Bab 15

21.3K 504 21
                                    

TEPAT pukul satu tengah hari, Reza membawa tubuhnya ke pantri. Perutnya pun dah berkeroncong kelaparan tapi dia nak makan bersama-sama dengan wanita pujaannya.

Dia tahu Syakilla tengah puasa ganti tapi apa salahnya kalau Syakilla temankan dia makan, kan? Rindunya kepada Syakilla semakin membuak-buak.

"Kella..." Lembut suaranya memanggil nama samaran Syakilla.

Syakilla yang jauh mengelamun tersentak melihat kehadiran Reza di belakangnya. Baru terfikir nak jamah secawan maggi. Tiba-tiba Reza munculkan diri, terpaksalah dipadam niatnya tu.

"You buat apa di sini? You tak turun lunch?" soal Syakilla kebingungan. Haraplah Reza keluar. Dia nak makan. Dia dah lapar sekarang ni. Bila-bila masa aje perutnya boleh mengamuk.

"Tak ada teman nak ajak makan. Mateen lunch dengan Raisha. I makan maggi ajelah hari ni. You temankan I, boleh?" Reza terus melabuhkan punggungnya di meja bulat itu.

"Hazril? Bukan biasanya you lunch dengan dia ke?" soal Syakilla. Haih! Makin peliklah dia dibuatnya.

"I dengan Hazril ada gaduh sikit. Malaslah nak join dia," terang Reza bersahaja.

"Gaduh pasal apa?" Berminat pula Syakilla nak ambil tahu. Kalau perkara yang ada sangkut paut dengan Hazril Irfan, dialah orang pertama yang nak tahu dulu.

"Pasal you."

"Pasal I? Maksud you?"

"I tak suka dia gelarkan you ayam kampung, Kella. Panggilan tu macam terlalu teruk. I tak suka dia anggap you murah," beritahu Reza. Dibentangkan terus punca perbalahan mereka berdua.

Syakilla senyap. Maksudnya, Hazril Irfan memang ada menggelarkannya ayam kampung di depan Reza. Sebab itulah Reza marah semacam.

"I nak you tahu yang you ni perempuan paling mahal dan paling istimewa dalam hati I, Kella. Walaupun you tolak lamaran I tempoh hari I akan tetap berada di sisi you." Lembut suara Reza mengujar. Kedua-dua belah pipi Syakilla ditarik lembut menghadap wajahnya.

Tersentuh hati Syakilla dibuatnya. Untuk memilih Reza? Maaf, hatinya telah terkunci rapat buat lelaki bernama Hazril Irfan.

"Jangan berharap pada I, Reza. You layak dapat perempuan jauh lebih baik daripada I. Jangan berharap. I tak nak you sakit hati di kemudian hari," balas Syakilla.

"Sakit hati di kemudian hari? Maksud you?" Kening Reza berkerut.

"Tak ada apa-apalah, Reza. You pergilah turun makan. I nak hantar teh dekat Dato' Imran. Dia tak turun pula hari ni." Syakilla terus melangkah ke kabinet. Cawan kaca dan satu teh uncang Lipton dicapai.

Reza melepaskan keluhan berat. Terus dibawa langkahnya keluar dari pantri. Nampak gayanya dia kena makan sorang-soranglah. Suruh Syakilla teman pun Syakilla tak mahu.

Usai membancuhkan secawan teh kurang manis untuk Dato' Imran, Syakilla terus mengetuk pintu bilik majikan besar itu. Hatinya kalut berdoa agar Dato' Imran tidak menyemburnya seperti tempoh hari lagi.

"Masuk!"

Tombol pintu dipulas. Secawan teh diletakkan di depan Dato' Imran. Kepalanya menunduk menekur lantai marmar. Haih! Kacak sangat kau lantai.

"Ini tehnya," beritahu Syakilla tapi anak matanya masih ralit memandang lantai marmar.

Penampilan Syakilla diperhatikan. Tersungging satu senyuman di bibir Dato' Imran.

"Terima kasih," ucapnya.

