Bab 21

26.8K 670 42
                                    

Esok saya temankan Kella ambil kursus nikah. Papa suruh. Baby, please say something. Saya tak nak semua ni berlaku. Percayalah, Kella perangkap saya. - Hazril Irfan.

MARIAM menangis tersedu-sedu. Dada kiri disentuh perlahan. Sungguh sakit sekali di situ. Walau bagaimanapun, dia terpaksa merelakan. Siapalah dia untuk menolak.

Tambah-tambah lagi, percaturan perkahwinan itu telah pun ditetapkan oleh lelaki yang sepatutnya menjadi bapa mertuanya. Namun, semuanya musnah.

Jangan ganggu saya lagi, Hazril. Bahagiakan Kella. Dia ikhlas sayangkan awak. - Mariam.

Setelah membalas pesanan daripada Hazril Irfan, Mariam terus menyekat semua akaun milik lelaki itu. Hatinya betul-betul sakit.

SYAKILLA menarik nafas lega setelah dua hari menjalani kursus nikah. Selama ini ramai orang bilang yang kursus nikah membosankan tetapi tidak baginya. Dia berasa seronok kerana dapat belajar macam-macam.

Tambahan pula, dia dapat ustaz yang kelakar. Mudah terhibur betul tapi, tidak untuk Hazril Irfan. Wajah lelaki itu muram memanjang.

"Masuk!" Tegas suara Hazril Irfan memberikan arahan kepada Syakilla supaya masuk ke dalam perut keretanya.

Syakilla mencebik. Ditarik pintu kereta. Diboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta. Pintu ditutup. Badannya disengetkan sedikit.

"Puas hati kau? Puas hati dapat hancurkan hati aku dengan Mariam? Puas hati bila Reza berhenti kerja sebab kecewa dengan kau?" soal Hazril Irfan bertubi-tubi.

Syakilla terdiam apabila nama Reza dikait sama. Terbit rasa bersalahnya di dalam hati. Disebabkan tindakan bodohnya itulah Reza membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai pegawai kewangan di D'Popcornz kemudian membawa diri.

Acap kali dia menelefon Reza, ingin bertanya ke manakah Reza bersembunyi tapi panggilannya selalu masuk ke voice mail sampaikan dia sendiri dah muak untuk mencuba.

"Aku tanya ni, puas ke tidak?" Sekali lagi Hazril Irfan mengulang soalannya.

"Puas. Tersangat puas," balas Syakilla bersahaja.

"Kau jangan ingat aku akan bahagiakan kau, Kella. Aku bersumpah akan buat kau menderita hidup dengan aku!" Gertak Hazril Irfan.

"Kenapa? Nak pukul aku? Jangan lupa negara kita ada undang-undang. Pejabat agama pun ada," sindir Syakilla.

Hazril Irfan terdiam. Kalau secara fizikal dia tidak dapat menyakiti Syakilla maka dia akan menyakiti Syakilla secara mental. Biar Syakilla tahu rasa. Biar Syakilla menyesal.

"Kau mungkin boleh miliki jasad aku tetapi sampai bila-bila pun kau tak akan miliki hati aku sebab hati aku hanya untuk Mariam," ujar Hazril Irfan. Pedal minyak ditekan. Keretanya menderum laju membelah jalan raya.

Rasa sakit hati menjalar di jiwa Syakilla tapi, dicekalkan juga hatinya untuk bersabar. Dipandang sisi wajah Hazril Irfan.

"Aku akan buat kau angaukan aku setiap masa. Aku akan pastikan kau jatuh ke dalam dakapan aku. Itu janji aku," ujar Syakilla sekali gus mengikat janji.

Jangan panggil dia Kella kalau apa yang dia impikan tak menjadi kenyataan.

Hazril Irfan berdecit. We will see!

HARI yang ditunggu telah pun tiba. Syakilla dan Hazril Irfan mengenakan busana pengantin berwarna biru laut sebagai tema pernikahan mereka berdua.

Redup mata Syakilla memandang Hazril Irfan yang sedang berjabat tangan dengan Pak Hassan. Hatinya berbunga-bunga kerana impiannya telah menjadi kenyataan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now