bab 1( true love)

19 9 0
                                    

Arya Camile . Nama pena beliau adalah ArCa Yummy. Seorang penulis novel yang terkenal. Hasil karyanya sentiasa terkenal dan mendapat sambutan. Kini novel terbaharunya adalah..TRUE LOVE.

Novel yang mengisahkan tentang seorang putera mahkota ( crown prince/your highness) yang tersepit dengan kisah percintaan yang rumit. Hatinya telah dicuri, dirampas,dibolot dan segala segalanya oleh sang rakyat biasa bernama , Alexandra Lokheart.

Gadis itu yang juga tertambat hatinya pada sang putera. Tetapi apakan daya dia hanya rakyat biasa tiada darjat untuk berganding dengan putera mahkota. Tetapi dengan usaha gigih dia berjaya menambat hati ibu kekasihnya.apa tandanya itu? Green light lah! Hati permaisuri sudah dia miliki hati raja itu lembut senang di bawa berbincang

.tetapi taksahlah dipanggil novel jika tiada watak ontagonis. Zhavia Mckenin.seorang gadis berdarah tengku ( nobles) yang diketahui ramai.

Kenapa dia famous? Sebab dia adalah villain di mana sahaja dia berada. Kejahatannya memang tak boleh sangkal lagi. Tetapi kejahatannya dapat ditutup oleh ayahnya ( duke).

Akibat kegilaan zhavia yang ingin menambat hati sang putera yakni tinangnya, dia jatuh kedalam permainan politik si putera Adam. Tapi takkanlah main bunuh sahaja? Penyeksaan kena ada.

Ayah dan ibunya dibunuh akibat dituduh merasuah lalu dihukum pancung. Di bawah nama PUTERA. Abang dan adikknya dihantar ke pulau tahanan dan dibunuh oleh pembunuh upahan. Satu demi satu orang kepercayaannya hilang .

Tetapi gelaran tunang sebagai putera mahkota masih kukuh dipegangan .untuk keadilan pemilihan bakal permaisuri diadakan. Zhavia dan Alexandra sebagai regina (peserta bakal permaisuri).

Sebagai villain dan watak protagonis mereka berlawan secara halus. Tidak perlu mesin masa untuk mencari jawapan sudah pasti Alexandra pemenang.Zhavia tidak berpuas hati.

Selepas kehilangan orang tersayang dia tidak berundur sebegitu.dia mengambil langkah yang memakan diri iaitu membunuh bakal ratu, Alexandra. Cubaannya gagal. Alexandra mengalami pendarahan teruk.

Putera berang lalu menjatuhkan hukuman pancung.berakhirlah cerita itu disana. Happy ending.

Si 'dia' yakni peminat novel cinta kecewa membaca novel TRUE LOVE itu. Itu memang habits nya. Dia akan mudah kasihan akan orang yang putus cinta.

==========================

"love~ love are you okay?" kepala gadis dipanggil love diusap. Gadis itu sudah seminggu tidak keluar dari bilik. Lelaki itu mengeluh. Sudah berapa lama kerja ISTERInya itu tertangguh.

"sob sob..ce. cerita tu sedih lah death."air matanya jatub dari tubir mata sang CUPID. Yup death adalah GRIM REAPER.

Jari runcing ditunjukkan kepada sebuah novel di atas meja. Death mengambil novel tebal berwarna biru itu lalu dipandang lama.

"true love? Macam happy ending aje .apa yang sedih?" sememangnya dia sudah kenal dengan isterinya itu. Kaki novel.lepas habis satu novel nangis hanis satu nangis. Tapi kali ni lain macam pulak..sampai tak makan seminggu.parah ni.

"Zhavia...dia dia....huwaaa" Love kembali meraung seperti orang gila yang putus cinta. Siapa yang putus cinta sebenarnya ni? zhavia ke dia?

Dahi si isteri di kucup lama." cuba cerita dekat Death...mana tahu boleh membantu"

Mata Love yang sudah memerah di kesat."bla bla bla bla"

Hampir 2 jam bercerita habis juga hasilnya.Tapi ...air mata masih bertakung.

