🪐|Pagi itu, di rumah tiga beradik.
❝Aish—❞, keluh Hyunjin seraya merawat sendiri perut berlukanya itu. Sedang-sedang merawat, I.N yang sibuk dengan mengasah pisau burunya melihat Hyunjin.
❝Laa hyung, kenapa tak suruh noona buatkan je?❞
Hyunjin mengeleng ❝It's okay, aku tak nak susahkan sesiapa❞
Bibir di cebik I.N ❝Ceh, konon kata kalau kita buat salah, kita tanggung. Tanggung apa macam tu❞
Tangan yang sibuk tadi langsung terhenti ❝Apa maksud I.N?❞
❝Tu luka tu, noona yang buat. Jadi noona kenalah tanggungjawab dekat hyung kan?❞, terang I.N laju membuatkan Hyunjin membulat mata.
❝No-Noona Jihyo buat?❞, kening dinaikkan sebelah menunggu I.N membalas pertanyaan dia.
❝Ye—❞, tanpa bersuara dengan pantas Hyunjin bergegas keluar dari rumah dengan tidak memakai bajunya lagi ❝Hyung! Nak pergi mana!?❞, jeritan I.N diendah serta merta.
Mencari gadis itu.
Kebetulan sedang dia bergegas keluar, lelaki ini terserempak akan gadis yang sudah mencucuk luka perutnya ❝Kau—❞, hakikat Hyunjin tidak dapat meneruskan ayat kerana gadis di hadapannya ini tampak lain dari sebelumnya.
Digeleng kepala kuat seketika dia lupa untuk bernafas. Habis membahang kedua pipi putih milik jejaka itu.
❝Ya-Ya-Yah! Kau!❞
Jihyo hanya terdiam paku di tempatnya menunggu Hyunjin mendekati lalu di tunjuk perut kiri luka yang disebabkan oleh gadis dihadapan ini. Jihyo mula rasa tidak selesa dengan ini.
❝Kau kan yang buat ni?❞
Air muka Jihyo mula gelisah ❝T-Tak, kau salah faham!❞, selesai berkata dia mengambil langkah laju melepasi Hyunjin tetapi segara di tangkap jejaka itu.
❝Aku belum habis cakap lagi❞
Tangan yang di pegang Hyunjin dilibas lepas ❝A-Aku! Kan aku dah kata ni cuma salah faham! Tak faham bahasa ke!?❞, mata dilirikan ke arah lain membuat Hyunjin rasa tidak puas hati.
YOU ARE READING
ASTRONAUT 🪐
Fanfiction❝What did you searching for?❞ ❝Nothing❞ ❝Then, why you came here?❞ ❝I want to go anywhere. Hop on my spaceship, like an astronaut❞ + Tiada peta, tiada compass, tiada hala tuju, cuma lah seorang lelaki muda yang mempunyai impian yang sangat berbeza d...