"Sama-sama," balas Syakilla.

"Macam ni lah bagus. Pakai pakaian yang menutup tubuh. Tak perlulah saya tanggung sakit mata saya ni duk tengok awak pakai pakaian terdedah macam itu hari. Bagus! Teruskan pakai macam ni," ujar Dato' Imran sekali gus memuji Syakilla.

Anak matanya diangkat daripada meneliti lantai marmar. Bibirnya mengoyakkan satu senyuman lebar. Gembira hatinya kerana menerima komen positif daripada Dato' Imran. Terus bersemangat nak kerja.

"Terima kasih. Saya akan teruskan pakai pakaian macam ni," katanya.

Dato' Imran mengangguk. Jari telunjuknya mengait tangkai cawan. Birai cawan didekatkan ke bibirnya. "Teh yang awak buat ni pun sedap. Awak letak apa dalam ni?"

"Saya tak letak apa-apa pun cuma letak teh uncang bersama sedikit gula. Tambahan pula, di kampung dulu saya suka tolong mak saya buat air untuk abah." Tersenyum-senyum Syakilla bercerita tentang kehidupannya semasa berada di kampung.

"Oh, awak asal kampung?"

Syakilla mengangguk.

"Kampung dekat mana?"

"Muar."

"Habis tu, awak tinggal dengan siapa di sini?" soal Dato' Imran.

"Dengan kawan saya," jawab Syakilla.

"Oh, yalah. Awak boleh keluar. Terima kasih untuk teh ni." Dato' Imran tersenyum lagi.

"Saya keluar dulu," pamit Syakilla. Tombol pintu dipulas. Terkinja-kinja dia di luar bilik Dato' Imran.

Mission accomplished!

BERBUNGA hati Mariam setelah menerima mesej daripada kekasih hatinya, Hazril Irfan. Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Hazril Irfan pula sanggup menaip mesej panjang berjela-jela dan dipenuhi dengan ucapan-ucapan manis bak gula.

"Kella, sini sekejap." Mariam menggamit Syakilla yang sedang leka menonton cerita Cicakman di televisyen.

Syakilla mendengus kasar. Diayun langkahnya merapati Mariam di muka pintu dapur. Dagumya diayunkan ke depan.

"Ada apa?" soalnya acuh tak acuh.

Mariam menyerahkan telefon pintarnya kepada Syakilla. "Cuba kau baca apa Hazril wish kat aku. Ya Allah, sweet betul dia."

"Kau memang suka tunjuk kebahagiaan kau ke?" sindir Syakilla selepas membaca mesej daripada Hazril Irfan.

"Ya Allah, tak adalah. Aku cuma nak kongsi kebahagiaan aku dengan kau. Tak salah, kan?"

"Suka hati kau lah. By the way, happy birthday." Syakilla mencerlung sahabatnya. Semakin bertingkat-tingkat rasa sakit hatinya sekarang ni.

"Terima kasih, sahabat. Aku nak siap-siap. Aku nak keluar dengan Hazril sekejap lagi. Dia dah set up tempat nak sambut birthday aku. Nanti aku hantar gambar kat kau," ujar Mariam kemudian pipi Syakilla dikucup pantas.

Sebaik saja bayang Mariam hilang dari pandangan, Syakilla mengepal penumbuk. Kau sengaja, kan? Tak apa, kau tunggu nasib kau nanti. Kau ingat aku nak biarkan dia jadi milik kau? Never, Mariam!

Dendam kesumat yang dipendam selama ini semakin berdarah-darah. Syakilla dah tidak dapat berfikiran dengan waras lagi. Dia akan melakukan apa-apa cara sekalipun untuk memastikan Hazril Irfan jatuh ke dalam dakapannya.

Laju tangannya mengeluarkan telefonnya dari saku seluar. Jari-jemarinya menari-nari di dada keypad. Menaip satu pesanan ringkas kepada Reza. Dia tak nampak cara lain lagi dah kecuali dengan menjadikan Reza sebagai kambing hitamnya.

Maaf, Reza!

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now