Okey, Assalamualaikum. Kali ini Diyan nak ulaskan cerita bertajuk BUATMU CINTA karya Una.
First, Diyan nak cakap. Cerita ni memang best! Naratif cerita yang ditulis tidak terlalu berjela panjang. Just nice-nice gitu.
Sometimes, pembaca pun akan rasa bosan bila ayat perenggan tu panjang-panjang kan. Kadang tu rasa nak skip aje.
TAPI
Karya BUATMU CINTA ini tak. Seriously, Diyan tak rasa bosan pun bila baca. Una pandai olahkan dialog dan penceritaan. Una menggunakan penulisan secara INTROVERT dan juga EXTROVERT.
Cerita Una memang menarik. Bibir ni, ada part tu asyik koyak dengan sengihan aja. Ada juga yang part sedih tu. Feelings sungguh Diyan bila baca. Berkaca -kaca mata kita yang memang mudah koyak tu. Yang part family tak silap. Ada part yang ada scene kelakar tu. Wow, boleh jadi bahan hiburan.
Mana boleh dapat hero bersemut tu??
Jalan cerita yang compact gitu. Tak membebankan.
CLICHE?
Ada lah sikit. Tak banyak. Novel atau seangkatan dengannya, kalau tak ada part klise... Tak Best jugak. Sebenarnya, part klise tu lah kekadang membuatkan hati kita terhibur. Walau minda menidakkan, tapi hati pula yang meronta suka.
Bercakap berdasarkan pengalaman.
DIYAN REKOMEN KORANG UNTUK BACA BUATMU CINTA dari una_dreamer
MEMANG TAK MENGECEWAKAN!
CUMA
Naratif cerita tu macam terlalu pendek-pendek. Ayat yang sepatutnya Una gabung, Una asingkan. Dan, pada pendapat Diyan lah kan...
Bila Una tulis secara PANDANGAN ORANG KETIGA atau EXTROVERT, Una mungkin perlu ubah bicara kata hati tu dengan letak ( ' ) pada pembuka dan penutup. Sebab Monolog Dalaman adalah bicara hati watak.
Bila Una gabungkan, automatik kata hati tu jadi macam 'Naratif Cerita'. Tapi, kalau Diyan. Diyan masih faham lah.
Penggunaan huruf besar & kecil, Langsung tiada masalah.
TYPO?
Serasanya tiada. Atau Diyan terlepas pandang? Not sure.
Kemas dan lengkap.
Jadi, korang yang singgah baca ni, bolehlah singgah baca BUATMU CINTA ni. Dijamin tidak mengecewakan!
DIYAN RASA ITU SEMUA KOT YANG BOLEH DIYAN ULASKAN
P/S: Maaf kerana lewat. Ni baru berpeluang buka app oren ni. Hal duniawi banyak mencuri masa sejak akhir-akhir ni.
YOU ARE READING
DIYAN RPA 2020 | CLOSED
RandomREVIEW | PROMOTE | AWARD Where's Your Books Been Reveal Mempunyai karya, tetapi tidak tahu dimana mahu didedahkan? Mempunyai karya, tetapi tidak tahu pendapat readers yang lain? Mempunyai karya, tetapi tidak tahu dimana tempat untuk mempertandingkan...