4

2.3K 93 6
                                    

Tiba Ezryn di depan pagar sekolah tiba tiba datang seorang lelaki
"Ezryn Hawanie betul??" Soal lelaki itu
"Saya, Encik Zain?" Soal Ezryn semula
"Saya, Tak payah nak berencik lah, panggil abg Zain je, Zainudin Qaim" kata Zain
"So jom" ajak Zain, mereka terus ke arah kereta

"Arraz, eh sorry cikgu Arraz suruh saya bawak awak pergi makan dulu dan terus ke office" kata Zain sambil memandu
"Tapi saya nak tengok ayah saya boleh??" Pinta Ezryn
"Pasal ayah awak Arraz dah uruskan, dia bayar nurse untuk uruskan ayah awak dan jaga ayah awak sepanjang awak berkerja dan sekolah" kata Zain

"Mulai hari ni, saya akan ambil awak dari rumah untuk ke sekolah, dari sekolah ke office dan dari office ke rumah" kata Zain lagi
"Abg driver dia ke??" Soal Ezryn
"Tak adalah! Abg sebenarnya partner kerja dia, tapi dia minta abg uruskan Ezryn" jawab Zain
"Kalau Ezryn tanya boleh??" Soal Ezryn
"Boleh, tanya je lah" Zain membenarkan
"Cikgu Arraz memang garang ke??" Soal Ezryn

"Arraz dia tegas je tapi dia baik tau, sepanjang abg berkawan dengan dia, dia seorang yang bertanggungjawab" kata Zain
"Ramai dekat sekolah cakap dia hantu" kata Ezryn
"Tahu, ramai budak sekolah takut dengan dia tapi siapa yang betul betul kenal dengan dia boleh buat gurau tau dia tu" kata Zain

"Boleh abg tanya Ezryn pulak??" Soal Zain
"Boleh"
"Arraz cakap Ezryn student baru dia, sebelum ni Ezryn duduk mana??" Soal Zain
"Sebelum ni Ezryn duduk Johor" jawab Ezryn
"Kenapa pindah sini??"
"Sebab rumah dekat Johor dah kena ambil dengan bank, tinggal rumah pusaka dekat KL je" jawab Ezryn

"Mak Ezryn??" Soal Zain lagi
"Ibu dah meninggal 3 tahun lepas kenser otak" kata Ezryn
"Sorry"
"Tak apa" Ezryn melemparkan senyuman
"Boleh tak abg panggil Ryn??" Pinta Zain
"Boleh"

Selepas makan tengah hari mereka terus ke office
"Jom" mereka terus ke bilik Arraz
"Bro!" Zain terus masuk
"Kau ni berapa kali aku nak suruh ketuk pintu!" Marah Arraz
"Sorry, ni hah pembancuh kopi terbaru kau" kata Zain
"Mama!!" Arriz berlari dan terus memeluk Ezryn

"Mama??" Terkejut Zain
"Ezryn awak buatkan saya air" pinta Arraz
"Pantry, pusing kanan straight sampai hujung" kata Zain
"Papa, boy nak ikut mama" pinta Arriz
"Tanya mama" arah Arraz, Arriz memandang Ezryn. Ezryn tersenyum dan angguk membenarkan

Dapat jawapan, Arriz terus meminta Ezryn mendukongnya, Ezryn hanya akur dan mendukong Arriz. Sementara menunggu air, Zain bersuara
"Kau nak jelaskan apa apa dekat aku??" Soal Zain
"Tak ada apa apa lah" Arraz cuba mengelak
"Aku kenal kau dari kita 13 tahun sampailah sekarang dah 29 tahun, dah 16 tahun kita kenal nak tipu aku pun agak agak lah kau ingat 16 tahun tu macam semalam??" Soal Zain

"Ye aku cerita, tadi dekat sekolah masa aku mengajar kelas Ezryn, Arriz nampak Ezryn entah macam mana dia boleh panggil mama tu yg sepanjang aku mengajar dia duduk dengan Ezryn je sampai tertidur" cerita Arraz
"Aku tak perasan pulak muka Ezryn tu macam Thiya" kata Zain
"Adalah sikit" kata Arraz
"Maksudnya kau nak ckp Ezryn ni cantik macam Thiya lah" kata Zain

"Mana ada!" Arraz mengelak
"Jujur je lah Raz!" Paksa Zain
"Tak ada!"
"Jujur je" paksa Zain lagi
"Zain kalau cantik tapi perangai macam tak ada akal baik tak payah cantik, mak anjing yang kurap pun tau sayang anak" kata Arraz
"Marah betul" sakat Zain

"Suami mana tak marah bila dia tinggalkan anak macam tu je dia ingat anak tu anak patung boleh campak dan buang sesuka hati" kata Arraz, Tiba tiba terdengar bunyi pintu diketuk
"Masuk" arah Arraz
"Nah air Chocolate untuk cikgu, air kopi untuk abg Zain" kata Ezryn sambil meletakkan cawan di depan mereka
"Kejap chocolate?? Ryn Arraz tak minum chocolate" kata Zain
"Tapi haritu.."

