11

490 61 9
                                    

[AUTHOR P.O.V]

Sebaik sahaja kereta hani keluar dari perkarangan rumah, kereta meer pun keluar juga. Tetapi berlainan arah tuju.

Hani berhenti di satu simpang sebelum dia masuk ke dalam kawasan berdekatan hutan dimana terletaknya rumah banglo miliknya. Dia membuka hoodienya dan menukar kepada t-shirt dan jaket kulit hitam dipadankan dengan sneaker nike air zoom kobe bryant berwarna hitam.(aduh riaknya aku nak tulis brand dia😶).

Senang kata,hani memakai pakaian serba serbi hitam. Tidak lupa juga kaca mata hitam berjenama gucci. Selesai menukar pakaian,hani meneruskan pemanduan ke rumahnya.

Setibanya hani dihadapan pintu pagar rumahnya,dua orang lelaki berbadan sasa a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setibanya hani dihadapan pintu pagar rumahnya,dua orang lelaki berbadan sasa a.k.a guard dibanglo hani keluar untuk melihat gerangan orang yang datang. Guard itu juga salah satu konco hani. Dia tidak memberi tahu konco konconya yang dia mahu datang.

Mereka berjalan menuju ke kereta hani untuk memastikan sama ada betul itu tuannya. Iyalah manalah tahu kereta sahaja milik hani tapi orang di dalam bukan.

Hani membuka tingkap supaya 'anak buah'nya itu boleh melihat dengan jelas bahawa itu tuannya.

"eh bos! Tak bagitahu pun nak datang!" terkejut anak buahnya itu.

"ini rumah aku. Suka hati akulah nak datang bila pun. Dah bukak pagar!" arah hani.

Seorang dari guard itu meluru masuk kedalam kawasan rumah untuk membuka pintu pagar.

"cantik bos harini" puji anak buahnya itu. Hani tidak mempedulikan kata kata konconya itu dan terus memandu masuk ke dalam perkarangan rumah.

Hani keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu masuk. Dia membuka pintu menggunakan kunci pendua. Kunci utama dia serahkan kepada Bob, salah satu konco ter'baik' hani. Bob selalu datang kesini bersama konco konco yang lain. Hani juga sudah sediakan 2 orang pembantu rumah disini.

Hani menapak masuk menuju ke ruang tamu. Dia melihat alex bersama chen, anak buahnya juga sedang menonton televisyen diruang tamu. Hani menuju ke arah mereka dan duduk di atas sofa untuk seorang.

"seronok tengok tv...takde anjing ke harini" dah biasa,kata kata kesat dilontarkan dari mulut hani. Nama saja perempuan tapi perangai macam apatah.

Terus berdiri chen dan alex melihat ketuanya datang secara tiba tiba.

"eh bos!tak bagitahu pun nak datang!" kata chen.

"eh kau dengar sini eh, ni! Rumah aku! Aku nak datang bila bila pun suka hati akulah. Yang korang ni takde kerja ke?!"tengking hani membuatkan mereka gelabah.

"em..em...bob dia pergi kutip semua hutang harini. Kitorang dah pergi kutip semalam" kata alex.

"kau bukan kata ah chong tak bayar lagi ke?kenapa kau tak pergi berurusan dengan dia?!" tanya hani.

"itupun bob yang settle bos...harini saya lepak je." jawab alex selamba.

"amboi...makan gaji buta lah korang kan! Dahlah makanan ringan bersepah!tak puasa ek!!" hani memanggil salah seorang pembantu rumahnya untuk mengemas makanan yang bersepah itu.

"woi bodoh! Yang korang duk berdiri lagi tu kenapa?!duduk lah! Apa guna aku beli sofa mahal mahal tapi taknak guna!idiot!" lekas mereka duduk selepas mendengar tengkingan bos mereka itu.

Selepas hani selesai bertanyakan beberapa soalan kepada anak anak buahnya itu, dia mengambil remote dan mengalih siaran.

"emm bos tak kerja ke harini?"tanya chen.

"kau guna otak kau yang pandai tu untuk fikir harini hari apa" kata hani.

"haah lah..hari sabtu!ehe saya lupa"kata chen.

"bos datang sini ada apa apa ke?bukan apa,selalunya kalau bos datang sini ada sesuatu" kata alex seraya bob pun masuk ke dalam rumah.

"haa bagus bob pun dah balik. Sini duduk" arah hani. Bob duduk disebelah chen bersama seorang lagi konco hani.

"aku nak balik kampung untuk tiga harini, jadi bob aku nak kau ambil alih tempat aku untuk sementara. Kalau ada budak budak kita nak balik kampung beraya cakap aku izinkan dorang cuti.tapi! Tiga hari sahaja!"kata hani.

"aik tiba tiba je ni bos..kenapa?"tanya bob.

"ibuuu ajak aku balik kampung sekali. Aku taknak tapi dia paksa. Menyampah betul aku nak hadap muka jahanam-jahanam dekat sana. Pasal cuti budak budak tu, aku saja je nak bagi dorang rehat rehat. Dorang mesti dah lama tak luang masa dengan keluarga so aku bagi lah dorang cuti."kata hani.

"aik jahat jahat bos ni ada juga rasa keperimanusiaan ek"gurau chen.

"kau ingat aku kejam sangat ke taknak bagi dorang raya,haa?" kata hani.

"tapi kitorang pun nak cuti jugak bos" kata alex.

"ah! puasa pun tidak ada hati nak cuti...kau nak aku bagi kau cuti apa?cuti hari pekerja?cuti peristiwa?"kata hani.

Mereka hanya diam dan sengih seperti kerang busuk.












Tbc








Panjang pulak part ni ahuhuhu

[C]•MY LIFE•|| PSYCHOWhere stories live. Discover now