Reality + 14

399 81 69
                                    

[ SELEPAS 10 TAHUN ]

Remote control yang berada di sisi aku capai. Channel kegemaran aku menjadi tontonan.

Ianya bosan. Tiada apa-apa.

"Tukar lah." kataku perlahan.

Baru sahaja punat nombor satu ingin ku tekan, satu figura yang aku amat rindui berada di kaca televisyen besar itu.

Aku salah nampak ke?

Mata aku gosok berkali-kali. Ingin memastikan bahawa aku tidak salah.

Ya, itu dia. Jeon Jungkook.

Dia tak pernah berubah, sentiasa tampan. Sut berwarna hitam yang tersarung pada tubuhnya amatlah sempurna.

Senyumannya...sentiasa sama. Manis dan comel.

Ada seorang gadis cantik berdiri di sisi sambil memeluk erat lengannya. Mereka tersenyum gembira.

Tak terkecuali juga abang-abangnya yang turut hadir di situ.

"Nampaknya awak dah jumpa pasangan hidup awak, Jungkook."

Terbit rasa lega bercampur gembira buat dia di hati.

"Sayang tengok apa tu?"

Oh ya, dia lah lelaki yang akan menemani aku sehingga akhir nafas ini.

Aku sudah ada peneman hidup. Begitu juga Jungkook.

"Eh ni bukan lelaki yang awak suka dulu ke?" suamiku bertanya sambil matanya memandang ke arah kaca televisyen.

Aku mengangguk.

"Awak sedih ke, sayang?"

Aku menoleh. Dadanya menjadi sasaran kepalaku untuk menyandar.

"Buat apa saya nak sedih bila orang yang pernah saya sayang dulu kini dah bahagia? Lagipun untuk apa saya sedih sedangkan kebahagiaan saya ada di sini?"

Tangan lelaki yang bergelar suami itu aku capai lalu mengucupnya dengan lembut.

Dia tertawa kecil. Dahiku pula menjadi sasaran bibirnya. Satu kucupan yang menenangkan dia hadiahkan buatku.

Inilah syurga aku dunia akhirat.

Cinta lah sebanyak mana pun, sayang lah setinggi mana...kalau dia bukan untuk kita, bukanlah.

Berpijaklah di dunia realiti. Hidup ini bukan fantasi.

Kita manusia, terima lah takdir yang telah ditulis untuk kita. Maka, kita pasti akan bahagia.

"Semoga awak bahagia selalu, Jeon Jungkook."


-THE END-

Reality | JungkookWhere stories live. Discover now