🪐|8 tahun lepas.
❝MAKAN LAH! AKU PENAT MASAK DEKAT DAPUR, KAU TAHU APA!?❞
Air mata berderai jatuh ke pipi, menyambut kesedihan yang tiada siapa memahami. Remaja muda ini terduduk, mengepal geram tangan seiring mengimbau kembali perkara-perkara yang sangat di benci olehnya.
❝Ke-Kenapa...❞, benci dia benci dengan perasaan sukar bernafas. Perasaan dimana dia tidak mahu lagi hidup ❝...Kenapa kau ambil aku?❞
Dia mendongak, memandang tepat wajah ibu angkatnya dengan air mata yang masih bergelinang sedih. Wajah bengis seakan singa ibu angkatnya mula memerah.
❝ARK!!❞, rintih Hyunjin setelah rambutnya di tarik pulas dengan sangat kuat membuatkan remaja 13 tahun itu bangun.
❝KAU❞, dihayun kepala Hyunjin ❝PATUT BERSYUKUR! AKU AMBIK KAU DEKAT TEMPAT BUSUK TU HIDUP MEWAH DEKAT SINI❞, tanpa ada rasa belas kasihan.
❝AKU LEBIH RELA DUDUK DEKAT RUMAH ANAK YATIM DARI RUMAH NERAKA NI!❞, pekik Hyunjin tidak lagi menahan amarahnya.
P A N G !
🚀🚀🚀
🪐|8 tahun kemudian
❝Aku buat benda yang betul ke?❞, tanya seorang lelaki berusia 20 tahun di sebuah perhentian rehat bas ❝Atau, aku patut patah balik? Eyyy tak tak tak❞, dibetulkan cara duduknya ❝Aku takkan patah balik, apa kata kau?❞
Dilihat tanya kawannya yang berada di hadapan.
❝Woof!❞
❝Kau pun tak tahu aduhh?❞, kerut Hyunjin tidak pasti juga ❝Ahhhh❞, dikusut rambut hitam miliknya ❝Apa patut aku buat ni?❞
Tidak pasti tetapi rintihannya itu di perhatikan oleh seorang budak perempuan kecil dalam lingkungan 6 tahun.
❝Oppa, bwuwae?❞, sambil gadis ini bermain dengan Kkami, puppy milik Hyunjin.
YOU ARE READING
ASTRONAUT 🪐
Fanfiction❝What did you searching for?❞ ❝Nothing❞ ❝Then, why you came here?❞ ❝I want to go anywhere. Hop on my spaceship, like an astronaut❞ + Tiada peta, tiada compass, tiada hala tuju, cuma lah seorang lelaki muda yang mempunyai impian yang sangat berbeza d...