Bab 35

31.5K 662 32
                                    

"REZA nak balik hari ni? Confirm?" soal Puan Anita selaku ibu tiri kepada Reza.

Tangan anak tirinya digenggam lembut. Walaupun status mereka ialah keluarga tiri namun, Puan Anita amat menyayangi Reza seperti anaknya sendiri.

Reza mengangguk. Belakang telapak tangan ibu tirinya dikucup. Puan Anita lah ibunya. Puan Anita lah tempat dia bermanja selepas ibu kandungnya meninggal dunia empat tahun yang lalu akibat kanser payudara.

"Yalah, hati-hati memandu. Kalau Reza free nanti baliklah sini lagi, ya?" Puan Anita tersenyum kecil.

"Insya-Allah, ibu." Reza membalas senyuman ibu tirinya itu.

Encik Ghous menarik tubuh anak lelakinya ke dalam pelukan. Dia bakal merindui Reza selepas ini. Jaranglah Reza mahu pulang ke Negeri Sembilan. Kalau ada pun, setahun sekali. Itu pun kalau Hari Raya Aidilfitri.

"Ayah minta maaf. Ayah harap Reza tak berdendam dengan ayah," ujar Encik Ghous.

"Benda dah lama. Nak diungkit pun tak guna lagi, ayah. Biarlah," jawab Reza. Perlahan. Pelukan dirungkai semula.

"Reza pergi dulu," pamit Reza.

Encik Ghous merangkul pinggang isteri mudanya. Langkah Reza dihantar melalui sorotan mata. Sebaik saja kereta Gen2 yang dipandu oleh Reza hilang dari pandangan mata, terus mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

HAZRIL IRFAN berenang-renang di hadapan tempat penginapannya sekadar mengenakan seluar pendek. Rambut yang terjuntai di dahi disebak ke belakang.

Dia berasa cukup seronok dapat bermandi-manda di situ. Sambil-sambil mencuci mata melihat tubuh putih langsing milik pelancong-pelancong yang berada tidak jauh daripada kedudukannya.

"Nak dekat satu jam kau jadi dugong. Tak tahu nak berhenti berenang ke?" sindir Syakilla sambil berpeluk tubuh.

"Suka hati aku lah. Aku yang bayar kau pulak yang panas." Hazril Irfan mencerlung isterinya.

"Jomlah, masuk. Kita makan." Syakilla cuba berlembut. Malaslah dia nak cari gaduh dengan Hazril Irfan lama-lama. Hatinya juga yang terseksa nanti.

Hazril Irfan buat tidak endah. Ditahan nafasnya di dalam air. Kepala diangkat semula memandang isterinya yang mengenakan singlet hitam bersama skrit labuh.

"Meh, sayang. Mandi dengan aku." Pergelangan kaki Syakilla ditarik kuat.

Syakilla menjerit kuat apabila tubuhnya terhumban ke dalam air bersama-sama dengan Hazril Irfan. Tangannya yang memeluk suaminya terus dijatuhkan ke sisi.

Hazril Irfan memandang wajah Syakilla yang dah dibasahi air. Kemudian, bebola matanya disorotkan memandang dua ulas bibir milik isterinya pula. Dikucup pantas bibir itu.

"Hazril, kau gila ke? Orang tengok kita lah!" Marah Syakilla seraya menahan dada bidang suaminya. Mereka bukannya tengah berlakon filem Hollywood. Dasar tak tahu malu.

"Biarlah. Bukan orang Malaysia pun. Mereka faham. Tak payah malu-malu. Kita dah kahwin." Hazril Irfan tersengih lalu bibir comel isterinya dikucup lagi.

"Janganlah. Apa masalah kau ni?" Syakilla menolak lagi.

"Apesal nak takut sangat? Kita bukan buat maksiat pun. Kita dah kahwin, kan? Mereka tu bukan setakat kiss tapi siap bersedap kat depan orang lagi. Tak kecoh pun. Aku cuma cium bibir kau, bukan main kau nak kecoh." Hazril Irfan mendengus geram.

Syakilla tercengang. Yalah, dia orang Malaysia yang beragama Islam. Sejahat-jahatnya pun, dia tak suka melakukan adegan tak senonoh di hadapan orang.

"Tengok perempuan dengan lelaki tu, relaks je bercium." Hazril Irfan menudingkan jari ke arah pasangan kekasih yang sedang berasmaradana tidak jauh dari tempatnya.

"Masalahnya kita berdua ni orang Malaysia." Syakilla membentak.

"So? Apa masalahnya?" Kening Hazril Irfan terjongket tinggi.

"Mana boleh buat macam ni. Mereka lainlah. Mereka punya cara memang macam tu," jawab Syakilla.

Hazril Irfan berdecit. "Bosanlah kau ni. Semua benda tak boleh. Baik aku kahwin dengan orang putih. Semua benda tak ada halangan."

"Aku cakap benda yang betul, kan?" Tajam mata Syakilla merenung ke dalam mata suaminya.

"Then, kau nampak aku kisah ke? Of course, aku tak kisah langsung. Suka hatilah aku nak buat apa pun. Kau bini aku." Laju Hazril Irfan membidas kenyataan isterinya.

Syakilla menjulingkan matanya ke atas. Semakin dibidas, semakin tajam akal Hazril Irfan nak membidasnya semula.

Hazril Irfan tidak tunggu lama lagi. Tubuh Syakilla dicempung keluar dari tempat renangannya. Dihumban tubuh Syakilla ke atas katil di dalam resortnya.

"Tak nak, Hazril!" Syakilla menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Tak nak apa, sayang?" Hazril Irfan tersengih nakal. Sebelah lututnya ditekan ke tilam. Dihalang Syakilla dari meloloskan diri.

Syakilla berdecit. Matilah dia kali ni. Harimau jantan dah nak beraksi.

Dagu Syakilla dipaut menggunakan jari telunjuknya. Hazril Irfan tersenyum memandang isterinya yang dah takut-takut. Masa malam pertama bukan main berani lagi.

"Aku handsome tak?" soalnya, menggoda.

"Kau dah kenapa tanya soalan macam tu? Kau fikir aku ni budak WeChat?" Syakilla mendengus marah. Malu sebenarnya nak puji suami sendiri kacak.

"Haish! Jawab ajelah aku ni handsome ke tidak." Gesa Hazril Irfan.

"Bolehlah... Tak handsome sangat. Tak hodoh sangat." Balas Syakilla bersahaja.

Membulat mata Hazril Irfan. Maksudnya, ada lagi lelaki yang lebih kacak daripada dialah? Ah, tak boleh jadi ni. Syakilla kena cakap dia handsome juga!

"Aku tanya sekali lagi. Aku handsome tak?" ulang Hazril Irfan.

"Aku dah jawab, kan tadi?"

"No! Ini soalan baharu."

"Haih! Bolehlah. Tak sekacak Fattah Amin aku," balas Syakilla bersahaja.

"Oh, kau nak cakap aku tak kacaklah ni? Kalau kau cakap aku handsome tadi, aku lepaskan kau tapi, kau cakap aku tak handsome. Tak ada maaf bagimu." Ditolak tubuh Syakilla sehingga terbaring di tengah-tengah katil. 

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now