1

24 1 0
                                    


Van meluncur laju di atas jalanraya. Sesekali keranda yang menempatkan jenazah bergegar di belakang. Jenazah akan dikebumikan sebaik sahaja sampai ke Perlis.

Puan Siti, Encik Ismadi dan Rizal merenung keranda berwarna putih itu dengan rasa sayu. Sudah setahun mereka tidak pernah bertemu dengan arwah dan sekarang dia sudah pulang tetapi sebagai jenazah. Puan Siti tahu suaminya sedang menangis di dalam hati kerana sepanjang perjalanan lelaki itu merenung keranda anak mereka.

Di dalam masa yang sama, fikiran Puan Siti terganggu dengan rantai berloket aneh yang diberi oleh Mak Leha. Rantai itu dikatakan dibuka dari leher arwah ketika dia dimandikan. Dia tiada kekuatan untuk memberitahu suami kerana khuatir suaminya akan berasa kecewa. Suaminya memang menentang habis-habisan perbuatan khurafat seperti ini. Jika dia tahu arwah pernah mengamalkan ilmu salah semasa dia hidup pasti dia akan berasa sangat kecewa dan sedih.

Rizal memandang ibunya yang kelihatan serba tidak kena. Dia seperti sedang memegang sesuatu dalam tas tangannya.

"Apa tu mak?" tanyanya.

Cepat-cepat Puan Siti melepaskan rantai dan menutup tas tangannya. Dia menggeleng-geleng. Rizal berasa curiga.

Pemandu bernama Din memberhentikan van di luar stesen minyak. Puan Siti dan Encik Ismadi beredar keluar untuk ke tandas dan mengambil angin segar di luar. Din juga keluar untuk membeli sesuatu di mart dalam stesen minyak. Tinggal Rizal seorang diri di belakang bersama-sama dengan jenazah.

Dia memandang keranda. Dia ingat lagi bagaimana dia dan arwah bergaduh besar sebelum arwah keluar dari rumah dan tidak pulang-pulang lagi selepas itu. Arwah terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral sejak di sekolah menengah dan ketika itu dia berubah seratus peratus. Arwah menjadi biadap dan suka menimbulkan kekecohan. Sikapnya yang kurang ajar benar-benar menaikkan kemarahan Rizal.

Kini mereka bertemu semula tetapi semuanya tidak sama seperti dulu.

Rizal bersandar ke dinding van dan terlelap buat seketika namun selepas itu tersedar apabila mendengar sesuatu. Bunyi tersebut datangnya dari dalam keranda yang bertutup rapat. Rizal tergamam. Seperti ada suara yang bercakap dari situ.

"Abang?" Dia memberanikan diri bertanya.

Dia meninggalkan tempat duduk dan mendekatkan telinganya ke keranda.

"Buka pintu..."

Sejurus selepas mendengar kata-kata itu, Rizal terus membuka pintu dan meloncat keluar. Memang benar itu suara arwah! Dia tahu maksud 'buka pintu' itu. Pasti arwah mahu dibukakan pintu keranda supaya dia boleh keluar. Ya ALLAH!

Puan Siti meneliti rantai di hadapan cermin dalam tandas. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang arwah anaknya pernah memakai tangkal ini semasa dia masih hidup. Refleksi sesuatu mengganggu konsentrasinya. Dia mengangkat wajah dan terkejut apabila melihat kain putih sedang berdiri di belakangnya. Hanya dia yang berada dalam tandas ketika itu. Tanpa menoleh ke belakang, Puan Siti berlari keluar dari tandas dan meluru ke van yang diparkir di perkarangan stesen minyak.

Encik Ismadi terkejut melihat isterinya yang pucat lesi.

"Awak ni kenapa?" Dia memandang isteri tidak berkelip-kelip.

Puan Siti tidak menjawab soalan suaminya. Dia meluru masuk ke dalam van. Badannya menggigil. Rizal turut sama hairan melihat perlakuan ibunya. Seperti dikejar hantu sahaja. Seketika kemudian, dia menyusul ibunya walaupun kejadian tadi membuatkannya fobia.

Encik Ismadi duduk di hadapan, bersebelahan Din. Puan Siti dan Rizal sibuk melayan perasaan masing-masing. Dua beranak itu ada kisah menakutkan yang telah berlaku ke atas diri mereka sebentar tadi. Jemari Puan Siti kembali memegang rantai itu dan kali ini ia berjaya dirampas oleh Rizal.

"Apa ni mak?" tanyanya dengan kening berkerut.

Puan Siti sudah tidak boleh mengelak. Rizal sudah melihat sendiri rantai itu. Dia terpaksa berterus-terang.

"Mak cik Leha yang beri ni pada mak. Diambil dari leher arwah abang Riz," ujarnya separuh berbisik. Khuatir jika didengari oleh Encik Ismadi.

Rizal terdiam. Kalau tidak silap, ini macam tangkal. Dia menyerahnya kembali pada ibunya. Ibunya juga menyuruh dia merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ayahnya. Ibunya akan memberitahu ayahnya pada masa yang sesuai.

Perjalanan yang masih jauh membuatkan dua beranak itu terlena.

Kreek...

Puan Siti dan Rizal terjaga serentak. Ada bunyi sesuatu tadi. Mata mereka terpaku pada penutup keranda yang terbuka separuh. Jantung mereka berdetak laju serta-merta. Ada sesiapakah yang telah membukanya? Rizal mendekati keranda dan mahu menutupnya kembali.

Tatkala tangannya memegang penutup keranda, mata arwah terbuka dan terbeliak luas sambil merenung ke arahnya. Rizal menjerit lalu terduduk dengan muka penuh ketakutan. Semua yang ada di situ bertukar panik.

.

.

.

[ BOLEH MESEJ ACC  INI UNTUK MEMBELI EBOOK VERSI PENUH / KISAH INI MERUPAKAN SEKUEL KISAH 'BANGKIT' DALAM KISAH SERAM MALAM JUMAAT VOLUME 3 ]

DILARANG SHARE EBOOK INI TANPA KEBENARAN PENULIS. KEJUJURAN ANDA AMATLAH DIHARGAI.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU PULANG (eBook)Where stories live. Discover now