15 June 2020/24 July 2024
"Seriuslah dia tak bagitahu kau?" Seat belt yang baru aku lepaskan itu berpisah dengan buckle dan mencelat laju ke atas. Kami yang baru sahaja sampai di perkarangan rumah keluarga Haziq itu terus sahaja memakir kereta. Zaman ni, masa berlalu dengan pantas, kan? Tak terasa langsung masa berjalan. Pejam celik, pejam celik, tahu-tahu aje hari ni hari Ahad. Bermakna ada majlis akikah yang perlu aku dan Azie hadiri hari.
Punyalah tak nak aku datang ke majlis ni sampai patung Shinchan aku tu jadi mangsa penderaan. Aku tendang tanpa rasa bersalah sampai lumat mukanya aku kerjakan. Bayangkan muka tu muka Haziq sepanjang aku gusti patung Shinchan tu. Bekal lepaskan geram dan benci sekali. Cukuplah buat aku puas hati sebelum hari ni Ahad tiba.
"Yang dia ajak kau dia tak beritahu, tapi pasal nak datang majlis akikah ni dia ada ajak." Aku buka cerita. Masa nilah baru ada masa nak berkacip fatimah dengan Aize. Masa dia ambil aku di rumah tadi tak boleh berbual bebas begini sebab ada mata-mata yang memandang dan telinga-telinga yang mendengar. Bila jauh dari ahli keluarga aku la baru boleh bersembang terbuka.
Handbreak ditariknya seraya mematikan enjin kereta seraya Azie mencari wajah aku.
"Jadi kau memang berniat nak datanglah?"
"Tak pun. Tapi aku kena pergi juga sebab mamat aircond tu baran kalau aku tak buat apa yang dia suruh." Rungutku.
"Hah?" soalnya. Minta aku ulang balik.
"Azie." Mendengar namanya diseru, tubuhnya langsung tegak dan dikalih menghadap aku. Muka dah tayang ingin tahu. Reaksi Azie tu pemangkin kepada keluhan sedih aku.
"Kau dah tahu hubungan sebenar aku dengan Encik Haziq, kan?" Aku yakin, Haziq dah beritahu tentang ini. Cumanya, aku mahu kepastian itu keluar daripada mulut Azie sendiri.
Jari telunjuknya mengetuk hujung stereng kereta dan lambat-lambat dia mengangguk. Wajah tu, aku tahu... Wajah orang rasa bersalah. Tapi tidak pula Azie menyangkal pertanyaan aku tu. "Dia dah cerita macam mana kau orang jumpa. Dan apa yang dah jadi dengan kau masa tu."
Aku dah agak dah! Benda ni memang akan jadi juga. Walaupun aku tahu Azie dah tahu, tapi perasaan malu tu tetap terasa. Malu orang tahu tentang aib keluarga aku. Malu sebab aku berlagak biasa sedangkan aku sebenarnya tengah menghadapi masalah besar. Dan aku malu bila aku tak mampu untuk selesaikan masalah aku sendiri.
"Betul ke yang arwah ayah kau mencuri daripada ahlong, Unie?"
Mengeras tubuhku bila itu yang dipersoalkan. Berat mulut aku nak jawap, tapi itulah kenyataannya. "Ya."
"Astagfirullahalazim..." Mengucap kesal Azie dibuatnya. Daripada pegang stereng kereta, kini dia tersandar lemah. Dia sendiri pun tak kuat untuk mengetahui fakta itu. Reaksi yang aku dah jangka daripadanya bila aku membuka pengkung di dada.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...