bab 3

2 0 0
                                    

   "Bah,orang nak masuk sekolah baru esok.sekolah agama.mesti abah suka en?tapi orang takut lah bah."pusara abah ku pandang sayu.nama abah di batu nisan ku pegang membayangkan aku memegang abah.

Sayu hati melihat pusara abah.abah meninggal awal tahun tahun lepas kerana eksiden selepas pulang dari solat jemaah di surau.kes langgar lari.

  "Deena,kau okay tak ni?"soal hani mendekat. "Apesal nangis ni takut rindu aku eh?alolo"gurau hani manja sambil mengusap air mata.

Tak sedar lah pulak aku menangis.terus sisa air mata ku lap laju.

"Eh buat apa aku nangis rindu kau.takde masa lah"gurau aku kasar.tapi yang aku tahu aku akan rindu hani.

Hani mencebik.

"Ha dahlah tunggu apa lagi.barang mana nak bawak?"soal hani bila lihat aku hanya santai.padahal berapa jam lagi aku akan bertolak.

"Tu.."bibir aku muncungkan ke arah barang barang di sebelah pintu.

"Eh banyaknya.nak pindah terus ke apa ni?"hani terkejut.

"Kau balik sini lagi kan?ibu kata kau boleh balik sebulan sekali."sambung hani bila lihat aku senyap.

Hani tak betah bila lihat aku tak jawab soalan.terus pipi aku ditekup dengan kedua tangannya.

Terkejut aku dengan tindakannya.

"Aku tanya ni."tegas

Keluhan kecil terlepas dari bibirku."aku mungkin tak balik."

"Apesal pulak?kau ada rumah ke kat sana?"

"Ha dik,jom jom.karang lambat pulak sampai."tiba tiba abang menyapa di pintu bilik.

'terima kasih bang' desis ku.

Nampak abang tengok sekeliling dan berhenti di bahagian sebelah pintu.barang barang diangkat."cepat sikit" dan abang berlalu pergi.

Aku lihat hani yang seperti memikirkan sesuatu.belum sempat aku nak menegur dia sudah bangun dan menolong mengangkat barang barang ku lalu terus pergi.

Senyum hambar terlakar seperti ingin memujuk diri agar tidak terlalu sedih.

Huh..barang yang tinggal aku angkut.bilik dipandang sekilas.aku akan rindu bilik ni.Tombol pintu ditarik menutup ruang bilik ini dengan lafaz basmalah.

Perlahan aku turun tangga.mengumpulkan semangat yang seakan hilang.

Selesai meletakkan barang,bonet kereta aku tutup selepas memastikan tiada apa yang tertinggal.

Mata aku liarkan mencari sesuatu.'tak datang lah tu'.

Ibu yang baru habis berbual dengan jiran sebelah terus menghampiriku.mengusap kepalaku seperti memberi semangat.aku tersenyum kecil.

Ibu sudah masuk ke ruangan sebelah pemandu.abang sedang mengunci grill rumah.

'jangan terlalu berharap hadeena aisyah'

Aku memboloskan diri selepas bersalam dan berpelukan dengan hani.ucapan maaf meniti di bibir setiap kali terpandang wajah muramnya.

Hani menunjukkan sesuatu lalu aku mengangguk sekali dengan senyuman.lambaian terakhir ku hadiahkan kepada hani sebelum susuk tubuhnya hilang dari pandangan.

°°°°°

Perjalanan yang mengambil masa 4 jam habis apabila papan tanda selamat datang ke negeri ini menyapa pandangan.

Alhamdulillah ku lafaz perlahan.

Suara abang yang tak henti henti beri nasihat aku hiraukan.telinga mendengar tapi mata masih memandang luar tingkap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

berubahWhere stories live. Discover now