#1

4 0 0
                                    

"T-tolong Merah merayu bang.... Tolong tanggungjawab.. Ini anak kita abang.."

Seorang perempuan menangis sambil melutut memegang kedua-dua kaki seorang lelaki.

"Jangan sentuh aku! Kau hanyalah perempuan simpanan aku! Aku sudah pesan makan herba tu untuk elakkan kandungan kau! Kenapa kau tidak makan!?" jeritnya kepada perempuan itu. Tidak cukup itu ditendangnya perempuan itu lagi.

"Kalau abang tidak mahu tanggungjawab....Merah akan report polis. Abang telah rogol Merah! "

"Merepek! Kamu gila? Hubungan kita tiga tahun ini senyap senyap! Gila kah kamu jika isteri aku tahu tentabg hal ini? Dia sedang mengandung,jadi aku melarang kamu berjumpa dengan ku lagi!"

Perempuan itu terus memeluk kaki lelaki ini kembali.

"Tolong....hiks..... Merah mohon sangat dengan abang....... Tolong nikah dengan Merah... Merah tak nak ini jadi anak luar nikah. Merah mahu....anak ini mempunyai bapa.... Tolong Merah abang!"

Lelaki itu tidak sampai hatj melihat perempuan di kakinya merayu rayu. Tiada sekumat cinta pun dalam dirinya terhadap perempuan ini. Tetapi apakan daya,silapnya juga. Dia telah membuntingkan perempuan ini.

Lelaki itu terus keluar daru rumah usang itu meninggalkan seorang perempuan yang sedang menangis teresak esak di atas lantai kayu rumah ini.




Mahat memicit kepalanya. Sekian dia memandang kepada isterinya sahnya,Jamilah yang sedang menyusukan anak perempuan tunggal mereka, Qaseh Nur Irdina.

Teringat pulanya kepada perempuan simpanan yang kini sedang hamil anaknya juga.

'Jika aku memberinya wang. Dia akan tinggalkanku tidak?' desis hatinya.  'Tapi bicara pasal duit.. Aku mana ada duit yang banyak. Upah noreh getah pun ciput je..' sambungnya.

Dia memandang lagi isterinya lalu membuat keputusan. Perlahan dia mangangguk seperti mengiyakan keputisannya.




Jamilah yang sedang mendodoikan anaknya itu tersenyum perlahan. 'Comelnya anak aku..' bangganya dia apabila dia dapat banyak pujian daripada orang kampung tentang kecomelan Qaseh ini. Sepertinya  Qaseh ada kacukan pula. Qaseh yang sedang tidur pula ditepuk tepuk.

"Jamilah?"

Suara dari arah pintu menyentakkan Jamilah. "Ya bang? Abang mahu kopi? Milah buatkan" suaranya perlahan. Disebabkan tempoh pantangnya sudah tamat,dia kembali membuat kerja-kerja rumah seperti biasa.

"Tak..tak perlu..."

"Macam ada benda je abang nak cakap dengan Milah. Ada apa-apa ke bang?"

Mahat mengangguk. Dia menarik nafas berat sekali. "Abang....... Abang nak kahwin lagi.."

Membuntang mata Milah. Tidak percaya.

"Kenapa?... Milah tak cukup untuk abang? Abang,Milah sudah habis pantang, Milah boleh layan abang-"

"Abang terlanjur Milah, a..abang tak sengaja..."

Milah terdiam. Mengalir air matanya.

"Siapa....? "

Mahat memandangnya kembali.

"Siapa perempuan itu? Dia lebih cantik dari Milah ke?!" tengkingnya.

Jamilah mula mengganas. Bantal diambil dan dipukul-pukul suaminya.

Mahat hanya diam.

"Tapi,abang tak cintakan dia.. Abang cintakan Milah sahaja..." katanya seraya merenung anak mata isterinya.

Mawar AnggunWhere stories live. Discover now