this cerita merapu is finish! semoga tak murung dengan kemerepekannya :)
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
"Sayang, buat apa kat luar ni. Sejuk lah, nanti sakit macam mana?" ujarku sambil membawa kepingan biskut keju serta susu buat Iris.
Wanita itu hanya tertawa kecil.
"Risau sangat awak kat saya. Orang nak ambil angin je."
Punggung ku labuhkan pada kerusi bersebelahan Iris yang tenang menikmati angin petang.
Segelas susu aku suakan pada Iris lalu membantu wanita itu meneguknya. Kemudian, sekeping biskut keju aku berikan padanya.
"Kalau lah saya ikut cakap awak dulu, mesti saya dapat tengok muka awak lagi kan?" biskut keju itu dia kunyah perlahan.
Aku faham apa yang dia maksudkan.
Aku tenung lama wajah cantik yang berbalut kain kasa pada bahagian matanya itu. Sedikitpun tidak menghilangkan kecantikan dia.
"Jangan diingat lagi, sayang."
Tangannya ku elus dengan perlahan.
"Mungkin dengan buta ini adalah balasan Tuhan buat saya yang terlalu berdosa pada suami saya sendiri." nada suaranya agak perlahan.
Buta yang disebabkan kemalangan yang terjadi pada dia dan lelaki itu. Serpihan kaca tertusuk pada matanya membuatkan deria penglihatannya sudah rosak. Kini, dia buta sehingga akhir hayatnya.
Dia sentiasa rasa menyesal dengan apa yang dia lakukan pada aku dulu. Setiap hari mesti dia menyalahkan diri dia sendiri.
"Saya ni dah cacat untuk selama-lamanya, Namjoon. Tak layak langsung untuk awak yang masih sempurna. Cari lah perempuan lain yang jauh lebih sempurna dari saya."
Aku menggeleng.
"Rasa kena tinggal ni sakit. Jadi, saya tak nak awak rasa sakit tu. Semua manusia tak sempurna, begitu juga awak dan saya. Saya nak jaga awak. Biarlah kita hidup bahagia di sini."
Itu tekadku. Kini, dia yang dulu sudah kembali dalam hidupku setelah lama 'menghilang'.
Aku takkan sia-siakan peluang ini.
"Awak tak malu ke ada isteri buta macam saya?"
"Buat apa saya nak malu? Bukannya saya kahwin dengan patung macam dekat kedai jahit Pak Cik Bang Sihyuk tu." aku berseloroh.
Mesti tersedak tukang jahit terkenal di bandar Seoul itu. Maafkan saya, ahjusshi.
"Jahat lah awak ni. Kesian ahjusshi tu." katanya dalam tawa sambil memukul lembut tanganku yang sedang memegang tangannya.
Aku gembira melihat dia ketawa. Senyuman, tawa, gurauan manja dia yang sudah lama hilang kini ku dapat semula.
Kekurangan yang dia miliki langsung tidak mengubah perasaan cinta aku terhadap dia. Namun, ianya semakin mekar dari hari ke hari.
Aku bersyukur pada Tuhan kerana dia masih lagi pinjamkan Iris Lee buat aku. Cuma satu saja miliknya Dia telah ambil semula. Tak apa lah...asalkan dia ada di depan mata, itu pun sudah cukup buat aku.
Dirimu akan ku jaga sehingga akhir nafasku, sayang.
She is my true love.
━━━━━ • THE END • ━━━━━
a/n: assalamualaikum dan hai kepada semua readers yang membaca cerita merapu ni ❤ put nak ucapkan terima kasih sangat sebab sudi luangkan masa anda untuk membaca cerita ini.
put tahu ianya merepek macam kerepek, tapi anda sanggup membacanya sehingga tamat <3 i really appreciate it! actually, short story ni dah lama ada dalam draft. cuma ambil masa sedikit lama untuk siapkan. bukan apa, malas je sebenarnya.
jadi, semalam put siapkan and hari ni ianya dah tamat ❤ jadi tarikh cerita ini bermula put letakkan tarik semalam sebab semalam put gagahkan diri untuk habiskan. kalau letak tarikh lama macam tak logik ngat.
hehe banyak pulak membebel. see you again in another short story ❤ byebye!
YOU ARE READING
True Love | Namjoon
FanfictionA man who never stop loving his woman with all his heart. ❁ཻུ۪۪⸙· Iris Lee ft. Kim Namjoon ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Short Story BTS Edition <3 ©️IAMPUTR12020 『 Start : 26 May 2020 End: 26...