27 - Dare

5.1K 108 4
                                    

"Macam mana? Okay tak duduk sini?" Tanya Aish sewaktu dia melawat Hazim di rumah sewa di penempatan setinggan. SEMATA- MATA NAK PLAY ALONG WITH THE GAME KONON!! Urghhhhh!!!! Tak tahulah kenapa dia cadang benda ni.....

Aish memandang keadaan rumah tersebut. Rumah ni.... takkan roboh kan? Eeeeee risau pulak. Dia memandang Hazim semula yang tidak menjawab soalannya. Sibuk memasak maggi. "Okay tak?" Tanya Aish.

"Aku okay je tinggal sini. Dah biasa. Jangan risau la..." balas Hazim sambil mengacau- ngacau magginya yang sedang direbus. "Kau tu, okay tak kena melawat aku kat sini? Taknak melawat pun tak apa kalau kau tak selesa.... aku lagi okay...."

"Okay. Jangan risau...." balas Aish. "Jangan nak mengada- ngada ya cakap lagi okay kalau Aish tak melawat abang. Terbakar rumah ni kang....."

Hazim tersengih. Dia kemudian menuang Maggi yang dimasaknya ke dalam dua mangkuk. Satu mangkuk diberikan kepada Aish. Juga diberikan set sudu dan garfu serta tisu.

"Apa ni?" Tanya Aish.

"Maggi la.... itu pun tak kenal?" Tanya Hazim.

"Kenal....." balas Aish. "Cuma... tak pernah makan je...." balasnya lagi perlahan.

"Really? Masa ni la untuk kau rasa benda ni. Rugi wooo tak rasa...." balas Hazim.

Aish mengelap sudu dan garfu dengan tisu sebelum disudukan kedalam mangkuk untuk menyuap maggi ke dalam mulutnya. Sedap!!

"Apa rancangan kau lagi kali ni?" Tanya Hazim.

Nak satukan korang adik beradik balik." Balas Aish pendek. Sibuk pula dia menikmati Maggi yang pertama kali dia rasa itu. Sedap...

"Buat apa?" Tanya Hazim.

"Kenapa? Taknak ke?" Tanya Aish kembali.

"Nak la.... adik- adik aku kut. Tapi... kenapa kau beria- ia tolong aku?" Tanya Hazim.

"Since Aish dah dengan abang, so maknanya Aish sebahagian daripada keluarga abang la kan? Tak salah kalau Aish tolong, kan?" Tanya Aish..

Hazim mengangguk. Dia okay je. Lagi bagus... "so apa plannya sampai aku kena duduk sini bagai?" Tanya Hazim.

"Nanti Aish bagitahu......"

*************

    Nubhan memerhatikan Raziq dari jauh, yang sedang berbual bersama rakan- rakannya di luar rumah sedangkan dia pula sedang menikmati makanan yang terhidang di dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nubhan memerhatikan Raziq dari jauh, yang sedang berbual bersama rakan- rakannya di luar rumah sedangkan dia pula sedang menikmati makanan yang terhidang di dalam rumah. Malam ini Henry bersama ayahny menyambut hari jadi bersama kerana tarikh lahir mereka adalah sama. Tak hairanlah jika terdapat tetamu yang lain juga selain daripada undangan daripada Henry.

Namun pada ketika itu, Nubhan sedang berseorang diri makan di dalam rumah kerana kalau dia nak join di luar pun berbual bersama rakan- rakan Henry dan Raziq, dia tak reti nak masuk dengan kawan- kawan Raziq yang semuanya daripada zaman dia belajar dahulu termasuk Henry. Tak pasal- pasal jadi tunggul kayu jugak dekat sana. Baik dia duduk sini. Pasangan kawan Raziq yang lain pun sama sepertinya membawa diri ke dalam rumah untuk makan. Tetapi mereka seperti dah berkenalan sesama sendiri, kecuali dirinya. Jadi kesudahannya dialah yang terpaksa jadi kera sumbang di sini.

Nubhan mengeluh. Dia tidak bolehlah selalu berkepit di sisi Raziq sentiasa. Dia memberi pelepasan kepada Raziq untuk berbual bersama rakan- rakannya tanpa dia di sisi. Tak perlulah menyibuk orang kata, kan? Takut jika dia disitu pun, mereka jadi tak selesa pulak karang. Perbualan mereka pun karang menjadi lebih terhad.

"Kenapa duduk sini?"

Nubhan memalingkan kepala ke belakang. Aish mengambil duduk di sebelahnya.

"Tak join diorang?" Tanya Aish.

