Bab 1

7 2 0
                                    

'Cause you know that baby I

I'm your biggest fan

I'll follow you until you love me

Papa-paparazzi

Baby, there's no other superstar

You know that I'll be

Your papa-paparazzi

Promise I'll be kind

But I won't stop until that boy is mine

Baby, you'll be famous

Chase you down until you love me

Papa-paparazzi

Mawar menghayati lagu yang bertajuk paparazi yang dimainkan oleh lady gaga dengan sepenuh hatinya kerana lagu ini boleh dikatakan berkait rapat dengan kisah hidupnya sekarang. Meminati seseorang penari di Malaysia yang bernama Syafiq melalui akaun tik tok.

Syafiq seorang yang rendah diri dan tidak pernah lari dari tanggungjawab kepada keluarganya. Mencari duit yang halal untuk ibu dan adik beradiknya adalah cabaran yang sangat sukar baginya. 

"Mawar!!" sahut Puan Raudhah. 

Tadi ibu kata pergi pasar, kejapnya? Mawar terus menyahut dan turun menuju ke ibunya.

"awal balik bu? Barang kat pasar dah banyak habis ke?" soal Mawar apabila melihat bonet kereta ibunya tiada barang dapur malah hanya dua beg besar adalah. Eh! Kejap...Ini bukan beg..

BAHHH!

"Allahuakbar! Ya Allah Ya Tuhanku! KAKAK!! terkejut aku kak!"

Maya terus ketawa besar bersama puan Raudhah. Yalah kenakan aku, tak habis-habis. Nasib adik kau ni jantung kuat, kang tak pasal-pasal tahlil kesyukuran jadi tahlil kematian.

"Alah bukan selalu" balas Maya dengan sisa-sisa ketawanya.

"ni asal kau balik ni?" Tanya Mawar sambil menolong Maya angkat beg bajunya bawa ke bilik. Ibu sudah lama tinggalkan kiteorang  selepas ketawa tadi. Pergi masak lah tu. Anak kesayangan baliklah katakan.

"Kan aku dah banyak kali bagitau kau yang dalam bulan ni aku dah habis belajar" terang Maya. Mawar hanya tersengih..ada eh? Mawar mempunyai 4 adik beradik,seorang lelaki yang bernama Murad dan tiga orang perempuan Mira,Maya dan Mawar. Tetapi hanya tinggal dua orang sahaja yang menetap di rumah ni, sebab Mira sudah berkahwin dan Murad pula sudah mempunyai rumah sendiri. 

"Kau rehat dulu eh kak. Aku nak tolong ibu masak kat dapur dulu" Maya mengangguk terus lompat ke atas katil. Alangkah indahnya.

Apabila masuk ke dapur Mawar sudah dapat menghidu sesuatu yang sangat harum. 

"Ibu, masak apa tu?"

"ikan tiga rasa. Meh tolong ibu terbalikkan ikan ni. Tapi ingat bukan terbalikkan kuali!" Alamak! adakah itu amaran keras? Mati gue gini! 

"Baiklah ibu! Saya menurut perintah!" kata Mawar sambil tabik ke arah ibunya. 

Puan Raudhah menggeleng lalu menyiang ikan di sinki.

Selesai hidang lauk di meja, Mawar memanggil Maya untuk turun makan bersama. Semasa sedang menjamu selera Encik Farouk memecahkan kesunyian.

"Lepas ni, Maya nak cari kerja kat mana?"

"Maya ingat nak cari kerja kat KL abah, sebab banyak kawan Maya dah dapat kerja kat sana. Jadi senang sikit Maya nak tanya kalau ada yang Maya tak tahu" terang Maya dengan suara yang bergetar. Siapa je yang tidak kenal dengan Farouk, seorang yang sangat garang.

"boleh, tapi dengan satu syarat" kata Farouk.

Maya melihat ayahnya dengan mata bersinar dan menunggu syarat yang dikenakan untuknya. 

"Mawar kena ikut sekali"

Mawar yang sedang mengunyah ternganga besar. Maka, terkeluarlah makanan di dalam mulutnya. Mak aih! apa salah aku? Kenapa kena ikut sekali? IBUUUUUUU! Mawar melihat ibunya dengan penuh simpati supaya dapat memujuk ayahnya.

"Tapi bang, Mawar kan baru lepas SPM. Keputusan pun tak dapat lagi nanti.." 

"Lama lagi keputusan SPM keluar, lagi 4 bulan. Sempat ambil kerja sambilan daripada terperuk kat bilik.." belum habis kata-kata Raudhah, Farouk sudah membalasnya.

Maya setuju dengan syaratnya itu. Lagi seronok adiknya ikut sekali, ada kawan nak kongsi duit rumah. Ehehh..

Usai membasuh pinggan, Mawar terus masuk ke biliknya. Kalau nak difikirkan KL dengan Johor tak lah jauh mana, tapi mana nak cari kerja..sob..sob.. EHHH?! KEJAP!! Syafiq duduk kat KL!! ARGHHH! WAHHH! Adakah ini dinamakan Jodoh? Ottoke! 

Mawar yang sedang berangan dikejutkan dengan ketukan di pintu biliknya. Siapa lagi kalau bukan kakak kebencian..eh kesayangan, tersalah pulak.

"nak apa?" soal Mawar.

"Terima kasih Mawar! Kalau kau bantah abah cakap tadi mesti aku tak dapat pergi KL" balas Maya sambil memeluk adiknya.

Nasib kakak, kalau tak dah lama kena luku dengan aku. Bukan marah sebab kena ikut dia pergi KL tapi dia belum mandi. Harum semerbak ketiak dia ni. Aduhh..sempat ke tak jumpa Syafiq ni, kakak dari tadi tak lepas peluk aku ni.

"Bila kita pergi?" kata Mawar sambil mencuba untuk melepaskan diri dan akhirnya. OKSIGENN!

"Minggu depan!" 

APAAAAAAAAAA!!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Till My Last DayWhere stories live. Discover now