PROLOG

199 8 3
                                    

BANGUNAN gah dihadapannya dipandang.
Terlakar sebuah senyuman yang penuh makna. Langkah dihayun perlahan ke bangunan Aidan's Holdings.

Sampai di pintu yang penuh gah itu,Afya menarik nafasnya panjang. Dia sudah membuat keputusan. Keputusan yang berkait rapat dengan hidup matinya. Dia yakin lelaki itu juga mempunyai perasaan yang sama juga sepertinya. Layanan lelaki itu selama ini cukup menyakinkannya.

Afya menolak perlahan pintu itu. Matanya mula melilau di sekitar ruang lobi itu. Lagaknya seperti dia tidak pernah datang. Hari ini. Kali kedua dia melawat syarikat milik abang sepupunya itu. Lelaki yang dicintai dalam diam. Mencintai abang sepupu sendiri. Tak salah kan?

"Eh Cik Afya!".

Sesampainya dia di pejabat lelaki kesayang
annya itu,Raudah PA abang sepupunya itu menegurnya ramah. Ya lah,dia kan orang special dalam hidup lelaki itu. Takkan tak kenal.

"Hai Kak Raudah. Akak sihat?",tanyanya ramah. Satu senyuman manis diberikan kepada wanita dalam lingkungan 30an itu.

"Alhamdullilah,Cik Afya. Setakat ini masih diberi kesihatan yang baik. Ha!Ni mesti datang nak jumpa kesayangan Cik Afya kan?",Raudah mengusik gadis berambut perang di hadapannya ini. Gadis itu
dilihatnya,manis berbaju kurung tetapi lebih manis jika gadis itu bertudung.

Afya tersenyum malu. Pipinya sudah berona merah. Ada sahaja yang mengusik
nya. Bukannya dia tidak mengetahui,ramai bergosip tentang hubungan mesranya dengan abang sepupunya itu.

"Ishh!Mana ada lah kak",dia cuba menyakal. Kalau dibiarkan panas mukanya di sini. Lebih-lebih lagi sudah banyak mata memandang ke arahnya.

"Abang ada tak kak?",soal Afya. Ya lah, kedatangannya tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Nak buat kejutan lah katakan.

"Ha'a!Ada Cik Afya. Tapi dia busy sikit hari ni",ujar Raudah serba salah.

"Afya tak ganggu kan?Boleh Afya masuk,akak?",soal Afya. Dia tidak mahu lelaki itu terganggu dengan kehadirannya.

Kuakan pintu mengejutkan mereka berdua.
Pandangan terus tertumpu pada gerangan itu.Tersenyum Afya melihat abang sepupu
kesayangannya itu.

"Abang!",Afya merapati lelaki itu.Lengan lelaki itu dipegangnya. Tidak sampai beber
apa saat tangannya ditepis kasar. Terkejut Afya dengan tindakan abang sepupunya.

"Kenapa abang?Afya ada buat salah ke?",digoncang-goncang lengan lelaki itu.
Wajah dingin Aidan menakutkannya. Apa salah dia?

Tangannya direntap kasar. Hampir terduduk Afya dengan kelakuan pelik lelaki itu. Langkahnya terus dihayun laju apabila kelibat abang sepupunya semakin menjauh. Pandangan staf-staf di situ tidak dihiraukannya.Difikirkannya hanya lelaki itu. Kenapa abang sepupunya itu berkasar dengannya?Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu. Tipu kalau dia tak terluka dengan layanan Aidan terhadapnya tadi.

"Abang!!".

Terhenti langkah Aidan apabila suara lembut itu memanggilnya. Dalam keterpaks
aan dia berpaling. Wajah lelah gadis itu dipandangnya. Wajah itu. Wajah yang selalu dirinduinya tetapi hari ini wajah itu dilihat
nya begitu jijik. Dia tidak menyangka peran
gai sebenar gadis kesayangannya seteruk itu.

"Abang!Kenapa buat Afya macam ni?Apa salah fya?", tanya Afya bertubi-tubi. Nafasnya diambil. Terasa semput kerana mengejar lelaki itu. Air matanya yang masih bersisa,disapu kasar. Manja?Biarkan. Dia terluka dengan layanan lelaki itu.

"Kenapa datang sini?",soal Aidan mendatar.
Dingin sahaja suaranya.

"Afya nak cakap sesuatu kat abang",jawab
nya. Walaupun hatinya masih sakit,dia tetap akan memberitahu lelaki itu. Meluah
kan rasa yang sekian lama terpendam.

"Apa?Penting ke?",sinis saja suara Aidan.

"Afya cintakan abang",luahnya tanpa menjawab pertanyaan itu.

Aidan cuba mengawal rasa terkejutnya. Dia cuba beriak biasa.

"Apa yang Afya merepek ni?".

Afya memegang pantas tangan lelaki itu. Matanya tidak lepas memandang lelaki itu.
Cintanya terlalu kuat untuk lelaki itu.

"Tak!Afya tak merepek. Afya betul-betul cintakan abang".

"Sorry!Abang tak cintakan fya. Abang hanya anggap afya tak lebih dari seorang adik",kata Aidan jujur.

"Tipu!Abang tipu. Abang cintakan Afya kan?Luahkan abang!",air matanya kembali mengalir. Dada Aidan dipukul kuat. Kakinya dihentak kasar. Dia sudah tidak waras. Tidak menyangka sesakit ini yang dirasaka
nnya sekarang.

"Stop Afya!!",tangan gadis itu dipegangnya.

"Kalau Afya sayangkan hubungan kita. Lupakan cinta tak masuk akal itu",dilepas kasar tangan gadis itu. Dia terus menghayu
n langkah meninggalkan gadis itu.

"Abang!!!Jangan tinggalkan Afya!!".







🌹♥️🌹






ok tak prolog guys?😁😘

Vote . Comment . Share

Thank You🌹

Bahagia Bukan Milikku (SU)Where stories live. Discover now