Bab 22

6.8K 312 38
                                    

18 June 2020/31 July 2024

Cebisan aising kek cawan perisa coklat itu aku makan apabila minda mengimbas kembali reaksi kak long si Haziq tu sebaik sahaja mata kami bertentang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cebisan aising kek cawan perisa coklat itu aku makan apabila minda mengimbas kembali reaksi kak long si Haziq tu sebaik sahaja mata kami bertentang.

Tiba sahaja giliran aku untuk mencukur rambut bayinya itu, wanita yang bernama Haziqah itu angkat kepala. Naklah tunjuk senyuman penghargaan sebab aku salah seorang tetamu yang sudi datang merayakan majlis akikah anaknya. Namun lepas kami berpandangan, kegembiraan yang terpancar di wajahnya itu sedikit demi sedikit sirna. Begitu juga dengan cahaya matanya, mendung sekelip mata.

Kalau bukan sebab Haziq yang menegur Haziqah, mungkin sampai sekarang sesi cukur-cukur tu belum selesai agaknya.

Kofirm ni, konfirm! Yang aku akan direject bulat-bulat jadi menantu dalam keluarga ni. Yahoo!!!

Tersengih-sengih aku dengan fikiranku itu.

"Kau rasa apa yang kakak Encik Haziq tu fikir ya lepas tengok aku tadi tadi?"

"Takutlah kut." Takut? Aku pandang Azie yang sibuk menyudu kek ke dalam mulut. "Kenapa takut?"

"Takut terkenan freckles kau tu kat anak dialah apa lagi." Balasnya selamba. Ni kalau aku hempuk dia guna pinggan ni, menggelupur roh dia tu kat dalam. Orang tanya sikit punya elok, dia loyar buruk pula. Heih... Sabar ajelah dapat kawan senteng ni!

"Lama lagi ke Encik Haziq tu? Dia kata nak jumpa kau kat sini, kan?"

"Yalah kut." Acuh-tak acuh aku balas. Lepas sahaja kejadian kakak dia macam disampuk tengok aku tu, bayangan Haziq hilang pun daripada pandangan khalayak ramai. Tak lama lepas itu notifikasi WhatsApp tu naik di skrin telefon aku.

Haziq mesej, minta untuk aku dan Azie tunggu dia di luar lepas sahaja sesi makan-makan itu dimulai. Siap bagi amaran lagi jangan berbual dengan sesiapa yang aku tak kenal. Buat macam yang dimintanya, kami berdua pilih meja hujung sekali untuk beristirehat.

Sekarang ni, dah hampir tiga puluh minit kita orang duduk-duduk goyang kaki sambil mengirup udara segar di halaman luas ni. Daripada perut kosong tak berisi, sampai sepinggan nasi Arab tu aku dan Azie dah cekik, Haziq belum muncul-muncul lagi.

Tuan rumah... banyaklah tu benda yang nak diselesaikan. Tu pun kalau daripada pandangan husnuzon aku. Kalau suuzon pula, dia mungkin tengah keluarkan mantra-mantra penenang diri di depan cermin tandas. Kawal sebaik mungkin kemarahannya itu dia tu sebelum bersemuka dengan aku. Siapalah tahu?

"Lambat lagi ke Encik Haziq tu? Aku nak pergi tandas ni, Unie. Nak buat investment. Perut ni dah memulas-mulas dari tadi." Tegak tubuhku yang mendagu di meja bulat itu bila Azie gosok-gosok perutnya. Muka ada kerut-kerut, siap berpeluh dahi dan hidung lagi. Tak tahan betul rupanya tu.

"Kau makan apa sebelum datang sini?" Risau pula aku tengok muka senak dia tu.

Azie tersengih renyeh. Dua jari ditunjuk dalam kesakitan menahan tu. "Mi Buldak two-times spicy. Aku balun dua paket semalam."

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now