"Hyeon kamu jangan nakal ya dekat Malaysia nanti! Ibu tak mahu kamu cari pasangan dekat sana nanti! Biar ibu pilihkan!" Kata ibu Hyeon dengan tegas.
Ibu Hayeon berasal dari Sarawak dan Ayahnya berasal dari Korea. Tetapi ibunya memilih untuk menetap di Korea kerana disana boleh menjana pendapatan yang banyak.
"Ya ibu! Hyeon tunggu ibu cari calon! Lagipun kan Hyeon baru sambung belajar... Takkan la nak kahwin cepat-cepat?" Ucap Hyeon dengan nada malas.
"Haih yela-yela! Tapi jangan nak cari calon dekat Malaysia! Ibu tak benarkan!"
"Awak ni janganla paksa dia sangat! Dia tu muda lagi. Haih" kata ayah Hyeon.
"Bukan apa bang, saya nak timang cucu je! hahahahaha"
"Awak ingat awak sorang je ke nak timang cucu? Habis saya ni? Timang apa? Timang cucu gajah?"
"Ish awak ni ada ada je! Hahahahaha"
"Okaylah mak. Hyeon gerak dulu" kata Hyeon dengan kalut.
"Ha ya ya gerakla nanti awak tertinggal kapal terbang!"
"Okay la mak bubye!"
______________
"Ayah! Ayah!" Jerit Laila sambil berlari lari lintang pukang.
"Kau pahal ni Laila? Terjerit macam orang nampak hantu!" Kata ayah Laila.
"Ni ayah! Laila dapat sambung belajar dekat KL!" Kata Laila dengan teruja sambil menunjukkan kertas kepada ayahnya.
"Tak boleh! Ayah tak benarkan kamu pergi ke KL! Nanti kamu meliar kesana kesini!" Tengking ayah Laila kepada anaknya.
"Ayah ni kan semua ayah tak kasi! Nak buat itu ayah tak kasi! Nak buat ini ayah tak kasi! Yang ayah tahu asyik arak arak arak je!" Marah Laila.
Tiba tiba muka Laila ditampar oleh ayahnya.
"Kalau ayah tak bunuh mak masa Laila kecil, kita takkan hidup susah macam ini la!"
"LAILA! Kamu jangan melampau dengan ayah! Ayah dah cukup sabar dengan kamu!"
Ayah Laila pergi ke biliknya lalu mengambil tali pinggang.
"Kau kurang ajar dengan aku ya! Mari sini kau Laila!" Kata ayahnya sambil merentap tangan Laila.
"Ayah sakit! Lepas ayah! Sakit!" Ronta Laila sambil mengerang kesakitan.
Pada hari itu, Laila tidak pernah keluar dari bilik sehinggalah satu hari dia mencuri curi keluar untuk pergi ke KL.
"Laila! Ayah pergi ke kedai kejap! Kamu jangan nak pergi kemana mana!" Tegas ayahnya.
Laila hanya diam.
Apabila ayahnya sudah tiada, Laila cepat cepat memgemas beg lalu keluar senyap senyap tanpa pengetahuan ayahnya.
Laila pandang kekiri kekanan melihat sama ada ayahnya masih ada. Dia melihat line clear sahaja lalu dia beredar.
____________
Apabila Hyeon tiba di Malaysia.
"Hiyakkk!! Segarnya udara kat Malaysia ni! Dah lama tak balik Malaysia!" Kata Hyeon dengan nada teruja.
"Hem aku haus la pulak! Takpelah nak pegi tealive dulu."
"Erm bang! Nak Bang Bang Chocolate Large satu!"
"Nak bubble tak?" Kata abang itu.
"Erm boleh la"
"Okay ni resit, nanti kalau nombor dipanggil boleh ambil di kaunter ya" kata abang itu.
YOU ARE READING
Suamiku Mat Korea!
RomanceHYEON DAN LAILA menempuhi segala halangan demi mempertahankan rumah tangga mereka. LAILA seorang budak kampung yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Dia dapat sambung belajar di KL. Dia hidup dalam keadaan kemiskinan dan tidak mampu membayar yuran pe...