08 May 2020/ 10 July 2024
"Tak ada." Pelik tak pelik, wajib untuk aku jawap soalan Haziq tu.
"Tunang?"
Geleng. "Mustahil."
"Is there someone you're waiting for?"
"Méiyǒu."
"Are you currently having a romantic relationship with someone?"
Berapa banyak soalan da... Ni kalau aku biarkan satu soalan dijawap satu jawapan, sampai ke sudah tak akan habis. Ada lebih baik aku bagi dalam jawapan panjang tapi padat.
"Untuk pengetahuan encik, rekod status saya bersih. Saya tak pernah ada boyfriend, tak pernah couple-couple monyet, tak pernah bertunang, apatah lagi nak bersuami. Saya single, solo and molo sepanjang hidup saya." Jawapku. Jelas tanpa hela.
Ilham yang menjadi pendengar angguk-anggukkan kepalanya. Dia nampak berpuas hati dengan jawapanku. Manakala Haziq, well... Reaksinya tidak mengalami perubahan yang ketara pun. Tetap tenang dengan wajah dingin itu.
"Huh. Very good!" balas Haziq. Tubuhnya dipeluk sesudah meletak tabletnya.
"Apa yang good?" Tak faham aku. Bagus apanya?
"Kau nak tahu, hutang kau dengan aku boleh langsai dengan mudah?" Seperti biasalah, soalan aku tak penting untuk dia jawap. Lagi penting untuk dia yang bagi soalan.
"Tapi dengan syarat kau kena kahwin dengan aku. What say you?"
Daripada berminat nak dengar, terus aku jadi batu pula lepas Haziq habiskan ayatnya. Hah? Kahwin dengan dia?
"Saya?" Aku tunjuk diri sendiri.
"Kahwin?" Dua jari telunjuk disatukan.
"Dengan encik?" Lalu jariku terarah kepadanya.
"Ya. Sepuluh markah untuk kau!" Dia mengeyakan dengan bahasa sarkastik lagi.
Terpinga-pinga aku jadinya. Kosa kata pun hilang saat aku tenung Haziq yang tetap santai macam apa yang dikatanya tadi bukan sesuatu yang perlu aku bimbangkan. Dia ni biar betul? Demam ke apa cakap macam ni dengan aku?
"Encik ada termakan benda-benda pelik ke pagi tadi?" Kepalaku terteleng hairan ke kiri. Renung wajah kacaknya itu dalam-dalam.
"Encik tersalah makan ubat gegat, ya?"
Spontan, Ilham yang berada di sebelah itu meledak dengan berdekah galak. Dia menjadi pendengar, dia pula yang terhibur lebih. Naik otot mata Haziq tu, jelas tak suka dengan balasan aku mahupun reaksi Ilham. Laju Ilham dijeling marah, automatik gelak lelaki itu mati.
"Erk! Sorry, bos."
Rengusan kecil Haziq itu menghantar signal yang dia tak mahu Ilham cuba-cuba menyibuk urusannya.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...