Bab 20

27.8K 582 25
                                    

SYAKILLA melangkah keluar dari perut kereta grab. Dia tidak mahu menyusahkan Reza lagi selepas kejadian gambar intimnya bersama Hazril Irfan tersebar.

Bukannya apa, dia tak nak dengar pelbagai soalan keluar dari mulut Reza tapi, tak ada pula Reza menelefonnya. Hantar SMS pun langsung tak ada. Adakah lelaki itu marahkannya?

"Kau sini!"

Belum sempat Syakilla menekan butang lif, tangannya terlebih dahulj direntap oleh Hazril Irfan. Diheret tubuhnya sehingga ke tempat parkir kereta. Dia berdecit apabila tubuhnya ditolak masuk ke dalam perut kereta mewah milik lelaki itu.

"Kau sengaja sebarkan gambar intim kita berdua, kan?" soal Hazril Irfan dengan suara yang tertahan-tahan. Pintu keretanya ditutup rapat. Dicengkam pula rahang Syakilla semahu-mahunya.

Syakilla meronta-ronta. Macam nak tanggal tulang rahangnya dicengkam sebegitu rupa. "Sakitlah! Kau ingat aku ni batu ke tak tahu sakit."

"Jawablah! Kau sengaja sebarkan gambar tu, kan?" gesa Hazril Irfan.

"Ya, memang aku yang sebarkan. Kau ada masalah ke?" Sebelah kening Syakilla terjongket tinggi. Kella, berani sangat kau ni.

Hazril Irfan tercengang. Mudahnya Syakilla bercakap macam apa yang sedang menimpanya sekarang ni perkara remeh. Ini melibatkan maruahnya, maruah Mariam dan maruah ahli keluarganya. Dia tak boleh duduk diam.

Acap kali juga dia cuba menelefon Mariam untuk menjelaskan tentang apa yang telah berlaku tapi Mariam tak mengangkat langsung panggilannya. Jelaslah, bakal tunangnya itu betul-betul kecewa dengannya. Salahnya juga kerana tak mampu menahan asakan dos dadah perangsang yang aktif di dalam badannya.

"So betullah kau perangkap aku?" soal Hazril Irfan. Nada suaranya tidak selantang tadi.

"Yes! Memang aku sengaja perangkap kau. Aku letak meth dalam air kopi tu. Puas hati?"

"Apa motif kau buat macam ni? Apa salah aku dekat kau? Apa salah aku kat kau, Kella!" Herdik Hazril Irfan. Stereng keretanya ditampar untuk melepaskan kemarahannya.

"Kerana aku cinta kau," luah Syakilla. Lega dia rasakan setelah ayat keramat itu meluncur keluar dari mulutnya.

Hazril Irfan terkedu. Dia cuba menghadam apa yang Syakilla ujarkan tadi. Syakilla cintakan dia? Tak mungkin! Tergamakkah Syakilla mengkhianati ikatan persahabatannya bersama Mariam? Bagaimanakah pula dengan Reza, sahabatnya?

"Kau merepek apa ni? Kau dah ada Reza. Kau nak apa lagi daripada aku sedangkan kau tahu aku dah nak tunang dengan Mariam." Hazril Irfan bersuara semula.

"Aku tak cintakan dia pun. Aku cuma jadikan Reza sebagai kambing hitam. Aku cuma anggap dia kawan," jawab Syakilla, tenang.

"Kau...Kau memang sial, kan? Bukan setakat hati Mariam kau sakitkan tapi hati kawan baik aku yang ikhlas cintakan kau pun kau koyakkan. Apa sundal sangat kau ni!" Marah Hazril Irfan.

"Sekurang-kurangnya aku tak sesundal Mariam." Tersungging satu senyuman sinis di bibir Syakilla ketika menuturkan ayat itu.

Hazril Irfan terus mencekik kuat leher Syakilla. Panas hatinya kerana Syakilla membabitkan Mariam dalam masalah mereka berdua. Melihat Syakilla yang tersekat-sekat mahu bernafas baru dia menjatuhkan semula tangannya.

"Stay away from me. Balik kampung kau. Jangan muncul depan aku atau Mariam lagi!" Tegas Hazril Irfan.

Syakilla memegang lehernya yang perit dicekik sebentar tadi. Tunak matanya memandang ke dalam mata Hazril Irfan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now