BAB 6 (selimut aku)

14 4 0
                                    

Sesudah Navy dan Tb menjamu makanan yang di jual di kantin itu,mereka pun berpecah dan ke kelas masing-masing.Tb adalah nama kumpulan bagi ad,rei,shean dan fane,kerana ramai yang mengelar mereka sebagai Top Boys.

...

Selepas Navy berpisah dengan Tb mereka pun berjalan ke kelas mereka yang tidak jauh daripada kantin.

"huuuuuuhh! Malasnye nak belatih petang nii"renget Miyeon yang bersebelahan Eury.

"eleh relaxlah Miyeon belatih je pun bukan kena menghafal pun"kata Eury dengan cool.

"huh!"keluh Miyeon,lalu mereka berempat meneruskan perjalanan mereka untuk ke kelas,di samping itu ramai budak perempuan yang melihat mereka,cuba untuk berkenalan dengan mereka dan memberi hadiah atau pun surat,Membuat Navy menjadi sedikit janggal dan tidak selesa.

"ekkrr....mula-mula sekolah, dah jadi macam ni....apalah nasib,terpaksalah layan"fikir Daisy.

"huh! Aku ingat bila jadi lelaki ni,takde dah orang yang akan merayu aku tapi....makin ramai pulak"fikir Hany.

"err.....apa aku nak buat dengan hadiah dan surat-surat ni? Takkan aku nak baca pulak...dahlah surat dari perempuan kalau lelaki takpelah jugak"fikir Eury.

"rasa takut pulak bila murid-murid perempuan tu pandang aku macam tu...ishhh macam nak makan aku pun ada,handsome sangat ke aku ni"fikir Miyeon.

Mereka berempat hanya melayan perasaan masing-masing sampailah tiba di kelas mereka,mereka berempat pun menuju ke tempat mereka yang berada dibelakang sekali dan menyambung melayan perasaan mereka sehinggalah cikgu masuk.

....................................................

Kringgg...

"jadi itulah sedikit sebanyak puak-puak magical yang berada di planet kita ni,so kelas hari ni kita akan berhenti di sini ye...thankyou class"kata Cikgu Trenny,lalu dia pun mengambil barangnya yang berada di atas meja dan terus keluar dari kelas.

Kelas hari ini sudah tamat jadi murid-murid mula berkemas barang untuk balik ke rumah masing-masing termasuklah Navy.

"huh....tamat jugak kelas hari ni"keluh Eury yang baru selesai mengemas meja.

"habis tu,jomlah balik"kata Miyeon lalu mereka berdua memusingkan badan ke arah belakang untuk melihat Daisy dan Hany.

"jomlah korang tak siap lagi ke"tanya Miyeon tak sabar-sabar nak balik.

"sabarlah kita orang ni bukannya main campak buku kedalam beg macam si Eury tu"kata Daisy sempat memerli Eury.

"😒eleh....biarlah aku"jawap Eury sambil membuat muka.

"hahahahah dah lah jom balik"ketawa Hany lalu menarik tangan Eury,mereka berempat pun keluar dari kelas untuk pulang.

Sedang seronok Daisy,Miyeon dan Hany membuli Eury,seorang budak perempuan pun datang ke arah mereka dan menghulurkan sekeping surat kepada Hany,Hany dengan segan mengambil surat yang berada di tangan budak perempuan itu.

Budak perempuan itu pun memberi senyuman kepada Hany lalu beredar tanpa mengucapkan sepatah apa pun.

"wow Hary dapat surat lagiii...."sorak Eury.

Hany memandang Eury dengan muka cemberut😑,lalu berkata"dahlah jom balik".

Mereka berempat pun terus pulang kerumah sambil bercakap pasal surat-surat dan hadiah-hadiah daripada budak-budak perempuan kepada mereka.

...

"kami dah balik"kata Miyeon,lalu melangkah masuk dan terus ke bilik,meninggalkan kawan-kawan.

A GEMS OF BLOODWhere stories live. Discover now