Bab 20

8.3K 367 71
                                    

11 June 2020/ 22 July 2024

Derapan kaki yang bergema di dalam bilik ini sayup-sayup aje melanggar halwa telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Derapan kaki yang bergema di dalam bilik ini sayup-sayup aje melanggar halwa telinga. Tapi cukup kuat untuk buat aku gerun ketika mengambil tempat duduk setentang dengan meja kerja Haziq. Lelaki itu tarik kerusi kulitnya sedikit kasar, kemudian ambil sapu tangan hitam yang ada di dalam laci meja lalu lap wajahnya.

Apa agaknya yang ada di dalam kepala mamat tu lepas apa yang aku buat tadi? Marah? Benci? Malu dan rasa terhina di khalayak ramai? Atau dia dah pasang niat nak tolak aku terjun dari bangunan ni? Bila aku angkat kepala, riak wajah bengang tu yang terpasang di wajah dingin itu. Spontan, kepalaku tunduk semula. Menikus!

Itulah, terlebih IQ lagi cari idea-idea pelik nak jahanamkan hari bahagia orang tu nak berdating. Lain kali 'mandikan' lagi dia dengan air mineral, Unierah. Sekarang ni hadaplah bala yang kau cari sendiri. Padan muka!

Berdecit mulutku bila otak sendiri tengah menyindir planku itu. Alah, nak takut apa sangat? Kalau aku tak buat benda tu pun, layanan Haziq terhadap aku tetap tak ada bezanya. Tetap garang, tetap nampak aku ni macam musuh dia.

"Sekarang ni kau cakap kat aku, apa masalah kau sebenarnya ni?" Pap! Sapu tangan itu dihempas hebat di atas permukaan mejanya. Bunyi pun bukan main kuat lagi. Sharp! Tanda yang si tukang hempas itu serius maut dengan aku.

Alamak aih! Garang benau... Macam aku yang mula dulu. Yang dia tu berlakon amnesia tak ingat aku tadi tu, halal pula ya? Perangai mamat ni, memang minta kaki!

"Saya ke yang cakap saya tak kenal encik?" Berani aku menjawap. Peluk diri sendiri untuk mengekalkan posture yakin itu. Kalau kita betul, mana boleh goyah, kan?

"That's a stupid answer and a stupid manner!" kutuk Haziq. Melempiaskan sakit hatinya.

"Encik cakap baik-baik sikit, eh!" Agak kuat aku melawan. Menyirap pula rasa bila dibodohkan tengah-tengah hari begini.

"Perbuatan kau pergi simbah air kat aku tadi tu baik sangatlah?!" bidas Haziq garang.

"Saya bukan simbah. Terlanggar... 'Ter!'" Sengaja imbuhan awalan ter itu aku tekan. Biar makin terang lagi bersuluh yang aku ni tengah membohong!

"Kau buat hela banyak mana pun, itu tetap tak mengubah fakta yang kau dah malukan aku di depan Dorafina! Kau tahu dia tu siapa?"

"Client encik la siapa lagi." Aku jongket bahu. Tengah takut ni, tapi maintain tenang itu perlu. Tunjuk aku tak bersalah langsung.

"Dah tu yang kau pandai-pandai buat pasal depan client tu aku kenapa?"

Brother... Kalau kau layan aku elok-elok tadi, tanya aku baik-baik atas urusan apa aku datang ke syarikat kau ni, tak adanya aku ni bijak sangat nak jatuhkan maruah kau di depan cik client dan staf kau tadi, tahu? Tak dinafikan yang cara aku tadi tu memalukan. Tapi aku tak bertindak sedemikan kalau Haziq yang tak mula dulu.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now