"Aku minum lah" Arraz memotong ayat Ezryn
"Wey last kau minum air chocolate 4 tahun lepas tu pun Thiya yg buat, kau mana minum air chocolate org lain buat!" Pelik Zain
"Aku nak tukar angin tak boleh ke??" Soal Arraz
"Boleh cuma pelik" jujur Zain
"Dah pergi sambung buat kerja! Aku potong gaji kang langsung tak boleh belanja awek kau tu" ugut Arraz
"Baik bos menurut perintah bos" Zain mencapai kopi dan terus keluar dari bilik Arraz

"Duduk" arah Arraz, Ezryn akur
"Dekat office jangan panggil saya cikgu, panggil bos dan saya tak nak pekerja dekat office ni tahu pasal awak masih sekolah okay??" Ezryn angguk
"Awak cuma akan datang office weekday sahaja" kata Arraz
"Saya tengok Arriz suka dengan awak, kalau awak tak kesah boleh awak jaga anak saya??" Soal Arraz
"Boleh" jawab Ezryn
"Saya ada dua anak, Anak sulung perempuan, nama dia Armel Tiara atau saya panggil dia Girl. Atas riba awak tu anak bongsu saya, Arriz Tazzriq saya panggil Boy" terang Arraz

"Girl umur 6 tahun dan Boy 4 tahun. Boy ada penyakit disleksia atau mudah faham lambat. So tugas awak, awak ajar anak saya mengenal huruf, membaca dan menulis atau senang cakap asas, dan Girl awak cuma perhatikan dia buat kerja sekolah sahaja, boleh??"sambung Arraz, Ezryn angguk setuju
"Terima kasih, jadi mulai esok lepas balik sekolah awak ambil Arriz di taska dan terus ikut Zain datang sini, pasal Armel driver akan hantar dia ke sini" kata Arraz
"Okay"

"Sabtu awak akan ada di rumah saya untuk mengajar dia orang macam tusyen lah. Hari ahad awak cuti" sambung Arraz
"Bos pasal nurse yang jaga ayah saya??" Soal Ezryn
"Pasal nurse tu awak anggap tu tugas saya sebagai majikan awak okay??" Ezryn angguk
"Tugas awak, sampai office buatkan saya air chocolate dan terus mengajar anak saya okay??" Ezryn angguk setuju

••••••••••

Keesokkan harinya, seperti yang dikatakan Zain dia akan ambil Ezryn dari rumah
"Assalamualaikum!" Ucap Zain dari luar
"Waalaikumsalam! Kejap!" Menggelupur Ezryn membuka pintu
"Dah jom" ajak Zain
"Jap ambik beg" Ezryn masuk ke dalam bilik dan mengambil beg

Sementara menunggu Ezryn, Zain tergerak hati untuk masuk dan melihat ayah Ezryn yang terbaring di katil
"Ayah awak sakit apa??" Soal Zain selepas melihat Ezryn keluar dari bilik
"Ayah saya kemalangan 6 tahun lepas" kata Ezryn
"Ouh" itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Zain
"Abg jom lah nanti lambat" ajak Ezryn
"Okay jom" Zain keluar terus ke kereta dan diikuti Ezryn

Dalam perjalanan, Zain bersuara
"Mak Ezryn meninggal sebab kenser otak kan??" Soal Zain
"Haah"
"Berapa lama??" Soal Zain
"Mak kenser otak sebelum kahwin dengan ayah saya lagi, tapi mula lumpuh masa saya umur 3 tahun. Masa saya umur 12 tahun ayah saya kemalangan masa balik kerja dan doktor sahkan dia lumpuh seumur hidup. Tak lama lepastu mak saya meninggal" terang Ezryn





😭😭
Stay tune for next part 😘

Jangan lupa like, share and comment tau 😉

Suamiku Cikgu Hantu ✔️✔️Where stories live. Discover now