"alah layaklah dia mati siapa suruh jahat sangat"

"tapi dia buat semua tu untuk cinta..dia terdesak"

"banyak lagikan lelaki lain .kenapa pilih si putera juga?"

"dah memang kena atur oleh family."

Haish banyak pula jawapan dia. Habis asal love nangis plak.

"dah takdir dia mati mati lah juga"akhirnya death give up dari memujuk si isteri.

"death ni bukannya nak pujuk. Awak tak faham saya ni cupid saya sedih lah bila ada orang yang mati sebab cinta"

Death tersenyum . Ubun ubun isterinya di usap lalu dicium.lantas tangan nya memegang rahang si isteri.

"apa yang saya tak faham? Saya pun pernah jatuh cinta. Awakkan cinta saya. Saya sanggup mati untuk cinta saya tahu." muka love membahang.

"ish death ni.dah lah tak nak lawan awak! Buwek"love menaliport dirinya keluar dari rumah.

"aduh merajuk pulak. Aku salah cakap ke?" rambutnya di raup ke belakang. Walaupun dia ni ketua GRIM REAPER siapa sangka dia jatuh cinta dengan CUPID . Cupid famous pulak tu.

Kisah cinta miliknya memang satu dunia ghaib ( limaya ) tu tahu. Famous lah katakan. Awal awal memang gaduh lama lama jatuh juga akhirnya.

Kringgggg

Penggera kerja berbunyi menandakan ada kes yang memerlukan tangan sakti milik nya. Tongkat khas grim reaper dicapai .

Nanti nanti lah pujuk tu.dia kan cupid manja~ alahai rasa jatuh cinta balik lah pulak.

Dirinya di taliport ke kawasan kemalangan.

=============================

Arya Camille

Kakinya pantas keluar dari kedai terbitan yang menebitkan buku bukunya. Hish memang tak tahu malu betul!

CEO tempat itu sudah tua tapi masih lagi miang kalah buluh. Tak tahu daj berapa kali cerai pun tak tahulah.tapi ada hati nak cari bini baru!PIGIDAH!

dan sekarang dia sudah bebas.dia tidak lagi perlu untuk menghadap orang tua kerepot keparat tu! Dia dah resign!

Mukanya terhias senyuman manis yang lebar . "aku akan cari syarikat penerbitan yang lain. Tak kanlah susah sangat."

Kakinya di atur megah ke arah tempat pejalan kaki. Menjadi penulis hanyalah kerja sampingan ..dia masih lagi TIDAK BERSEDIA untuk memegang syarikat ayahnya.

Bukan tak bersedia.. Tak minat!dia suka bidang penulisan jadi?siapa bisa menghalang?

Pin Pin Pin

Kedengaran bunyi hon bagaikan menghon dirinya. Dia menoleh ke sisi tampak susuk tubuh seorang kanak kanak yang berada di tengah tengah jalan raya sedang mengutip mainan nya.

Tidak sempat mencerna keadaan lantas kakinya dia atur menyelamatkan nyawa budak itu. Badan budak itu di tolak ke bahu jalan tetapi badan nya tidak sempat mengelak dari takdir.

Kesakitan yang dia alaminya sakit sehingga ke tulang sekaang dia berada dia bawah sebuah lori biru. Kasakitan miliknya di tambah dengan kehangatan. Bunyi teriakan menyapa gegendang telinga nya.

Matanya memberat. Tetapi telinganya dapat menangkap namanya di sebut.

"Arya Camile. Mari kita buat perhitungan" selapas itu matanya terus terkatup rapat.

"aku dah....mati"

===========================

Sorry if hambar ya..otak tibe2 terfikir nak buat citer fantasi mengarut. Akibat terpengaruh anime lah katakan. Mentang2 otaku..

Btw jgn lupa vote and comment okay . Luv u. And sorry untuk typo. Malas nak buat double check kalau jumpa tolong kirimkan salam saya kat dia.

Happy Ending?-zhavia mckenin( Hiatus)Where stories live. Discover now