PINDAH
Satu perkataan yang buat hidup aku agak huru hara.
Sebab?
Tahun depan aku masuk sekolah agama.ye dulu aku sekolah harian biasa.tapi nanti?
"Ya Allah kau cekalkanlah hati ku".
Cuti bulan 12 untuk kali ini buat aku banyak termenung.
'Boleh ke aku menghafaz?'
'boleh ke aku dapat kawan?'
'mampu ke aku hidup dalam kelompok alim?'
Pelbagai persoalan meresap masuk dalam otak kecil ku ini.
"Woi dik dahlah termenungnya.bukan nya kau mati pon kalau ibu hantar kau sekolah agama."
Satu sapaan sekali dengan tepukan kecil di bahu ku menyedarkan aku yang hanyut dibawa ke pemikiran cetek.
Kerusi belajar yang tadi menghadap ke meja belajar aku pusingkan ke belakang menghadap seorang jejaka yang sedang mengambil tempat di hujung katilku.
"Dah dahlahnye fikir pasal sekolah agama tu.aku tahu dan aku percaya kau boleh hidup dengan aman lagi bahagia kat sana.trust me."ujar satu satunya abang yang aku ada,Haikal Azfar.
"Kenapa kau rasa aku akan hidup dengan aman dan bahagia kat sana?"soalku menguji.
"Kau percaya takdir?"
Aku angguk.
"Jadi kau tak perlu risau apa apa sebab.. boleh jadi apa yang kau benci baik bagimu dan boleh jadi apa yang ksu suka buruk bagimu.Mesti ada something Allah nak tunjuk dekat kau.jadi kita sebagai hamba ni, kena percaya apa yang Allah aturkan untuk kita." Kata abang tenang.
"Dah jom turun minum petang."ajak abang sekali dengan tarikan lembut dilenganku.
"Bang"panggilku sewaktu kitorang menuruni tangga.
Hanya kening diangkat membalas panggilanku.
"Mesti arwah abah happy en bila tahu aku masuk sekolah agama.yelah daripada dulu abah harap sangat anak perempuan dia yang sorang ni masuk sekolah agama tapi tulah dulu aku rebel gila kut.hahah."gelakku hambar.mata dikelipkan berkali kali mengharapkan air mata tidak jadi mengalir.
Aku pandang abang.abang pandang aku dan hanya senyuman hambar sekali dengan anggukan kecil menjadi jawapan kepada apa yang aku cakap tadi.
Jujur aku cakap, perginya seorang lelaki yang sangat aku cinta dan sayang sejak setahun lepas buatkan aku yang tak pakai tudung mula berjinak jinak dengan tudung.tapi hanya tudung.ibu dan abang yang melihat perubahan kecilku nampak sangat gembira bila aku mula menyarungkan tudung sewaktu pergi ke sekolah seminggu selepas abah pergi.
Aku mulanya rasa awkward gila tapi lama kelamaan aku mula okay.ingat lagi apabila masuk je kelas tingakatan 3,semua pandang aku.bermacam macam riaksi yang diorang pamerkan yang buat hati kecilku agak gugup.
"Eh,hadeena kau ke ni?woo woo tak sangka kau dah pakai tudung.aku tumpang gembira wey."ujar hani sebaik aku meletakkan beg galas di tempat dudukku.
Senyum segaris sebagai balasan.
Aku pandang sekeliling.'ouh diorang tak datang lagi.apa reaksi diorang eh?' desis hatiku.sementara aku tunggu diorang,aku mula mengintai ke laci meja ingin mengeluarkan buku untuk subjek pertama.
"Haluu everyone. Eh budak baru ke sebelah meja aku tu?"soal seorang perempuan yang tinggi yang tidak bertudung.
"Eh awak,ni tempat kawan saya.awak duduk tempat lain boleh tak?ujar pelajar perempuan itu.
YOU ARE READING
berubah
RandomNur hadeena aisyah yang tiba tiba berubah mengejutkan mereka yang sentiasa bersamanya. "Ingatkan lepas berubah deena akan lebih tenang?tapi kenapa makin banyak Allah uji?"- hadeena- "Sebab Allah sayang kau.takkan kau tak boleh relate kan?" -Aiman...