Nubhan menggelengkan kepala. "Pasangan- pasangan kawan- kawan abang Raziq yang lain pun duduk tempat lain jugak. Tak perlu jugak kot Han duduk sana. Menyemak je...." balas Nubhan. "Aish pulak kenapa duduk sini? Bukan diorang semua kawan- kawan belajar Aish?" Tanya Nubhan pula.

"Malas nak join. Aku nak duduk dalam ni, nak makan." Balas Aish.

"Abang Hazim mana? Tak ikut sekali?" Tanya Nubhan.

Aish menggelengkan kepala. "Kitorang dah break." Balas Aish yang kemudian meneguk koktail buah dari gelas yang dipegangnya.

"Oh..... sorry...." balas Nubhan perlahan. Maknanya... rancangan Raziq yang dibantunya haritu.... berjaya? Adakah dia patut rasa gembira?

"Han nak mintak maaf." Tiba- tiba Nubhan bersuara kembali meminta maaf.

"Kenapa tiba- tiba? Ada buat apa- apa salah ke?" Tanya Aish.

Nubhan terdiam. Kemudian lambat- lambat dia menggelengkan kepala. Dia rasa bersalah pula, tapi takut nak mengaku. Tak pasal- pasal hubungan seseorang berkecai kerana bantuannya.

Terdengar bunyi riuh dari luar. Nubhan memandang ke luar semula. Kelihatan mereka sedang bersorak- sorak seperti bermain sesuatu.

"Diorang tengah main Truth or Dare macam biasa." Beritahu Aish tanpa dipinta.

Nubhan mengalihkan pandangan kepada Aish. "Truth or Dare?"

Aish mengangguk. "Diorang asal berkumpul, mesti main benda tu. Dan kadang- kadan Dare diorang mengarut. Tapi sebab sesama kawan kan, diorang buat je. Sebab tu aku malas join." Balas Aish.

Nubhan mengangguk- angguk. "Contoh Dare yang pernah diorang buat?" Tanya Nubhan.

"Zaman kitorang belajar dulu semua masih bodoh- bodoh. Jadi teruk sikit la Darenya. Aku tak rasa kau bak dengar dah kalau aku bagitahu apa dia." Balas Aish.

       Nubhan mengangguk- angguk. Biasalah Dare ni lagi- lagi sesama kawan, mana pernah yang elok- elok.

      "Tapi takpa la. Aku bagitahu jugak la." Kata Aish lagi. "Kitorang dulu pernah la buat Dare keluar date dengan admirer masing- masing, jogging dekat luar dengan pakai boxer je, kacau orang tengah malam buta dengan buat prank, gadaikan barang- barang kesayangan masing- masing.... dare- dare yang macam tu la."

      "Sanggup ya korang buat benda-benda macam tu?" Tanya Nubhan.

      Aish mengangguk. "Kitorang satu geng kan. Biasalah tu ada yang ego, ada yang tercabar. So buat je la... tapi tak ada lagi yang membahayakan nyawa sendiri atau orang lain walaupun kitorang bodoh sekalipun. Cuma....."

         "Cuma?" Tanya Nubhan kembali.

         "Aku tak join diorang harini sebab hari ni hari jadi Henry. Dia yang paling teruk bagi dare kat orang dalam geng kitorang." Balas Aish. "Sebab tu aku malas terlibat malam ni." Ya, ada lagi yang tidak diceritakannya....

      Tiba- tiba terdengar sorakan dari luar. Aish dan Nubhan mengalihkan pandangan kerarah luar. Kelihatan mereka bersorak dengan tumpuan diberikan kepada Raziq dan Henry yang sedang berdiri di antara mereka. Tiba- tiba, Henry dengan cepat memegang muka Raziq dan mereka.... bercumbuan..... disitu.....

      Nubhan terkaku di situ. Di depan matanya, perkara itu berlaku. Sesak nafas dirasakannya pada ketika itu. Dia menunduk memandang lantai.

     Aish hanya melihat Nubhan. Dia juga tidak dapat berbuat apa- apa. Dia sudah agak perkara seperti itu akan berlaku. Ada lagi yang tidak diberitahunya kepada Nubhan. Perkara yang seperti ini.... "Kalau kau nak aku hantar kau balik, aku boleh je." Pelawa Aish.

    "Han nak balik kolej....." balas Nubhan perlahan.

    "Balik rumah aku dulu. Kalau kau nak...." cadang Aish.

     Nubhan hanya mengangguk bersetuju. "Terima kasih."

**************

Satu, Dua, TigaWhere stories live. Discover now