saya boleh buatkan." Syakilla mempelawa, mesra. Dia bingkas bangun.

"Tak payahlah, Kella. Setakat maggi cawan ni letak air panas je. Akak dah biasa buat." Lembut Kak Dotty menolak pelawaan Syakilla.

Dia dah bertahun-tahun kerja sebagai tukang cuci di D'Popcornz. Zaman mudanya pun dia pernah jadi tea lady. Semua benda dia tahu nak buat sendiri. Malas dengan tak malas saja.

Syakilla duduk semula. Dia nak tolong tapi, Kak Dotty yang menolak pertolongannya. Diperhatikan saja tingkah Kak Dotty yang sedang menadah air panas ke dalam maggi cawan perisa Laksa yang dipilih.

"Kella ada masalah ke? Kongsilah dengan akak." Kak Dotty melabuhkan punggung di hadapan Syakilla.

Syakilla menggelengkan kepalanya. "Tak ada apalah, kak. Cuma saya pelik sesuatu."

"Pelik pasal apa tu?" soal Kak Dotty, ingin tahu.

"Masa saya minta kerja jadi tea lady, Encik Fattah kata saya kena pakai seksi-seksi tapi, semalam saya hantar teh di bilik Dato' Imran, dimarahnya pula saya sebab pakaian ni. Saya bingung," beritahu Syakilla. Kepala yang tak gatal digaru.

"Oh, pasal tu..." Kak Dotty mengangguk faham.

"Lain kali Kella jangan ikut sangat cakap Encik Fattah tu. Dia memang begitu. Pihak atasan tak ada cakap apa-apa tapi, dia aje yang lebih-lebih. Encik Fattah tu gatal orangnya walaupun isteri dah empat orang. Dengan akak pun dia pernah nak try tau! Mujur akak tak layan," terang Kak Dotty. Kuah magginya dihirup perlahan-lahan.

Syakilla tergelak. Tak sangka pula lelaki tu berselera dengan Kak Dotty. Haih! Tak baik kutuk orang, Kella.

"Gelak pulak dia." Kak Dotty turut tergelak.

"Sorry-sorry," ujar Syakilla dalam sisa tawa.

"Tak apa, akak faham Kella bergurau. Akak tak ambil hati pun."

"Maksudnya, saya kena pakai pakaian yang sopan sikitlah lepas ni, kan?" soal Syakilla.

"Yup, Kella kena pakai pakaian yang menutup tubuh Kella sikit. Jangan terlampau terdedah. Pantang Dato' Imran tengok staff dia baik atasan atau bawahan pakai pakaian yang seksi-seksi. Baju blaus lengan panjang dengan seluar palazzo yang Kella pakai hari ni pun dah okey dah," balas Kak Dotty.

"Terima kasih, kak." Syakilla tersenyum kecil.

"Small matterlah orang putih duk cakap tu." Kak Dotty tergelak lagi. Mi maggi disuakan ke dalam mulutnya.

MARIAM berlari anak mendapatkan Syakilla yang ingin melangkah masuk ke dalam tandas. Lengan Syakilla direntap agak kasar. Tersenyum-senyum dia memandang Syakilla.

"Kau dah kenapa tarik-tarik aku ni? Aku nak berak pun tak senang, tahu tak!" Bentak Syakilla. Sakit hati diperlakukan begitu. Apa, ingat dia ni lembu ke boleh tarik sana tarik sini?

"Sorrylah. Aku sebenarnya nak minta pendapat kau sikit," beritahu Mariam.

"Pendapat apa?" soal Syakilla. Tak pernah-pernah Mariam nak minta pendapat daripada dia. Tiba-tiba nak minta pendapat. Pelik bin ajaib!

"Hazril cakap dia nak belikan rantai paling mahal untuk aku. So, kau rasa rantai apa yang paling cantik?" Jari telunjuknya saling ditemukan. Pipinya dikembungkan.

Syakilla makan hati. "Entah, kau yang nak pakai rantai tu, kan? Bukan aku. Fikir sendiri."

"Wei, Kella!" Mariam mengetuk permukaan pintu tandas. Belum apa-apa lagi Syakilla dah tutup pintu. Haih!

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now